Thursday, December 11, 2014

JANGAN PANDANG ENTENG Pendapat ORANG LAMA


Kalau nak selamat, jangan dianggap teguran orang lama yang sudah banyak pengalaman itu sebagai sesuatu yang tidak bernilai.

Kalau nak selamat pada Pilihanraya akan datang, ambillah berat apa yang dinasihatkan oleh orang lama itu.

Tegurannya bukan untuk mengganggu hidupmu dan kepimpinanmu, tetapi tegurannya demi kebaikan seluruh rakyat.

Beliau tidak meminta bayaran untuk memberikan nasihatnya, buah fikirannya, pendapatnya, perkongsian pandangannya, pengalamannya selama 22 tahun memimpin negara. Cukuplah sekadar semua yang disebut itu diberi perhatian dan diambil sebagai pedoman.

Bukanlah pedoman itu perlu diikuti 100% apa yang dinasihatkan, tetapi landasan kepimpinan tidak boleh terlalu menyimpang dari apa yang dinasihatkan. Nampak kini landasan itu semakin jauh tersasar dari laluan selamat dan laluan yang sebenar, cepatlah berpatah balik ke laluan asal.

Masa sudah tidak lama lagi. Sebarang kelewatan untuk pulang ke landasan asal akan menyebabkan habis musnah sebuah kepimpinan ... Sekali kalah, susah untuk mendapatkannya kembali.

Percayalah, nasihat orang lama itu WAJIB diperhalusi dan digunapakai demi kebaikan negara.

Jangan pandang enteng!


AloQStaQ
Nukilan tengah malam.
11 Disember 2014
1.30 Pagi

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP