Monday, December 7, 2009

PAS Kedah FLIP FLOP! : "Kuota 50% Bumiputra Ditangguhkan"

Pagi ini, semasa aku minum kopi sambil membaca akhbar Berita Harian Online (KLIK SINI), yang memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, "Tangguh dulu pelaksanaan kuota 50 peratus ini sebab nampak ada pihak tak puas hati dengan dasar ini dan kita akan cari kaedah yang lebih munasabah untuk menyelesaikan masalah ini."

Ingat lagi tak ? Sebelum ni, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menaikkan peratusan kuota Bumiputera bagi pemilikan perumahan di Kedah, daripada 30 peratus kepada 50 peratus berkuat kuasa 1 September 2008 , maka dengan pengumuman tu, bermegahlah budak-budak PAS Kedah termasuk para blogger mereka mendabik dada mengatakan merekalah JUARA kaum Melayu/Bumiputra.

Kononnya merekalah yang BERANI membuat satu keputusan dimana UMNO/BN Kedah dulu tak berani lakukan (kononnya!) ...

Pada aku, keputusan menetapkan kuota 50% Pemilikan Bumiputra yang PAS Kedah umumkan September 2008 dulu merupakan satu keputusan terburu-buru kerajaan negeri untuk mempertontonkan kepada kaum Bumiputra khususnya MELAYU KEDAH & MELAYU DI MALAYSIA amnya bahawa hak mereka terjamin di bawah pemerintahan PAS (kononnya!).

Padahal PAS Kedah pada masa itu sudah pasti, yakin dan sudah tahu mereka akan menerima pelbagai komplen dari kaum bukan Bumiputra.

Kerajaan PAS Kedah seolah-olah sengaja ja nak buat drama! ... Drama yang akan menjadikan mereka popular di mata Bumiputra/Melayu, dan mereka akan terus berdrama lagi jika ada komplen - demi untuk menjadi lebih popular bagi Bukan Bumiputra pula. HAPRAK Betui PAS Kedah!

Dan kini jelas, Bukan Bumiputra yang nampaknya tidak berpuas hati, telah pergi bertemu berulangkali dengan kerajaan negeri untuk membetulkan semula dasar tersebut, akhirnya kini ianya telah di "terima" oleh Kerajaan PAS Kedah untuk di TANGGUH kan!
Memetik lagi kenyataan Datuk Ir. Phahrolrazi "Kita tak mahu ada yang kata dasar yang dibuat ini, tidak adil dan isu perumahan jadi berlarutan, sebab kuota 50 peratus tu bukan dasar umum, yang beri gambaran seolah-olah semua keadaan tanah mesti ada 50 peratus kuota untuk Bumiputera" ..... PULAK DAH!!??! Macam ni ka nak jadi Pemerintah Malaysia? Sat lagu nu, sat lagu ni ... Memang jelas FLIP FLOP! ....

Maka, sepatutnya sekarang bebudak PAS dalam blog-blog PAS khususnya di Kedah yang dulunya mendabik dada, perlulah menerima hakikat bahawa apa yang mereka bangga dulu tentang KUOTA 50% BUMIPUTRA itu, kini dah hampir terkubur gara-gara "PAS Kedah buat keputusan tak pikiaq panjang".

Tak perlu lagi lah bebudak PAS nak berlagak sombong lagi dah, bongkak dan angkuh mengatakan bahawa PAS Kedah "BERANI" membuat keputusan demi kebaikan Bumiputra (khasnya MELAYU!) berbanding UMNO/BN ... Hakikatnya, PAS kecut telur dengan NGO Bukan Bumiputra setelah keputusan yang mereka sendiri buat dipertikaikan.

Dasar Flip Flop macam Pak Mentua Kerry jugak PAS Kedah ni ! ... PAS For All Dungu ....

AloQStaQ
07-12-2009
10:20 Pagi

8 komen:

Ashley Ahmed December 7, 2009 at 2:49 PM  

Salam,

terbukti cakap mmg senang, nk buat xmampu, mcm kilang arak n kdi no ekor juga, klu dl semua org xislam pas sj islam, tp bla mng tak tutup pula.

cucu azizan December 7, 2009 at 4:52 PM  

Kenyataan itu patut berbunyi "kerajaan kedah membatalkan dasar kuota 50 peratus". tetapi akibat takut dengan bayang-bayang maka pahrolrazi cuba bermain kata-kata dengan menyebut ditangguhkan. Ditangguhkan sampai bila, sampai rakyat lupa bahawa peraturan itu pernah diwujudkan. hahhahah itulah akal nak menipu rakyat. nak menyebut batal takut malu jadi sebut tangguh.
baca pula akhbar hari ini kata SULIHH tangguh gak kerana belum dapat EIA. satu lagi pekung didada terdedah. mana nak letak muka ustaz azizan ni... sembunyi balik bulan ajelah.
itulah tidak pandai mentadbir duk berlagak

pakngah santan December 7, 2009 at 5:23 PM  

cakap retorik memang pas handal. juara dunia, tak dak siapa boleh tanding dalam bab cakap retorik. hakikatnya pas hampasssss....

1Melayu December 7, 2009 at 7:46 PM  

Bagi Pas yang penting ialah undi puak puak kafir,melayu boleh pergi jahanam,Islam can go to hell !who cares about ISLAM.Inilah wajah sebenar pemerintahan PAS.

Melayu Kedah you are all covered if you still vote PAS.

Salam dari,
1Melayu

hans December 7, 2009 at 8:40 PM  

betul2
cakap tu senang
nak kotakan tu susah

Anonymous December 8, 2009 at 3:28 AM  

Yang dungu dan bengong hang saja dan penyokong gerombolan.Slogan bn menang Kedah senang macam taik.Awat selama ni tara mana Kedah senang.Hutang berlambak rakyat hidup air nak masuk hidung.Yang senang bukan Kedah tapi menteri yang otak takdak lain kira nak makan duit saja.Tak pernah cukup-cukup.Tengok apa yang jadi dengan Madey kesayangan hampa.Dia dah mula terima apa yang dia buat selama dia jadi pemimpin negara dulu.Membuka pekung sendiri.Tu pun penyokong dia tak pernah sedar.Pr ni dah lama berjuang dalam Malaysia ni.Kalau bn tu baik pasai apa banyak orang dah tak sokong lagi.Cuba kita tengok apa yang PR boleh buat pulak.Jangan dok tengok bn saja.PRU 13 bukan lama sangat.Pasai apa tak boleh sabar.Yang duduk lama dah dengan bn tu boleh pulak.Orang PR ni kalau buat perubahan bukan senang orang PR saja.Penyokong bn pun senang juga.Bukan macam orang bn suka pilih kasih kalau nak bagi apa-apa.Bukan orang tak tau.Dah lama dah dok buat perangai tu.

Anonymous December 9, 2009 at 6:40 PM  

Untuk anon 3.28am

Sajapun, yg selama ni dok bagi hang kenai hurup tu sapa, yg boleh dok naik moto rata, guna duit tang mana kalau tak subsidi BN dungu ni.

Yg buleh dok motong getah subuh-subuh, sapa pun tak kacau (melainkan rimau)puak mana yg dok jaga adik beradik hang, maukalu bukan BN dungu ni. kalau hang dok di belah yala (siam)hang p keluaq motong pagi2 buta cam disini, kami boleh tolong habag kat bini hang siap kain kapan ngan org korek liang.

P la berjalan tempat org sama, bukak mata tu banding tgk apa yg jadi kat indonesia, pilipina - (redio keset pun kena juai) utk beli makan anak2. di sini, tangan cengkoi sikit pun TV3 p ambik gambar kot-kot wakil rakyak ngan menteri dok nga-nga, tu semua hasil dungu BN la jugak.

Aku setuju hang kata BN dungu pasai biar org mcm hampa dpt mcm2 bantuan, tp lepas ni hampa tau la.

Apapun biar melayu islam yg perintah, cam perak (dulu) selangor (lani) pemimpin melayu jadi tukang cakap ngan angguk mcm pokka, yg dok ligat atog perintah negeri tu sapa.

kalau dah jadi mcm penang tu, baru padan muka, melayu dok cerok dlm umah flat, tp jenis hampa suka angguk kat cina kot. kalaupun nak berebut kuasa jgn la sampai kita ketepikan bangsa sendiri.

Hang tunggu la PRU 13 ni. subsidi apa subsidi, mampus pi kat hampa, p la mintak kat DAP.

Apa la punya tuuuutttt.

Anonymous December 9, 2009 at 6:45 PM  

Silap kot, tu bukan tempat ceramah paih ka, mungkin tempat puak depa dok ajaq org cina baca ayat quran.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP