TERKINI !!! LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR ...
Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...
NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...
MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .
Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!
Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !
Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.
Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...
Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.
Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.
Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).
Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...
GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.
Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).
Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...
Berita ini disiasat sendiri,
ditulis sendiri, gambar diambil sendiri,
diterbitkan sendiri oleh ...
AloQStaQ
29/Disember/2009
11:10 Pagi
12 komen:
beb.. layan karoke beb...
sepohon kayu daunnya rimbun...ulalalala....
lebat buahnya....ulalalala...
TAKBIR!!!
ghostwriter: PAS buat semua takpa...halal jerk!
Salam,
membangun bersama Isle
Klu bukan Umno yg buat, ok ja!
Hudud lambat lagi ka? Buat yang tak hudud dulu nooo.. ada apa-apa ka?
Membangun Bersama Islam.
orang Kedah dah kena tipu la macam ni. Kita Nak Islam, dia bagi karaoke.
Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.... inilah hakikat yang penyokong PAS kena akui.
Bila takde kuasa melalak lalak dan buat fitnah macam2 sampai dapat naik atas. Bila dah dapat kuasa, segala apa yang dituduh dan fitnah kat orang lain, yang tu la jugak depa buat.
Munafiq tahap world class.
Di Sungai Petani lagi hebat ! malam esok satu acara besar besaran akan diadakan di DATARAN SUNGAI PETANI berhadapan dengan JAM BESAR.
Mengikut maklukmat yang diterima YAB MB Kedah akan turut serta bersama sama menyambut ketibaan awal tahun 2010 dan melakukan 'COUNT DOWN'.
Tapi yang maha hebat ialah satu majlis sembahyang beramai ramai akan diadakan diDATARAN sementara menunggu detik jam 12 tiba.
WOW ! sejak bila orang ISLAM melakukan sembahyang beramai ramai untuk menyambut kedatangan TAHUN BARU CALENDAR ORANG PUTIH.
Aneh sungguh ISLAM PAS,bila sambut tahun baru ISLAM tidak diadakan majlis sembahyang beramai ramai tapi sambut tahun baru Mat Salleh,new years eve nak buat sembahyang hajat pulak !
Bukan itu saja Pas hantar orang untuk jemput IMAM BESAR MASJID SULTAN MUDZAFFAR SHAH untuk mengimamkan sembahyang tersebut tapi depa silap IMAM kata sorry 'NO' ,Islam tak suruh buat macam ni ! Mungkin MB sendiri akan mengimamkan solat tersebut atau kalau susah sangat suruh saja wakil DAP jadi Imam habis cerita.
Kepada e-Patriot SSS,
Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.
Salam Sejahtera,
“SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
Admin SSS
seghonok nooo oghang aloq setaq dapat ghenggah kuat kuat sampai teketaq ketaq, padan laa tuhan dok bagi bala .. tu pun kita semua dok tak sedaq lagi..
bukan senang nak cuci khazanah peninggalan bn tuh,pelan2 la,baru merintah setahun lebih nak perfect rilex a,dulu ni lagy la teruk a.staq tu
Kalo agama melarang gi, tok seh gi lah...
Apa hukum menganggu rezeki org
Arc
Post a Comment