PELIK AJAIB ! ... Candi Asal Yang Dirobohkankah ? ... atau Tapak Candi (binaan semula) Yang Kini Dibangunkan Oleh Pemaju? ... Nampak Jelas PAKATAN RAKYAT Memang BODOH STUPID ! ...
AloQStaQBlog berasa pelik dengan kenyataan demi kenyataan bodoh dari pimpinan Pakatan Rakyat mengenai KONONNYA "Perobohan Candi 11" di Sungai Batu Merbok.
Peliknya kenapa?
Kerana pimpinan Pakatan Rakyat seolah-olah menyalahkan Kerajaan BN Negeri Kedah sekarang yang bertanggungjawab merobohkan candi tersebut.
Padahal tanah tersebut merupakan hakmilik persendirian. Sementelah itu pula, candi 11 tersebut hanyalah satu binaan semula yang dibina kembali pada tahun 1974 ... Dan orang yang membina semula candi 11 itupun masih hidup lagi sekarang !...
Secara logiknya, kalau orang yang membina semula itu masih hidup bernyawa lagi sekarang ni, maknakata candi 11 itu hanyalah satu binaan yang tidak tulen sepertimana yang digambarkan oleh Puak Pakatan Rakyat bahawa candi itu sudah berusia ratusan tahun lamanya (sejak kurun ke 8!) .. Tuddia punya penipu !...
Ini adalah satu putarbelit yang sungguh nyata. Puak Pakatan Rakyat hanya ingin jadikan perkara ini sebagai isu dan harapan mereka jika isu ini di"letup"kan kepada umum, maka orang dari kaum India penganut Agama Hindu akan marah, ahli sejarah akan marah dan rakyat akan turut marah Kerajaan Negeri sekarang. Hakikatnya Fakta telahpun di auta.
Bagi mereka, semoga-moga akan berlakulah ketidakpuasan hati di antara kaum dan seterusnya dapat mencalarkan konsep 1Malaysia yang didokong kerajaan BN sekarang. HAHAHA ! Betapa bodohnya Puak Pakatan Rakyat Laknatullah ni memutarbelitkan fakta ....
Sedangkan jika kes candi 11 ini dibaca berlandaskan sejarah, candi 11 yang dibina sekitar kurun ke 8 itu, dibina oleh orang Melayu lama / kuno yang pada masa itu menganut agama Hindu. Sebelum mereka menganuti agama Islam yang Suci dan Diredhai Allah. Tiada langsung perkaitannya dengan kaum India !
Hanya tapak tersebut adalah tempat bersejarah... tetapi, Candi 11 yang dikatakan 'dirobohkan' itu pula bukanlah aktifak sejarah yang asal. Ianya hanyalah satu binaan semula yang dibina untuk menggambarkan wujudnya satu ketamadunan di situ.
Alaaa untuk memudahkan anda faham ... Kes candi 11 ini adalah hampir serupa sepertimana kes yang PAS Kedah pernah pertahankan sebelum ini mengenai Madrasah Salihiah yang berusia 103 tahun itu lahhh ! ... Anda ingat lagi tak?
Madrasah itu dikatakan oleh KERAJAAN PAS KEDAH MASA ITU hanyalah binaan semula selepas madrasah asal pernah dirobohkan/roboh sebelum itu. Maka, yang menjadi pertikaian hanyalah tapak asal Madrasah Salihiah sahaja (yang bakal dibangunkan sebuah kompleks perniagaan), ianya adalah isu penempatan semula binaan Madrasah apabila tapak asal itu akan dikomersialkan oleh Kerajaan Negeri PAS Kedah waktu itu.
Maka sekarang ni, tapak baru telahpun dipersetujui untuk Madrasah Salihiah dipindahkan.
PERLU DIINGATKAN JUGA, Kompleks perniagaan itu adalah projek idea Kerajaan Negeri PAS Kedah masa itu!
Sedangkan apa yang berlaku pada candi 11 ini adalah di atas tanah persendirian. Projek ini adalah pembangunan oleh sebuah Syarikat pemaju, dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri BN sekarang yang meminta Syarikat tersebut meratakan kawasan yang mempunyai candi (sebuah binaan semula) tersebut !...
Walaubagaimanapun, demi mengekalkan bentuk dan menjaga peradaban sejarah Kedah, Kerajaan Negeri kini sudah bersetuju untuk meminta pemaju berhenti sekejap daripada meneruskan projek tersebut dan pada dasarnya Kerajaan Negeri bercadang untuk membina semula candi 11 berdekatan tapak ekskavasi USM Sungai Batu.
SUNGGUH MULIA HATI KERAJAAN NEGERI BN KEDAH SEBENARNYA !
Berbanding dengan hati busuk pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dipimpin oleh 'seorang Tokong' yang merasa megah dan bongkak padahal mereka sendiri tidak menjaga bahan / tempat sejarah di negeri mereka sendiri iaitu di Tapak Arkeologi Guar Kepah di Penaga, Seberang Perai Utara ! Candi yang berusia 5000 Tahun !
Apahal lu Lim Guan Eng ?
Salah orang (sebenarnya Kerajaan BN Negeri Kedah tidak salah pun!) DAP Penang nak ambil peduli sangat, tetapi negeri sendiri dah terang-terang terpalit tahi lu masih belum sedar diri !
Hamlau betullah lu Guan Eng ! Lu jaga tahi lu sendiri la ! Jangan asyik nampak jamban orang lain punya ....
NOTA PENTING :
Jangan dilupa bahawa ada kenyataan rasmi daripada Pemaju yang 'merobohkan' candi 11 binaan semula tersebut (iaitu Syarikat Saujana Development) yang mengatakan bahawa "Syarikat mereka telah melakukan semakan pada 14 JAN 2013 dan meneruskan pembelian pada FEBRUARI 2013. Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa2."
Siapakah Kerajaan Negeri Kedah pada waktu semakan itu dibuat? ... Sila Jawab.
Janganlah mudah-mudah menuding jari kepada pimpinan Dato Paduka Mukhriz, kerana jika betul-betul Puak Pakatan Rakyat nak jadi hero candi 11 ini, elok sejak dari waktu semakan tersebut dibuat pada JANUARI 2013, Pakatan Rakyat sudah patut menghalang Pemaju dari melakukan sebarang aktiviti di tapak berkenaan !! ... CHECKMATE Bro !
AloQStaQ
Khamis
8:55 Pagi
05 DISEMBER 2013
5 komen:
Kupasan yang terbaik & memudahkan aku yang tak paham langsung mengenai masalah tapak candi ini, sekarang aku paham dengan jelas. Thanks admin.
auta tak jalan.
fakta tak boleh diubah.
Yang peliknya kenapa Muhkriz tidak membuat kenyataan RASMI bahawa candi itu hanya REPLIKA
Yang peliknya kenapa Muhkriz tidak membuat kenyataan RASMI siapa yang memberi KELULUSAN kepada pemaju?
Penulis blog jangan yang nak tipu rakyat
yesza. setuju dengan anon 9:52AM !
aku yang keliru pun sekarang dan nampak jelas apa yang cuba ditimbulkan oleh pimpinan pr.
semoga kedah govt. akan terus memelihara sejarah. candi yang dirobohkan ni bukanlah yang asal pun, bolehlah dibina semula untuk memberi gambaran bentuknya pada generasi akan datang, terbaek kerajaan mukhriz.
Menjawab komen Anonymous pada December 5, 2013 at 9:56 AM
Rujuk kenyataan Akhbar MB Kedah di bawah ini. Sila fahamkan..
KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PEMUSNAHAN BINAAN WARISAN CANDI DI SUNGAI BATU, LEMBAH BUJANG, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH
Kerajaan Negeri Kedah sedih dan kesal diatas pemusnahan Candi 11 di Sungai Batu, Lembah Bujang. Walaupun ianya adalah struktur yang telah dibina semula pada tahun 1974 di atas tapak candi yang asalnya dibina antara Kurun ke 8 – 11 Masehi, ianya tetap dianggap tapak warisan negara yang sepatutnya dipelihara. Tapak-tapak candi di sekitar Lembah Bujang adalah sebenarnya tapak warisan yang telah tidak digunakan sebagai tempat penyembahan sejak berkurun-kurun lamanya.
Syarikat empunya tanah telah mendapat kelulusan untuk memajukannya pada tahun 1993 lagi tetapi tidak memulakan kerja-kerja pembersihan tanah hingga Ogos 2013. Meskipun Kerajaan Negeri mengarahkan supaya syarikat berkenaan menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut, struktur Candi 11 yang dibina semula itu telahpun musnah sejak bulan Ogos lagi.
Candi yang sama boleh dibina semula di atas tapak asal dengan persetujuan syarikat, atau di tapak lain seperti berhampiran dengan tapak ekskavasi Universiti Sains Malaysia (USM) di Sungai Batu. Untuk tujuan ini, pelan Candi 11 akan dirujuk untuk memastikan rekabentuk dan bahan yang sama seperti di tapak asal akan turut digunakan.
Kerajaan Negeri amat menitikberatkan usaha untuk memelihara semua jenis warisan turun temurun Negeri Kedah. Bagi memastikan tapak-tapak warisan yang terletak di lebih seratus lokasi kesemuanya sekitar Lembah Bujang tidak musnah dimamah zaman atau akibat pembangunan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah bersetuju untuk menimbang permohonan Kerajaan Negeri agar tapak-tapak yang dikenalpasti mempunyai nilai warisan diwartakan. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan syarikat pemaju supaya menghentikan kerja-kerja pembersihan di tapak Candi 11.
Kerja-kerja ekskavasi dan pemuliharaan akan terus dilaksanakan oleh pakar-pakar arkeologi USM hingga kawasan Lembah Bujang boleh dibangunkan sebagai tarikan pelancongan bertaraf antarabangsa. Sehingga kini kajian arkeologi di Sungai Batu telah mendedahkan bahawa tapak ini telah digunakan sejak kurun ke-5 Sebelum Masehi, dari semasa ke semasa, sehingga kurun ke-17 Masehi. Ini membuktikan bahawa tamadun Sungai Batu adalah tamadun tertua di rantau ini yang berasaskan industri peleburan besi.
DATO’ PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Wisma Darul Aman, Alor Setar
Astaga!!! Ngok!!! Senibina tu bkn candi!!! Sangap betul!!! Itu senibina kolam santai Di Raja yang bersambung dengan kolam mandian atau bersiram...pengaruh senibina Yamen, India Selatan dan Campa kuno. Kerajaan India Selatan dan Campa di zaman itu bkn beragama Hindu maupun Buddha, meraka menganut AJARAN IBRAHIM, ajaran MENTAUHID dan MENGESAKAN MAHAPENCIPTA, tidak menyembah patung maupun berhala...bengap ke sangap? Ada ke terdapat patung berhala kat situ? Bahlullikul!!! Yg lainnya tu senibina Balai Rong Seri luar istana, Istana Hinggap, Singgahsana Di Raja, senibina takungan air, Gelanggang Di Raja dab...semuanya tu mempunyai pengaruh senibina masyarakat yg menuturkan bhs Hebrew, Ibrani dan Sanskrit di zamannya, menyamai unsur senibina KERAJAAN CHELDINA di zaman Nabi Allah Ibrahim di Negara UR. Bangsa awal MALA yg menerima AJARAN IBRAHIM di waktu itu digelar BANGSA MALA-UR. Apa ke jadahnya plk dikaitkan dng HINDU??? Ajaran Ibrahim mengamalkan IBADAH KORBAN lembu...LEMBU tu dewa hindu, bangang ke apa? Masuk akal ke hindu korbankan dewa kartun diarng? Senibina bulat n bersegi tu berunsur Nyamen n Pelastin...itu bkn monumen ritual...itu pusat pebyembelihan korbanlah ngok!!! X de sebesar habukpun kaitannya dng hindu!!! Klu hang nk tau Tulisan Pallava tu sendiripun mempunyai pengaruh Tulisan Hebrew dan Ibrani...x de kaitan langsung dng Tulisan Tamil...YE NA DE!!! Hang kena nk tau Bhasa n Budaya awal Bangsa Mala yg digelar MALA-UR adalah gabungan sedikit pengaruh Hebrew n Ibrani, ada banyak elemen Sanskrit n yg paling banyak MALAYO POLINESIA atu AUSTRONESIA begitu gak dng budaya...Selatan India n Campa x de hubungkaitnya langsung dng TAMIL n HINDU!!!
Post a Comment