Menang 5-0 : YAB ZAMBRY MB SAH PERAK! Alhamdulillah!
TAHNIAH YAB ZAMBRY! 5-0 ! ALHAMDULILLAH! DAULAT TUANKU !
Daulat Tuanku! Keputusan Tuanku tempohari adalah mengikut lunas-lunas perlembagaan dan amat tepat sekali! DAULAT TUANKU!

BERSAMA MENYOKONG KEPIMPINAN PM KE-6 DS NAJIB SEBERMULA 03APRIL2009

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim VS Saiful Bukhari Azlan telah bermula. Alhamdulillah! Setelah setahun lebih Saiful menunggu untuk memberikan keterangan, maka termaktublah petang semalam (Jam 3:00 Ptg - 03 JAN 2010) bermula sidang perbicaraan tersebut, dan SEMUA RAKYAT MALAYSIA TELAH DIKEJUTKAN DENGAN AYAT PALING HAPRAK INI YANG TERPACUL DARI MULUT SEORANG "BAKAL" PM : CAN I F*CK YOU TODAY ? .....
Ya Allah! Selamatkanlah Bumi Malaysia ini dari orang-orang (pemimpin) yang munafiq, menipu dan bermuka-muka ... Hindarilah kami dan anak cucu kami serta generasi akan datang dari dipimpin oleh seorang PELIWAT. Kami memohon kepada Engkau Ya Allah, bantulah kami untuk melawan kejahatan ini. Hanya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak Ya Allah! ....
Jom kita sama-sama terus ikuti perbicaraan yang PANAS dan HEBAT abad ini !!! ......
AloQStaQ
Khamis
04 FEB 2010 / 9:30 AM
MARILAH KITA SEMUA SEKALIAN RAKYAT MALAYSIA, BERDOA DAN MEMOHON BANTUAN ALLAH SEMOGA ESOK (SELASA : 02 FEB 2010) AKAN TERUS BERMULA PERBICARAAN KES LIWAT ANWAR vs SAIFUL BUKHARI.Aku tertanya-tanya juga dalam hati, kenapa sudah beberapa kali Zul Kulim mengeluarkan kenyataan "celupar" yang terang-terang telah mencalarkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka, tetapi sehingga kini beliau masih lagi "tegak berdiri" tanpa dikenakan sebarang tindakan drastik lembaga displin PKR ??????????? .......... Hairan ya!? ...
Pertama, ingat lagi kita kepada Zul Kulim yang bersama-sama ramai lagi Melayu Islam menyerbu forum Majlis Penguam sewaktu mereka berforum mengenai perihal agama yang secara langsung membabitkan Islam, Zul Kulim bertegang urat untuk menyatakan hak. Secara tak langsung perbuatan Zul Kulim tersebut melanggar prinsip parti PKR yang berkehendakkan kesamarataan segalanya bagi semua umat Malaysia. Samarata kaum/bangsa, ekonomi, hak dan agama! Zul Kulim jelas menongkah arus partinya sendiri !!! Beliau ditegur oleh kepimpinan dan parti, tetapi tiada tindakan/hukuman dijatuhkan kepadanya akibat perbuatan tersebut.
Kedua ... Ingat lagi kita, Zul Kulim pernah menyelar sikap buruk pemimpin PAS (parti yang bersekongkol dengan PKR dalam satu Pakatan!), yakni dalam perihal Bai'ah atau angkat sumpah jatuh talaq jika melompat parti ... Berikutan itu, Zul Kulim secara terang-terangan telah memberikan kenyataan yang menyakitkan hati kepimpinan PAS. Beliau ditegur oleh rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan, tetapi masih tiada dikenakan tindakan.
Ketiga, keempat dan kelima dan banyak lagi pendapat terbukanya yang menghiris hati rakan-rakan se-Parti dan se-Pakatan. Beliau tidak dikenakan tindakan oleh partinya ....
Yang terkini, beliau menghentam rakan se-Pakatannya si Khalid Samad dalam mempertahankan Kalimah Allah. Siap buat laporan polis tu!!! Mana ada dalam sejarah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Alternatif, rakan sepasukan buat repot polis terhadap rakan sepasukan!?? ... Secara tak langsung perbuatannya itu menghentam juga Anwar Ibrahim yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah! Beliau secara terang bertekak dan membuat kenyataan media terhadap rakan sepasukan (terhadap Khalid Samad dan Zaid Ibrahim). Tetapi, tindakan parti terhadap kesalahn beliau itu masih lagi samar-samar ...
Ini yang membuatkan aku hairan.
Ini yang membuatkan kita semua pelik.
Kebal sangatkah Zul Kulim terhadap lembaga disiplin parti PKR ?
Banyak salah dibuatnya, tapi hukuman masih belum kunjung tiba!
Pelik , Pelik , Pelik BIN Ajaib ....
Kenapa ya?
Mungkin kerana beliau berkawan baik dengan Anwar Ibrahim?
Kenapa ya?
Mungkin kerana panel lembaga disiplin PKR penakut?
Kenapa ya?
Mungkin kerana PKR tak mahu ambil tindakan terhadap MP nya?
Bagi aku, semua alasan di atas tidak menjadi sebab Zul Kulim "immune" dengan kesalahan dan hukuman lembaga disiplin ... itu semua bukanlah sebab kenapa beliau tidak dikenakan sebarang hukuman partinya sejak dulu.
Aku merasakan begini, Zul Kulim ini adalah salah seorang dari barisan peguambela yang dilantik oleh Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya sejak dulu.
Semua kita tahu, seseorang yang meminta peguam membela dirinya di mahkamah, WAJIB menyatakan semua maklumat adalah benar tanpa berselindung !
Bagi aku, "ada bau ikan" disebalik apa yang Zul Kulim buat selama ini ... Buatlah apa saja, hukuman tak kena sebab ZUL KULIM ADA RAHSIA BESAR ANWAR ... Sebab ini kot dia "TER-IMMUNE"/"TERKEBAL" dari sebarang hukuman ... Kabel kuat beb! Ini pandangan aku saja ... Hehehe ... Jangan mareee YB Zul yer ... gua respek sama lu!
AloQStaQ
Ahad : 12:45 AM
31/Jan/2010
Setelah sekian lama tidak menaip untuk menghantar posting di blog ini, aku hari ini cuba juga sedaya upaya meluangkan sedikit waktu untuk membuat entry seterusnya ... Setelah melihat pelbagai kesan yang berlaku akibat pergolakan isu KALIMAH ALLAH.
Pertama sekali, aku terpanggil hari ini untuk menulis apabila terbaca artikel berita Online Malaysiakini pagi ini yang melaporkan kejadian KEPALA BABI DILONTAR DI 2 MASJID. Aku secara peribadi memandang perkara ini semakin serius dan semakin bahaya. Umat Islam akan pastinya terhiris perasaan mereka apabila kejadian ini berlaku.
Nampaknya, isu KALIMAH ALLAH memungkinkan perbalahan yang lebih panjang jika tidak ditangani segera oleh semua peringkat, baik pemimpin atasan, pemimpin parti-parti politik dan segenap lapisan rakyat tak kira bangsa & agama demi menjamin keharmonian yang selama ini kita kecapi dapat dipertahankan.
Yang aku tak pasti sekarang, di mana kedudukan Parti (yang mengaku) Islam SeMalaysia? Dimana arah tuju PAS dalam isu KALIMAH ALLAH ? ... Sudah kita sedia maklum bahawa Timbalan Mursyidul PAS Prof.Datuk Harun Din sudah mengeluarkan pendapatnya bahawa kufur kepada mana-mana Islam yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. INI JELAS.
Tetapi, sayangnya dalam PAS kini sudah terlihat sudah ada puak-puak yang terbahagi 3 ... Pertama, yang menyokong Harun Din ... Kedua, yang menyokong Khalid Samad (dan Anwar Ibrahim) dan yang Ketiga, puak yang play-safe tidak mahu membuat sebarang komen.
Pelik. Tapi Benar. Itulah Parti Islam SeMalaysia yang KONONNYA PEJUANG ISLAM DI TANAH MALAYSIA ini .... Setakat isu KALIMAH ALLAH pun mereka belum dapat bersatu hati membuat keputusan rasti parti, macamana pula nanti PAS nak tegakkan SEBUAH NEGARA ISLAM & MENJALANKAN SEGALA HUKUM HAKAM UNDANG-UNDANG ISLAM ? Boleh ka?
Apapun, sekalung tahniah aku ucapkan kepada Zul MP Kulim kerana berani menongkah arus dalam partinya = Parti Keadilan Rakyat. Walaupun bagi aku, Zul Kulim ni seolah-olah mungkin cuba menonjolkan dirinya dan mungkin berlakon "macam" berani, (dan MUNGKIN selepas disergah oleh Anwar minggu depan, Zul Kulim mungkin akan tersentot teloq dan menarik balik semua laporan polisnya terhadap Khalid Samad - siapa tahu?) .... Tapi, setidak-tidaknya suara beliau itu lebih berharga dari suara kepimpinan PAS yang senyap seribu bicara dan tiada arah tuju dalam isu KALIMAH ALLAH.
Bagi aku, Allah kini tunjukkan lebih awal apa yang akan berlaku kepada institusi Islam di Malaysia seandainya Pakatan Rakyat memerintah ... Pikirkan wahai sekalian umat Islam.
AloQStaQ
27/01/2010
12:30 Tengahari
AloQStaQ Dengan Ini MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN & AGAMA-AGAMA LAIN.
Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...
NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...
MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .
Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!
Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !
Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.
Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...
Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.
Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.
Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).
Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...
GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.
Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).
Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...
Berita ini disiasat sendiri,
ditulis sendiri, gambar diambil sendiri,
diterbitkan sendiri oleh ...
AloQStaQ
29/Disember/2009
11:10 Pagi

Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi minggu lepas yang membuat keputusan menolak permohonan tertuduh untuk menggugurkan kes, seterusnya Mahkamah Tinggi menetapkan 25hb Januari 2010 sebagai hari Perbicaraan Kes Liwat Dato' Seri Anwar LAWAN Saiful Bukhari Azlan, nampaknya kini sudah ramai dah mula syak bahawa Tertuduh TAKUT KERANA SALAH.
Para pengikut Pak Syiekh Nuar yang tegar dulunya, kini semakin pudar ketegaran mereka melihat sandiwara berpanjangan ketua pergerakan Pakatan Rakyat yang cuba menunda-nunda bacaan kes untuk diadili.
Terbaharu, dikatakan anggota-anggota pembelaan Anwar menyatakan hasrat untuk membuat rayuan supaya perbicaraan yang diputuskan pada 25hb Januari 2010 tersebut ditangguhkan lagi. Maknanya, ini dah masuk kali ke ntah berapa permohonan untuk melengahkan perbicaraan dibuat.
Padahal, sewaktu kes Nizar LAWAN Zambrey untuk diputuskan siapa MB Perak beberapa ketika dahulu, sejurus keputusan Mahkamah menyebelahi Nizar, Anwar terus membuat kenyataan media (juga tersiar di blognya) bahawa beliau menyambut baik keputusan tersebut. (hanya kerana kes itu menyebelahi kepada Nizar). SILA KLIK & BACA Di SINI .
Pada pandangan aku, Anwar ada 3 Pilihan yang boleh dipilih ...
Masuk Mahkamah -> Buktikan tidak terlibat dengan liwat -> Menang Kes -> Semua rakyat respek dan sanjung kamu (... melangkah ke Putrajaya).
ATAU
Masuk Mahkamah -> Terbukti bersalah meliwat Saiful Bukhari -> Masuk Penjara menerima balasan Dunia & nantikan balasan di Akhirat.
Malaysia akan SELAMAT.
ATAU
Takut nak Masuk Mahkamah -> tak ada bukti untuk mempertahankan diri -> biar rakyat tertanya-tanya -> Terus mohon tangguh, gugur kes, tangguh -> Terus Bersandiwara & berlakon -> Tidak berkesudahan .
Jadi, setakat ini jelas kelihatan Anwar memilih pilihan yang terakhir itu demi menyelamatkan karier politiknya serta terus menipu penyokongnya sepanjang masa.
Ramai yang kini menyedari diri mereka tertipu dengan sandiwara tidak berkesudahan Anwar. Mereka telah mula menarik diri dari terus mempertahankan Anwar seperti sebelum ini.
Bagi sesetengah mereka, kalau benar wira yang disanjung mereka itu benar, sudah barang pasti, beliau akan menggunakan slogan yang sering beliau gunakan selama ini sewaktu berceramah & berdemonstrasi iaitu : "LAWAN TETAP LAWAN" ... "BERANI KERANA BENAR" ... "ANWAR TIDAK PERNAH TAKUT!" & "SAYA TIDAKKKK GENTARRRR!!" ....
Ini tidak ... Nampaknya, kecuttttttttttt memanjanggg! ... Macam ponen! ...
Wahai Anwar Ibrahim! ... Buktikan kata-katamu. LAWAN TETAP LAWAN! ... Masuklah Mahkamah untuk membuktikannya pada 25hb Januari 2010 ... JANGAN MOHON TANGGUH PERBICARAAN LAGI!
AloQStaQ
10-12-2009
10:30 Pagi
AloQStaQBlog dengan ini MENYOKONG PENUH BANTAHAN OLEH RAKAN-RAKAN BLOGGERS DI MALAYSIA TERHADAP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI,DS Nazri Aziz yang begitu sumbang dan celupar mulutnya dengan menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai "rasis" hanya kerana Tun Dr.M mempertahankan Modul BTN.
(Sila Klik...) Huraian Lengkap sila baca di Blog BigDogDotCom (Sila Klik ...)
AloQStaQBlog juga MENYOKONG PENUH KEWAJARAN SUPAYA Nazri Aziz diPECAT dari Kabinet DS Najib dan diPECAT oleh MT dari Parti UMNO di atas sebab sudah beberapa kali beliau begitu celupar & tidak menghormati Mantan Presiden UMNO, Mantan PM ke-4 serta BAPA PEMODENAN MALAYSIA (yang begitu banyak jasa kepada negara) itu secara terbuka.
Nazri Aziz juga secara tidak langsung telah membuka ruang untuk MERETAKKAN serta MENJAUHKAN SOKONGAN RAKYAT YANG SAYANGKAN TUN DR.M untuk mendekati & seterusnya untuk menyokong UMNO/BN selagi beliau (Nazri Aziz) berada di dalam komposisi barisan kepimpinan UMNO/BN sediaada. SILA PECAT ORANG SEBEGINI!
Sila nyatakan bantahan anda terhadap keceluparan Nazri Aziz ini di BLOG Bigdogdotcom.wordpress.com (Bantahan boleh dinyatakan di ruangan Komen Pembaca di sana).
Bersatu kita teguh menentang pengkhianat!
AloQStaQ
3:30PTG
08-12-2009
© Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP