Friday, December 6, 2013

AloQStaQBlog BOIKOT PRODUK GARDENIA Mulai HARI INI ! ... Jumaat 6 Disember 2013

AloQStaQBlog BOIKOT PRODUK GARDENIA
.... KENAPA ?

Dengan membaca artikel yang mengejutkan di Malaysiakini seperti di bawah;



Sila Klik Link Ini Untuk ke Page Asal.

Dan ditambah pula dengan menonton video seperti di bawah;



Maka dengan ini, AloQStaQBlog secara rasminya memboikot semua produk Gardenia mulai hari ini Jumaat 06Disember2013 sehingga ke satu tarikh yang belum ditentukan sebagai tanda protes kepada Gardenia yang membantu untuk membangunkan bangunan/wisma/teratak Malaysiakini - lidah berita kesayangan Pakatan Rakyat!

Walaupun ada yang di antara kita mengatakan BERNAS mempunyai syer di dalam Gardenia, tetapi pegangan saham BERNAS hanyalah 30% berbanding 70% lagi bakinya adalah syer sebuah company dari Singapore, maka dengan ini , AloQStaQBlog tidak teragak-agak untuk tidak membeli sebarang produk Gardenia di atas perkara yang berlaku ini.

Bagi AloQStaQBlog : MEMBELI PRODUK GARDENIA, SEUMPAMA MEMBELI BATU BATA UNTUK MEMBINA KUBU MUSUH YANG AKAN MEMERANGI BARISAN NASIONAL !


Nota Penting :
AloQStaQBlog dengan ini memboikot Gardenia ini secara peribadi. Tidak mengajak dan tidak mempengaruhi sesiapa untuk turut sama memboikot produk ini. Segala produk Al Bukhary tidak di boikot. Hanya produk Gardenia sahaja. Harap maklum.

Ramai yang mengatakan Massimo adalah musuh niaga Gardenia (kerana dimiliki kaum Cina dan pelanggan daripada kalangan kaum Cina amat menggemari & membantu Massimo berbanding Gardenia), kononnya Gardenia disokong oleh pelanggan Melayu kerana Gardenia ini ada keterlibatan Al Bukhary.

AloQStaQBlog juga tidak mengajak anda untuk memberi sokongan kepada produk musuh niaga Gardenia seperti Massimo ataupun High 5 ataupun apa saja produk yang setara, ikut pandai anda sendirilah untuk membeli dan memilih mana-mana produk lain seandainya anda juga turut memboikot Gardenia mulai hari ini.

Masih bercambah-cambah lagi produk roti, kek, wafer dan setara dengannya yang dikeluarkan oleh pengusaha Melayu mahupun India dan lain-lain bangsa. Berlambak-lambak lagi syarikat roti yang tidak memberi sebarang sokongan kepada mana-mana pihak untuk berpolitik atau berkepentingan politik sama ada kepada pihak BN ataupun pembangkang. Jadi, buatlah pilihan sendiri tanpa paksaan.

MEMBANTU SEBUAH SYARIKAT SEPERTI MALAYSIAKINI ADALAH SATU TITIK MULA UNTUK MEMBANTU SECARA TIDAK LANGSUNG DALAM MERUNTUHKAN KEKUATAN POLITIK BARISAN NASIONAL.

(Suka atau tidak, terpulanglah ... Tak perlu banyak menilai betapa tidak adilnya bahan berita yang Malaysiakini terhadap Politik BN selama ini, cuma cukuplah sekadar anda melihat kartun Zunar yang diberikan satu ruangan khas di muka depan website Malaysiakini dalam MENGHENTAM BN 24jam x 7Hari !!!) ... Itu pun dah cukup untuk menggambarkan siapa Malaysiakini sebenarnya !...

Untuk membaca mengenai perkaitan dan pegangan saham TS Syed Mokhtar Albukahry dalam Gardenia, sila klik link-link di bawah :

http://bidaman.blogspot.com/2013/12/gardenia-portal-fitnah-malaysiakini.html
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131206/po_02/Gardenia-perlu-beri-penjelasan
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/50482-kempen-boikot-roti-gardenia-melampau
http://truthvaccine.blogspot.com/2012/10/jawapan-mengapa-ts-mokhtar-al-bukhary.html
http://kumbangjingga.blogspot.com/2011/12/usaha2-memboikot-roti-gardenia-yang.html


TEPOK DADA. TANYA IMAN. BUATLAH KEPUTUSAN.



AloQStaQ
JUMAAT
7:57 Pagi
06 Disember 2013.









8 komen:

Anonymous December 6, 2013 at 8:24 AM  

bodohlah kau ni admin. setakat support sikit aje mcm tu ko dah nak boikot. abes tu nak makan roti aper? gilolah . aku tak nak makan massimo.

Ali December 6, 2013 at 8:30 AM  

Tak laqat nak boikot daa.. mana ada kilang roti milik org Islam? terpaksalah telan roti dan segala makanan hasil dari pengeluar bukan Islam termasuk gardenia yg pemiliknya singaporian. Support Al-Arqam...mereka pakar dlm membuat segala jenis makanan halal.

Anonymous December 6, 2013 at 8:41 AM  

Aku makan roti benggali saja...lagi sedap...

Anonymous December 6, 2013 at 8:50 AM  

aku s0okong kita boikot. aku sokong aloqstaq blog boikot.

kena ajar sket puak2 yg tak hormat sensitiviti ni. dah tahu malaysiakini tu memang pro pr, tolong kenapa? kalau cam tu lepas ni pegi la tolong harakah pula. diorang pun cari makan dengan iklan ubat sex aje. kesian kat dioranh. gardenia pegi la tolong !

Anonymous December 6, 2013 at 1:14 PM  

apa la punya banyak resepi buat roti dekat internet suruh la isteri buat kat dapur, sedap dan halal

Anonymous December 6, 2013 at 2:09 PM  

xmungkin boikot gardenia..sbb pegangan besar adalah org kita...tak sanggup aku nk makan massimo..dah la diorang mulakan boikot gardenia sbb milik besar adalah org kita...lgpun penah try beli massimo..rapuh rotinya...habuk2 roti berterabur..semak...

cuma CEO ni ahli lembaga pengarah kene tanya2..

-smh-

Anonymous December 8, 2013 at 8:55 PM  

Jgnlah cepat melatah admin...

Joe March 2, 2014 at 3:51 PM  

Bodoh!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP