Monday, June 25, 2012

MB KEDAH AKUI LULUSKAN 4 LESEN HIBURAN BARU !?? ... SAH TIPU !!! ... SEKALI LAGI RAKYAT KEDAH KENA TIPU HIDUP-HIDUP !!! ...

MB Kedah paling bercelaru & serba tidak tahu, YAB Haji Azizan Razak telah memberikan kenyataannya dan telah mengakui bahawa kepimpinannya telah MELULUSKAN 4 LESEN HIBURAN BARU ... Nahhh ! Inilah buat kerja cara Islam versi PAS Kedah !

AloQStaQBlog nak tanya ler kat MB Kedah, LESEN BARU yang MB sebut tu , baru 4 unit lesen aje ke , s
ejak PAS memerintah Kedah ni ? ...

Ataupun MELULUSKAN 4 UNIT LESEN BARU itu hanya untuk tahun 2012 ini sahaja? ... tak termasuk beberapa lesen "BARU" yang dikeluarkan tahun-tahun lepas ???!!

Tolong huraikan maksud BARU tu sat, YAB MB yang bercelaru !! ...
Rakyat Kedah nak tahu juga maksud YAB MB mengenai 4 LESEN BARU tersebut, apa yang dimaksudkan BARU itu !? ....
 


Elok anda baca dahulu berita di bawah yang aku cedok dari Malaysiakini (Sumber daripada Bernama) :
PETIKAN ARTIKEL DARI SIARAN MALAYSIAKINI

MB: Kedah lulus empat lesen hiburan baru


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.


Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.


"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum...," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.


Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.


Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.


Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.


Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.


Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.


"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.


Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.
.

- MALAYSIAKINI (Sumber : Bernama)

Aku sengaja tebalkan ayat-ayat di atas yang berbunyi :

(1) Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

(2) Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.


(3) Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.

(4) Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.



MB TIDAK TAHU ?????!!!

Aku tak mahu cakap banyak pada kenyataan Haji Azizan kat atas tu, tetapi aku harap SEMUA PEMBACA termasuk Musuh-Musuh Politik BN (Penyokong-penyokong PAS, PKR & DAP) membaca pautan AloQStaQBlog di bawah dan memahami betapa karutnya kenyataan MB Pakatan Rakyat pilihan Rakyat Kedah tu ...

SILA KLIK & BACA , AKU NAK MAKLUMKAN BAHAWA, SETIAP KALI WUJUD PUSAT HIBURAN BARU DI ALOR SETAR, AKU DI ALOQSTAQBLOG TELAH MENDEDAHKANNYA (SEJAK TAHUN 2009) DAHULU LAGI ...

Hmmm, 4 LESEN BARU ????????????????
YANG BERSEPAH-SEPAH NI BEROPERASI DENGAN TAKDE LESEN KE ??

ALOQSTAQBLOG DAH DEDAH LAMA DAHHH NIEE ...

Pendedahan AloQStaQBlog pada : 31 OKTOBER 2011KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada :
1 JUN 2011KLIK SINI 
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009 : KLIK SINI


SINI PUN ADA CERITA : http://aloqstaqblog.blogspot.com/2011/06/meletup-gila-ada-karaoke-di-alor-star.html <-- Karaoke di Alor Setar tawar khidmat Seks (Pendedahan Akhbar KOSMO)
.

Gambar-Gambar di bawah adalah antara pendedahan yang telah blog ini lakukan sejak 2009 lagi (SEMUA PUSAT HIBURAN INI WUJUD PADA ZAMAN PAS MEMERINTAH) ... HARAP MAKLUM ...
 
HOUSE BAR ini baru sangatttt aje dibuka, tak sampai pun 2 tahun ! APA KATA MB?

Aku hanya harapkan kepada semua sumber media Pakatan Rakyat, tolonglah maklumkan kepada YAB MB Kedah kesayangan anda itu, bahawa bukan sedikit PUSAT HIBURAN yang wujud ZAMAN PAS KEDAH MEMERINTAH, TETAPI LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG MB SANGKAKAN! Bersepah-sepah dahh !

PERINGATAN,
KEPADA SEMUA TERMASUK PUAK PAKATAN !! ...
Dalam masa terdekat, AloQStaQBlog akan siar & bongkarkan SATU LAGI PUSAT HIBURAN BARU YANG IKLANNYA MEMPROMOSIKAN ARAK - LOKASINYA JUGA DI BANDARAYA ISLAM ALOR SETAR !

TUNGGUUUUUUUU !!  MELETOPPP !!! .......


AloQStaQBlog
Isnin

25 JUN 2012
12:45 TGHARI

3 komen:

Anonymous June 25, 2012 at 1:55 PM  

Tidak lama lagi rakyat yang nak berhibur tidak payah susah-susah pergi kePekan Danok Bukit Kayu Hitam. Kat alor Stag pun akan ada semua serupa macam diPekan Danok...Karoke,Disco,Dangdut,Urut,Kongkek, short Game, Nun,Call Girl..Semua Premis ini akan ada nama-nama seperti Hatyai Urut,Bangkok Disco,Songkla Karoke.Pasal kat Danok ada macam nama Malaysia.Boleh minum Beeer disemua kedai Kopi,Cafe.Bulan puasa tidak larang untuk menjamu selera dikhalayak ramai...Bestny jom kita pindah pi Kedah. Oleh Mat Bond.

anda tahu x !!! July 5, 2012 at 3:32 PM  

dari jalan kuala ketil ke sg. petani pun byk... sat nak kira....
1
2
3
4
ataw lebih......

pada aih... dulu 1 ja...

paling byk pelanggan kat... smpang 3 bkt selambau ada 2 kedai+karoeke...

satu kat simpang 3 ke sidam... ramai siot... OQANG MELAYU....

apa nak jadi....KEDAH la ni...

Anonymous August 1, 2012 at 4:02 AM  

MASYA'ALLAH...AWAT SEMAKIN TERUK NEGERI KU?

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP