Sunday, December 6, 2009

KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : 6hb-12-2009 Satu Lagi PUB baru di Alor Setar!

Pada hari ini, tanggal 06-12-2009 hari Ahad, bersamaan dengan 19 Zulhijjah, bersempena dengan PEMBUKAAN RASMI SEBUAH LAGI PUB & KARAOKE BARU DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR, AloQStaQBlog menerbitkan posting ini yang bertajuk : KERAjaan "ISLAM" PAS KEDAH : Tarikh 6hb-12-2009 : Satu Lagi PUB baru di Alor Setar ...

PASTINYA, AloQStaQBlog akan menerima lagi pelbagai caci-maki dan ugutan oleh pihak-pihak berkenaan yang TIDAK SUKA Blog ini memburukkan Kepimpinan PAS Kedah pada hari ini. TETAPI, Demi untuk kebaikan Agama, Bangsa dan Tanahair, aku terpaksa menghadapinya.

Hari ini, detik bersejarah dalam dunia hiburan , "kelalaian dan melalaikan" & MUNGKIN JUGA terpalit "MAKSIAT" di Bandaraya pimpinan PARTI ISLAM KEDAH. Hampeh lagi sekali!

GAMBAR : Salah satu dari puluhan banner promosi Pub baru yang akan dibuka di Alor Star yang digantung di tiang-tiang lampu jalan seluruh Bandaraya. Gambar ini di rakam di kawasan Simpang Kuala. Juga terdapat di tiang lampu dipersekitaran (bahagian luar) Masjid Zaher - berdekatan traffik light Jalan Putra, dan dilain-lain tempat lagi.

Perasmian BLACK Pub & Karaoke yang dipercayai ada LIVE BAND & Karaoke (maklumat ini dibaca dari kain rentang, banner & bunting yang terpasang di tiang-tiang lampu jalan - berhampiran Masjid Zahir pun terpasang juga!) ...
HEBAT ! HEBAT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH! ... Tahniah! ....

AloQStaQ agak pelik sungguh dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS KEDAH yang selama ini sentiasa berkobar-kobar untuk memperjuangkan NEGARA ISLAM dan berhasrat untuk menghapuskan "kegiatan maksiat" yang mereka rasakan UMNO/BN menjadi pihak yang meluluskan permit/lesen. (banyak disebut berulang kali dalam Ceramah-Ceramah PAS, sejak lama dahulu lagi, sebelum Pilihanraya Umum ke 12)

Tetapi, selepas PAS Kedah berjaya memegang tampuk pemerintahan pasca PRU12 pada Mac 2008, nampaknya tiada banyak beza dengan kepimpinan yang dahulunya mereka sendiri persendakan, iaitu kepimpinan UMNO/BN.

Kalau dilihat di Pulau Langkawi pula, nampaknya masih lagi macam dulu, tiada larangan drastik nampaknya untuk menambahbaikan dari apa yang pernah mereka sebut PULAU MAKSIAT (Dulu atas pentas Ceramah, depa selalu kata, "sejurus lepas PAS TAWAN KEDAH, Semua Pusat Hiburan & Arak di Langkawi akan dihapuskan" kononnya!)... CAKAP TIPU ORANG KAMPUNG BOLEH LAH!! ....

Tetapi, pada pandangan mata kasar aku, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh para pengundi PAS pada PRU12 tempohari untuk melihat perubahan yang dilaung-laungkan diceramah-ceramah PAS termasuklah kadang-kadang sehingga berkhutbah di mimbar-mimbar Jumaat!

Tapi, akhirnya, perlaksanaan macam HAMPEH!...
Salah tak, kalau aku sebut ini sebagai JANJI-JANJI ORANG MUNAFIQ?

Sekali lagi,
HEBATTT ! HEBATT ! ... Sungguh TERBUKA dan SPORTING Kerajaan ISLAM PAS KEDAH ni yer! ... Tahniah! .... Tahniah! ...

GAMBAR : Dipercayai Pusat Hiburan VOX (di Jalan Putra Alor Star) juga merupakan satu Pub yang masih beroperasi sejak zaman UMNO/BN memerintah dahulu lagi ... Kini nampaknya masih wujud. Ada kawan-kawan PAS kata, habih luput tarikh permit nanti, VOX ni Kerajaan PAS tak akan sambung lagi .... Ye ker? ...

NOTA :
MUNGKIN juga dalam Pub & Karaoke tersebut hanya dijual air Sirap, Teh O Ais, NESLO atau Kacang Goreng?! ...

Dan MUNGKIN juga LIVE BAND tersebut hanya dinyanyikan oleh Akill Hayy & Kumpulan lamanya The Riyadh? Sapa tau?! .... Hmmmm .........

Dan MUNGKIN juga lagu Karaoke tu hanya lagu tema 1MALAYSIA & Lagu Tiga Kupang . Saku penuh padi ..... la la la la ....

Pak-Pak Lebai & Mak-Mak Hajjah bolehlah turut serta ... PANGKAHLAH PAS LAGI UNTUK MENAMBAHKAN PUB DI BANDARAYA KITA!
Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KEDAH , tak sama dan tak serupa dengan Kepimpinan "ISLAM" PAS Versi KELANTAN & TRENGGANU & PERAK ... MUNGKIN BAGI DEPA, ISLAM BOLEH DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN TEMPAT & KEADAAN KOT!?

AloQStaQ
06 December 2009
JAM : 11:15 Pagi

11 komen:

Bapak3 December 6, 2009 at 3:47 PM  

Sdr AloqStaq,

Mungkin pas skrg cuba membawa konsep Islam moden ke Malaysia. Pas yang dikuasai anwar ibrahim, and in turn, dikuasai oleh "mata satu" akan cuba menerapkan Islam yg begitu liberal. maksudnya, Islam yg dikehendaki oleh penaja-penaja prakyat. Tidak menghairankan kerana, apabila munculnya "dia yang bermata satu", orang Islam hanya tinggal sedikit sangat.

hans December 6, 2009 at 9:27 PM  

owh ada pub baru ker?
masyaallah

1Melayu December 7, 2009 at 8:06 PM  

Masyaallah ! masyaallah,berniaga arak dan manusia lebih untung dari berniaga UNTA!!! Cukai arak ,judi,karaoke,mahjong dan apa saja semuanya SAH DAN HALAL bagi PAS.

Mai tengok KELAB SUNGAI PETANI,SEBUAH KELAB UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN ianya dipenuhi dengan arak,arak,arak,mesin judi one arm bandit dan karaoke.Bukan saja cina dan india yang main judi ,melayu pun tumpang sekaki.

PAS takut nak tutup kelab ini kerana semua ahli ahli cina dan india adalah merupakan ahli penyokong kelab PAS.

Kerajaan BN yang lepas dah keluar NOTIS untuk ambil alih kelab ini tapi Kerajaan Pas tunduk pada puak puak penagih arak ini dan yang paling memalukan ialah KELAB ini terletak diantara TIGA BUAH MASJID,MASJID ABDUL RAHMAN,MASJID PENGHULU HIM DAN MASJID SULTAN MUDZAFFAR SHAH.

Mana lebih penting undi atau agama ISLAM,bagi PAS undi dan kuasa adalah segala galanya.

CucuTokJasin December 8, 2009 at 5:00 PM  

Ini adalah hasil daripada slogan 'Kedah Sejahtera.. Nikmat Untuk Semua Kroni' .. Walhalalku.. walharammu!!!

FooArt December 8, 2009 at 5:08 PM  

Aikk?? bukan hangpa suka ka ada pub, disko ni suma? tula,aku pun x puas hati gak ni kat ustaz azizan, dok jaga puak-puak amno kaki disko ni ja.. kami hak keja mcm nak mapuih bagi dia menang ni x dak apa pun...

BigDogDotCom December 8, 2009 at 5:18 PM  

Ini perkara biasa amalan PAS; cakap tak serupa bikin. Bila bikin bertentangan dengan prinsip asal, maka mulalah manipulasikan Agama Allah (Firman Tuhan dan Hadith Rasulullah) semata mata untuk kepentingan politik.

Warga UMNO Kedah wajar menengahkan kepada akar umbi rakyat Kedah skandal rumah sembelihan babi haram Kg Berjaya yang begitu dipertahankan DAP apabila MPAS cuba meruntuhkan. Apabila 'wayang' telah tamat, maka Cina ini diberikan 'saguhati' dengan sebuah bidang tanah lebih luas untuk meneruskan perniagaan.

Apa yang boleh diharapkan sangat dengan golongan Al Mufiqin PAS ini. Isu salahguna kuasa dan peluang dalam kes Tabung Memali masih lagi belum selesai sepenuhnya. Ini satu lagi skandal PAS yang wajar UMNO Kedah ketengahkan bagi menjelaskan kepada rakyat kerajaan yang mereka pilih semata mata emosi terhadap UMNO.

Tok Pauh December 9, 2009 at 1:17 PM  

Bagus la ada Pub, kan hari tu ada mamat DAP tolong bacakan Quran untuk orang PAS belajar. Mestilah tok guru tafsir baru depa dah bagi tafsiran baru tentang Pub ni.

PAS kan terbuka, everyone can enjoy. Hidup PAS

لف توف™ December 9, 2009 at 6:28 PM  

Benda ni perkara biasa baik PAS mau pun BN.
Taim BN perintah Kedah dulu, jadi tugas pembangkang (baca PAS) la nak komplain macam2 (benda baik dan benda tak baik, sama naik).
La nie giliran pembangkang yang baru (baca AMNO). Bangkang apa saja yang kena dan tak kena dalam Negeri Kedah (di bawah PAS).
Setakat bangkang main politik.
Bukan bangkang yang membina.

anaklangkawi December 10, 2009 at 1:05 AM  

Takbeerr

Tok Pauh December 10, 2009 at 5:08 PM  

Laptop,
Dulu masa BN buat PAS kata tak boleh. La ni PAS buat benda yang dia kata tak boleh tu.

Kalau benda tu tak salah, maka Umno pun tak salah la.

Tapi kalau benda tu salah, BN salah pasal benarkan saja.

Tapi PAS salah pasal benarkan juga, tambah salah lagi pasal hipokrit atau dalam bahasa hukum, Munafik namanya.

Tok Pauh December 10, 2009 at 5:08 PM  

Laptop,
Dulu masa BN buat PAS kata tak boleh. La ni PAS buat benda yang dia kata tak boleh tu.

Kalau benda tu tak salah, maka Umno pun tak salah la.

Tapi kalau benda tu salah, BN salah pasal benarkan saja.

Tapi PAS salah pasal benarkan juga, tambah salah lagi pasal hipokrit atau dalam bahasa hukum, Munafik namanya.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP