Tuesday, December 15, 2009

PENTING DIBACA ! TERKINI. Malam Tadi - Cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan BN’ Hampir Berjaya ...

Kepada Rakyat Malaysia yang sayangkan KERAJAAN BN, aku harap kita tidak terlepas peluang untuk membaca artikel ini yang aku COPY-PASTE dari laman web AgendaDaily.com . Kita dapat lihat bagaimana Anwar sedaya upaya untuk mencari jalan untuk memegang tampuk kuasa.

Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia digunakan untuk "membantu" merealisasikan hasratnya. (menyirap darah aku membaca artikel ni !!... )

Teruskan Membaca ...

_________________________________________

Drama lewat malam di Parlimen...cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya

December 15, 2009 : 07.21 AM
LUKMAN ABDULLAH - AgendaDaily.com

Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.
GAMBAR : Najib diiringi Muhyiddin meninggalkan Parlimen selepas pengundian Bajet 2010 selesai Isnin malam (14-DEC-2009)

Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruhan bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi. Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan.

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.
Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.

Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.
Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.

Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah..... – 14/12/2009

Artikel Asal Ada Di SINI ...

-AloQStaQBlog : PERGGGGHHHH! MENYIRAP SIOTTTT DARAH AKU MEMBACA ARTIKEL NI !!! ... MEMANG TIPIS SANGAT TU 3 UNDI TU! ... KALAU TAKKKK, LINGKUP LAA NEGARA NIII ....
SEBAB ITULAH, KEHADIRAN KE DEWAN AMAT-AMATLAH PENTING!

AloQStaQ
15-12-2009
10:45 Pagi

11 komen:

Detguaq December 15, 2009 at 11:53 AM  

Aloq Staq....

Kaki tuang mesyuarat kena diketepikan dari dicalonkan semula seperti yang terjadi diKota Siputeh.

Dan skrip yang sama di Parlimen rupanya boleh memberi kesan yang amat tidak terbayang oleh fikiran rakyat awam seperti aku.

Banyak lagi yang kita kena belajar...

Bapak3 December 15, 2009 at 12:28 PM  

Kalau anwar menang semalam, jadi sekutu yahudilah malaysia. Of course, kalau dia menang, dia akan kata, kemenangan rakyat. Kalau dia yang kena, mcm kat perak, mesti tak habis-habis cerita konspirasi. Itulah dia, pengikut setia mata satu dan makjuj, yg bernama anwar ibrahim.

PAKMALAU December 15, 2009 at 2:30 PM  

Apa pun UMNO jgn berdekor lena macam bangkai!!

hans December 15, 2009 at 5:10 PM  

hurm
nasib baik la kan?
alhamdulillah

eXception December 16, 2009 at 5:53 PM  

Peristiwa ini harus menyedarkan semua AP BN wajib hadir ke sidang. Ini kerana ramai antara mereka yang dipilih oleh rakyat ini, memonteng... Jika lihat sidang parlimen sebelum ini banyak kerusi kalangan AP BN yang kosong.

Anonymous December 16, 2009 at 7:45 PM  

nilah sikap buruk ahli dewan BN.klau jd apa2 yg x di ingini semlm tiada maaf bg mereka dunia akhirat. amanah dipertaruhkan pd mereka tp lalai dan leka. perangai kaki tuang tu juga x ubah2.
bila agaknya mereka2 ni nk sedar ya? setuju pru13 nnt hampeh2 tu x patut dicalunkn.hrp PM & TPM lebih teliti dlm pemilihan n penilaian calon kelak. yg perangai kaki tuang tu x payah dicalon lg.dgr suara hati rakyat jgn nk jaga hati malaun2 tu je.

Anonymous December 16, 2009 at 8:44 PM  

Itu tandanya BN masih relevant di sisi Allah SWA..
Apa nak takut kalau Allah dah tahu siapa tak berani bersumpah masakan Allah meluluskan permerintahan yang di terajui oleh SI Anwar yang takut bersumpah..
Allah maha adil Bukan "Tuhan" yang takut bersumpah...

Hidup BN

DiehardQueen December 20, 2009 at 1:35 AM  

Kota Siputeh dah samar2 nampaknya...YB kununnya pilihan rakyat...dok selamba senang hati...dia ingat rakyat tak reti nak pikiaq

ghostWRITER December 22, 2009 at 8:16 AM  

salam satu perjuangan, saya dah add blog tuan dalam blog list saya.. BERSAMA KITA PERJUANGANKAN, PERJUANGAN BELUM SELESAI...

ghostWRITER
http://ohpolitik.blogspot.com

AloQStaQ December 22, 2009 at 9:11 AM  

ghostwriter ...
TQ so much ... Saya juga akan add tuan dalam list AloQStaQ. TQ.

Semoga terus maju jaya.

CucuTokJasin December 23, 2009 at 6:43 PM  

Saudara Aloq Staq.. Saya ingin melontarkan satu persoalan.. Siapakah menteri yang bertanggungjawab jaga parlimen? Dia dok kelebek apa? Ka ada share jugak dengan sorang lagi pelobi untok KJ?

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP