Thursday, June 23, 2011

MELETUP GILA !!! ADA KARAOKE DI ALOR STAR TAWAR KHIDMAT SEKS ?!!! ... INI KHAS UNTUK BALUN PAS KEDAH ...


Aku terkedu seketika apabila blog sahabat aku DUKE OF UMNO telah menyiarkan satu berita yang dipetik dari online KOSMO! di sini, berkenaan satu serbuan Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) di sebuah pusat Karaoke yang menawarkan khidmat seks di KOTA SETAR ! ...

Aku copy-paste kan artikel yang diterbitkan oleh sahabat aku tu di bawah ni ...



DUKE MENULIS:

Saya ingin bertanya pada PAS Kedah, sejak bila Kerajaan PAS "Sejahtera" Kedah menternak pelacur di Alor Setar? Dah lama ke buat kerja ni? Sejak bila? Sejak ambil alih Kedah dari BN? Inikah maksud disebalik "Sejahtera" PAS Kedah tu?

Nampaknya Pak-Pak Lebai yang selama ni dok mengutuk BN macam-macam tu memang lagi teruk! Dulu masa time BN, takdak pun benda-benda lagu ni. Tak ada pun yang berani buat lagu ni time tu. Jangan harap la boleh bukak benda-benda lagu ni.

Buktinya, masa time BN dulu, hanya ada 2 buah kedai karaoke saja. Itu pun dipantau hebat oleh MAIK. Tapi, bila PAS ambik alih, kedai karaoke dah bertambah jadi 6 buah! Siap ada servis seks pulak tu! La ni siapa yang "thonghuuttt" nih?

Jangan kata saya fitnah. Cuba baca apa yang dilaporkan oleh Kosmo! di sini. Dan saya publishkan sekali berita itu di bawah...



Pusat karaoke di Kota Setar yang diserbu pada Jumaat lalu selepas didakwa turut menyediakan khidmat seks.

KUALA LUMPUR - Rungutan orang ramai mengenai gelagat wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang didakwa turut menawarkan khidmat seks di sebuah pusat karaoke di Kota Setar, Kedah sejak setahun lalu mungkin berakhir apabila 18 pelacur warga asing itu dicekup dalam satu serbuan khas pada Jumaat lalu.

Satu sumber dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) berkata, sebelum serbuan pada pukul 11.45 malam polis menerima banyak aduan mengenai kehadiran wanita-wanita berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal berpelesiran dalam premis itu bermula pada waktu petang untuk memancing pelanggan-pelanggan masuk ke pusat hiburan itu.

Kegiatan wanita warga asing itu didakwa orang ramai mengganggu 'persekitaran' di kawasan sekitar selain menjejaskan imej Kota Setar.

Berikutan itu, sumber itu berkata, seramai 20 anggota termasuk 10 pegawai menyerbu pusat hiburan itu dan menahan 18 wanita dipercayai pelacur dan 35 pelanggan yang berada di dalam pusat hiburan itu.

"Ketika serbuan, sebahagian daripada pelacur sedang ghairah melayan pelanggan masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, 18 warga asing yang ditahan melibatkan seorang warga Myanmar dan 17 lagi wanita China masing-masing berusia 20 hingga 30-an.

Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap 35 pelanggan berusia antara 23 hingga 58 tahun yang ditahan mendapati sepuluh daripada mereka positif dadah.

Wanita warga asing didakwa menawarkan khidmat seks kepada pelanggannya dengan mengenakan bayaran RM45 sejam.

"Pelacur boleh dibawa pulang ke rumah atau dibawa ke hotel untuk khidmat seks.

"Malah pelanggan juga boleh menggunakan bilik di pusat karaoke untuk mendapat khidmat seks," katanya dengan memberitahu pusat karaoke itu mempunyai 14 buah bilik.

Difahamkan, premis tersebut telah diserbu dua kali oleh polis.

Pusat hiburan itu mempunyai lesen dan ia dimiliki seorang penduduk tempatan.

KOMEN ALOQSTAQ :
Aku macam kenai aja rupabentuk pusat karaoke yang telah di'kaburkan' oleh Kosmo! ni ...

Rasa seperti pernah ku lihat , tapi dimana ya ? HA HA HA !  (SAH ! SAH ! AloQStaQBlog memang dah pernah dedahkan gambaq pusat ni dalam sebuah artikel ekslusif pada 1 JUN 2011 - 22 Hari Lepas !) ...

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK TERUS MENDALAMI ISU BERKAITAN INI,
SILALAH LAYARI PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN EKSLUSIF ALOQSTAQBLOG SEBELUM INI :

Pendedahan Terbaru AloQStaQBlog pada : 1 JUN 2011 (22 Hari Lepas) :  KLIK SINI 

Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010 : KLIK SINI
Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010 : KLIK SINI


Patutlah PAS dah tukar slogan daripada "Perjuangan NEGARA ISLAM" kepada "Perjuangan NEGARA BERKEBAJIKAN". 

Depa dah ikut cara DAP rupanyaaaaaaaaaaa !!!!!!!!! .....
MEMERINTAH PUN IKUT ALA-ALA KAPIR DAH DEPA NI !!!

Hamik hangpa puak PAS ! Bongok ! .....
Dulu dok maki BN sangat ! La ni hangpa rasakan !!

Ir. Phahrolrazi sila jawab sat benda ni ! ... TAKKAN PELACURAN MACAM NI PUN MERUPAKAN SATU KEPERLUAN JUGAK KOT !!??   (Sila KLIK untuk BESARkan gambar)


 


AloQStaQ
23 JUN 2011
Khamis
11: 11 Pagi

14 komen:

Anonymous June 23, 2011 at 11:24 AM  

inilah akibatnya apabila sudah bersatu dengan iblis (DAP) & syaitan (PKR)

PAS sudah tinggalkan ISLAM , opss! perjuangan ISLAM.

ISLAM bagi PAS hanyalah bahan mainan dimulut. Kalau benar PAS berani menegakkan NEGARA ISLAM, kenapa baru sekarang mengaku NEGARA ISLAM tiada disebut dalam nas Alquran?

selama ini menuduh UMNO tidak islamik. sekrang, PAS lebih teruk dari UMNO!

podaH!

:hussainy aliman:

Anonymous June 23, 2011 at 11:46 AM  

fitnah ni!

Anonymous June 23, 2011 at 1:57 PM  

takdak manfaat langsung kat blog ni..blogger tah pe2

JamnurRahman June 23, 2011 at 2:29 PM  

TAHNIAH ALOQ SETAQ BLOG!

Usaha ngko selama ini telah berhasil dan ngko telah buktikan kepada kami bahawa tak sia-sia ngko pergi amik gambo merata kawasan.

Semata-mata,Untuk menunjukkan bahawa inilah bukti sebuah kerajaan pimpinan Parti Islam yang leka & tidak sedar, mereka sedang menternak zina - sedangkan apa yang mereka buat 3 tahun untuk membanteras maksiat?

Mereka hanya tahu menyalah UMNO.

Aku pasti, mereka masih menidakkan perkara ini seperti sebelum ini.

Aku terus menyokong tindakan ngko untuk mendedahkan lagi kepalsuan PARTI konon ISLAM ni.

Terima kasih ALOQ SETAQ, terima kasih POLIS D7. Kamu berusaha untuk mencegah kemungkaran.

BUKAN PAS KEDAH!

Anonymous June 23, 2011 at 11:24 PM  

KEDAH SEJAHTERA!!!!!!!!!!!!!

Sejahtera sunggggggggggggggguhhhhh!

Anonymous June 24, 2011 at 12:08 AM  

wei admin.. ang kut p langgan seks tutuh2 tu sebab tu ang tau smua dalam aloq setaq ni.. tahniah2.. pendedahan diri ang yang berani.. sb kami kenai ang sapa.. perangai ang lebih teruk lagi kut.. nak aku buat 1 bloq cita pasai ang.. takpayah lar.. kesian.. tapi klu nak dedah apa2 ang jadilar pelakon video seks tu,klu nak buat pakai yang kalor punya cctv.. itam putih zaman bn dlu boleh lar pakai.. larni org dah kalor.. mankaq punya bloq dan punyokong umno mooooooo mooooooo moooooooooo... lembu bunyi..

Anonymous June 24, 2011 at 12:18 AM  

ceteknya otak ang.. baguih2.. butui2 sempoi terkejut aku negeri diperintah pas ada benda mcm ni.. terkejut ni.. tarik2 dah ni.. bn punya negeri mana ad benda2 mcm ni.. betui dak? bn punya negeri mana pernah masuh metro,hairan,loya tv3suku betui dak? hebat2.. dedahan yang paling besaq pernah aku dgaq spanjang aku kenai dunia ni.. bn ni semua nya baguih.. nama pun bn baguih najib anak2 buah dia pun mcm hang pun otak baguih jgk.. byk isap susu nni tu pandai.. dah besaq isap lagi pandai.. susu kat kelab tu apa..

Anonymous June 24, 2011 at 8:32 AM  

bro.. KEDAH SEJAHTERA!!! sejahterra la bro buat kaki2 pompuan.. laki balik umah dah tak bising2 lagi kat bini halal.. sbb bini tak halal dah bagi!! bini halal tak yah teruk nak layan laki dia lagi.. kat famili planing namanya tu.. nama tempat tu pun pusat karaoke famili.. bini halal taknak ikut, dia bawak bini tak halal yg mudah sangat nak ikut.. bayar saja.., i rela.. haha KEDAH SEJAHTERA bersama pemimpin bangang yang pemikiran dan pentadbiran kerajaannya tahap budak2 tadika!!!

Anonymous June 24, 2011 at 8:37 AM  

anon 11.46, 1.57, 12.08 &12.18.. mmg tercapai oleh akalmu.. bangang!!

kalu kat blog orang2 bangang2 macam hampa ni, komen hampa dah tak lepas dah.. tapi kat blog org2 cerdik dan berani mcm AloQStaQ ni, telus.. komen bangang mcm hampa pun dia lepas!!

so, pikiaq2 kan... sapa yang ada testis.. dan sapa yang takdak testis..

Kamal Sanusi June 24, 2011 at 4:38 PM  

Kekadang aku terfikir jugak. Kenapa nak disalahkan PAS sekiranya berlaku jenayah (merompak, membunuh, rogol, pusat-pusat tertentu yg menawarkan seks), kemalangan, bencana & yg sama waktu dengannya di Kedah. Apa org yg bukan PAS tu semuanya baik-baik belaka ker?

Contohnya, Ketua Puteri umPORNO Jerlun yg ditangkap berkhalwat pun tak kan nak salahkan PAS jugak.

Padahal, org-org tertentu di Kedah ni dah menjadi penyumbang ekonomi terbaik di Pekan Dannok.

Kenapa tak salahkan PAS kerana gagal mendidik org-org tersebut.

Haiyaaa... Ini mcm punya penulis pun ador daaaaa.........

Heheeheee........

AnaQarbana June 25, 2011 at 8:08 AM  

Tahniah kepada Pas Kedah dan Kamal Sanusi....PAS berjaya dalam Misi dan Visinya sejak di tubuhkan dengan agenda Islamnya...syabash...
Sekarang perjuangan PAS telah masuk fasa ke-2 di zaman cyber...perjuangan PAS seterusnya ialah KEBAJKAN...BERKEBAJIKAN..itulah matlamat PAS seterusnya setelah PAS berjaya di peringkat awal memertabatkan Islam..melahirkan pejuang Islam sejatai...berjaya menterbiahkan umat Malaysia menjadi muslim sejati...berjaya bersekongkol dengan bukan Islam dan boleh Pakat dengan parti politik yang dulunya dianggap pelampau/melampau...syabash PAS...anda berjaya....teruskan perjuangan mewujudkan Negara Kebajikan/Berkebajikan.....

Anonymous June 25, 2011 at 5:28 PM  

dlam Islam takdak kebajikan?? napa nak ubah nama??
ISLAM politik ja lah pas ni!! habuk pun tarak!! laksana perjuagan yg penting ke tema parti tu yang penting!! buat la kerja dulu.. dok pikiaq tema tah apa tah.. kebajikan kepala hatok hampa!! kebajikan hapa?? kebajikan kat lepa ja la kot??

aku tgk pemimpin hampa tu dah lupa diri.. bleh naik kapai terbang first class.. bleh turun kapai terbang tak payah berebut.. ada driver pi sana pi sini, terus lupa diri.. iman dok tang kaki.. nafsu naik atas kepala..

nak melangkah ke fasa 2.. BN dh 50dulu dah laksana apa yg PAS nak laksana skarang.

Cakap mcm hebat.. tapi sume lepat jer..

next mengundi jgn harap aku nak undi PAS lg.. dah rasa sgt berdosa dah undi PAS last mengundi.. jiwa tertekan sgt2..

kpd org2 kampungku.. minta maap, sbb aku lah salah sorang yang buat korang sume tertindas dan tertekan tanpa sebarang kemajuan di bawah pimpinan parti penipu ni!! kita pastikan, takada lagi bendera hijau putih tergantung kat area kita!! buat sakit mata memandang saja!! buat semak!!!

GOOD BYE PAS PIS PUS!!! penipu, pembohong, penzina, mangkuk hayun!! dan lain lain!!

Anonymous December 2, 2012 at 6:09 PM  

Pub kat KL dan JB under BN ni tak diharamkan pula? By the way , alor setar ni bukan orang islam saja , kalo sengkat semua hiburan, macam mana orang bukan islam and they actually boost ekonomi alor setar, tau tak ?? GLobalisasi telah ubah pemikiran orang, social life sudah part of everyone, even my malay friends would join us for some indoor party with all girls and guys, but we are not having sex party larr...just some social life and not even having any alcohol.
Islam banking tu juga perubahan part of globalisasi, now islamic banking tumbuh bagai cendawan lepas hujan, cannot asyik je ikut peraturan lama lah....Conclusi, i support 100% akan pemimpin-pemimpin& rakan-rakan PAS yg terima hakikat globalisasi and sudi berubah !!! Hidup PR, Hidup Rakyat
Maaf if i offenced against any muslim friends.

Anonymous December 2, 2012 at 6:10 PM  

Pub kat KL dan JB under BN ni tak diharamkan pula? By the way , alor setar ni bukan orang islam saja , kalo sengkat semua hiburan, macam mana orang bukan islam and they actually boost ekonomi alor setar, tau tak ?? GLobalisasi telah ubah pemikiran orang, social life sudah part of everyone, even my malay friends would join us for some indoor party with all girls and guys, but we are not having sex party larr...just some social life and not even having any alcohol.
Islam banking tu juga perubahan part of globalisasi, now islamic banking tumbuh bagai cendawan lepas hujan, cannot asyik je ikut peraturan lama lah....Conclusi, i support 100% akan pemimpin-pemimpin& rakan-rakan PAS yg terima hakikat globalisasi and sudi berubah !!! Hidup PR, Hidup Rakyat
Maaf if i offenced against any muslim friends.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP