Wednesday, June 1, 2011

PENDEDAHAN EKSLUSIF ! ... ALOR SETAR DAH JADI BANDARAYA HIBURAN - DIKERJAKAN OLEH PAS KEDAH !!!

PAPARAN EKSLUSIF !!! ... 

Hari ini , seperti yang AloQStaQBlog janjikan sejak dua hari lepas ... AloQStaQBlog dengan bangganya melaporkan satu laporan EKSLUSIF - Pembohongan Janji PAS Negeri Kedah Dalam Memperjuangkan Islam di Negara Malaysia amnya dan Negeri Kedah Darul Aman khasnya.

INILAH PENDEDAHAN KALI KELIMA ALOQSTAQBLOG MENGENAI KEWUJUDAN BARU PUSAT HIBURAN KARAOKE (
YANG KINI TELAH HAMPIR MENCECAH SEPULUH BUAH !) HANYA DI BANDARAYA ALOR SETAR SAHAJA SEJAK PAS MEMERINTAH KEDAH. (Kewujudan hampir 10 Pusat Hiburan BARU ini belum lagi dicampur dengan daerah-daerah lain di negeri ini)

Kewujudan terlalu banyak Pusat Hiburan Karaoke (anak muda sekarang sebut sebagai PUSAT KAROK)  di Bandaraya Alor Setar kelihatan "tumbuh melata begitu segar" satu persatu semenjak Negeri Darul Aman ini diperintah oleh Kerajaan PAS pasca Pilihanraya Umum Ke-12.
 

AloQStaQBlog tertanya-tanya juga, APA DAH JADI DENGAN JANJI-JANJI ISLAMIK
PAS dahulu bahawa seandainya mereka diberi mandat oleh rakyat Kedah untuk memerintah , PAS akan pasti "Mencegah segala jenis Elemen serta Punca berlakunya Maksiat di bumi Kedah" !!?

Cuba kita lihat dahulu statistik populasi penduduk Bandaraya Alor Setar kini yang masih sekitar 300,000 orang penduduk sahaja (bacaan satistik ini) adalah sehingga tahun 2010 :



      Bandar          Populasi 1980 Populasi 1991 Populasi 2000 Populasi 2009 Populasi 2010



Alor Setar,Kedah        69,435           165,113              186,524          223,199          300,000     

Data ini AloQStaQBlog petik daripada Wikipedia.

Dirasai begitu cepat perkembangan yang tidak sihat ini berlaku dan ianya pasti akan memberikan impak negatif terhadap kehidupan sosial penduduk Bandaraya Alor Setar yang tidaklah seramai mana berbanding kepadatan penduduk di bandar-bandar besar lain, khususnya masyarakat Melayu yang beragama Islam (majoriti) dan termasuk juga  terhadap kaum yang Bukan Islam secara amnya.

Kenapa Kerajaan PAS Negeri Kedah nampaknya langsung tidak bersungguh-sungguh mentadbir secara Islamik (walaupun tidak perlu secara drastik) sebagaimana mereka telah janjikan di pentas-pentas ceramah PAS selama ini, untuk cuba menyekat atau mengarahkan PBT bertanggungjawab yang mentadbir Bandaraya Alor Setar ini daripada terus meluluskan permit-permit serta lesen perniagaan baru bagi sumber hiburan remaja seperti ini ??

Semua rakyat memang tahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah kini sudah mempunyai kuasa ke atas mana-mana PBT di negeri ini.

PERLU DIINGATKAN, sekarang ini Kerajaan PAS Kedah sudahpun mempunyai HAK MUTLAK secara EKSEKUTIF untuk menentukan sama ada Pusat Hiburan di Negeri ini harus perlu DITAMBAH, DIKURANGKAN mahupun DITUTUP TERUS !!

Semua keputusan adalah kuasa mutlak mereka (PAS KEDAH) sebagai KERAJAAN NEGERI YANG SAH DIPILIH RAKYAT !


Adakah begitu banyak pertambahan pusat hiburan karaoke seperti ini merupakan satu KEPERLUAN YANG UTAMA bagi masyarakat muslim dan bukan muslim di Bandaraya Alor Setar ?? Seolah-olah ianya dibenarkan pula tumbuh wujud satu demi satu bagaikan "cendawan yang sedang galak tumbuh selepas turunnya hujan" ??

Dalam beberapa minggu lalu , AloQStaQBlog sendiri membuat penyiasatan dan telah dapat mengesan bertambahnya tiga (3) lagi pusat hiburan karaoke terbaru sebagai penambahan kepada Pusat-Pusat Hiburan Karaoke sedia ada di Bandaraya Alor Setar.

Ada diantaranya itu, bakal wujud lagi satu PUSAT HIBURAN KARAOKE TERBARU yang AKAN DIBUKA DALAM JANGKAWAKTU TERDEKAT INI - menyedihkan ! ia juga terletak di dalam Bandaraya Alor Setar !!

Secara ringkasnya , boleh disebutkan bahawa pusat-pusat hiburan yang baru ini wujud hasil "KEJAYAAN" Kerajaan Islam PAS Memerintah Kedah Darul Aman ! ... SUNGGUH MEMALUKAN !!

Di bawah ini adalah bukti-buktinya secara bergambar ;

PERTAMBAHAN PERTAMA :
PUSAT HIBURAN KARAOKE (KELUARGA) NYANYIAN
, YANG TERLETAK DI KOMPLEKS PERNIAGAAN BARU (DI SEBELAH GEDUNG KAIN JAKEL) DI LEBUH RAYA SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR.

(LEBUHRAYA INI MERUPAKAN JALAN PERSEKUTUAN YANG UTAMA DARI ALOR SETAR UNTUK KE SG.PETANI , KEDUDUKAN KOMPLEKS INI BERHAMPIRAN DENGAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ALOR SETAR).

Untuk makluman anda semua, Pusat Karaoke NYANYIAN ini juga telah mempunyai dua cawangan lain yang dikatakan masih beroperasi di Kawasan Perniagaan Jalan Pintu 10, Jalan Putra Alor Setar berdekatan dengan Putra Medical Centre - PMC, (ia berhadapan dengan Hotel Star City, Alor Setar).

Dan satu lagi cawangannya adalah terletak di Kompleks Perniagaan di Kawasan Kompleks Sukan Hijau Kuning (ianya berhadapan dengan Kompleks Sukan Hijau Kuning di Lebuhraya Sultan Abdul Halim).

Dimaklumkan oleh sumber rapat AloQStaQBlog bahawa semua cawangan-cawangan pusat Karaoke NYANYIAN tersebut masih beroperasi sehingga kini di dua tempat berasingan yang disebutkan di atas.

(Cuba Lihat Bukti Bergambar Di Bawah - Ini cawangan lama mereka) :

Ini adalah Cawangan PUSAT HIBURAN KARAOKE NYANYIAN di Pintu 10 , Jalan Putra, Alor Setar.


Ini pula adalah Cawangan PUSAT HIBURAN KARAOKE NYANYIAN di Kompleks Perniagaan di Kawasan Kompleks Hijau Kuning , Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Kewujudan cawangan atau premis terbaru PUSAT HIBURAN KARAOKE (KELUARGA) NYANYIAN di Kompleks Perniagaan yang bersebelahan Gedung Kain JAKEL di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim itu , mungkin merupakan salah satu lagi cawangan terbaru bagi perniagaan mereka di negeri Kedah Darul Aman.

Kesimpulannya, kini sudah terdapat tiga cawangan PUSAT HIBURAN KARAOKE (KELUARGA) NYANYIAN di kawasan Bandaraya Alor Setar sahaja !! ...Entahlah jika ada lagi cawangan lain yang tidak diketahui oleh AloQStaQBlog.


PERTAMBAHAN KEDUA :
PUSAT NYANYIAN SHAMROCK CAFE KARAOKE & LOUNGE,

TERLETAK DI JALAN PUTRA ALOR SETAR.

AloQStaQBlog tiada begitu banyak fakta mendalam mengenai Pusat Karaoke & Lounge (SYAMROCK) ini, tetapi ianya dikatakan memang baru wujud semenjak Era Kerajaan PAS memerintah Negeri Kedah ! ...

Diyakini pada waktu sebelum PRU12 pada bulan MAC 2008 tempohari, memang belum pernah kelihatan kewujudan pusat ini di sini, hanya baru-baru ini sahaja AloQStaQBlog sedar kewujudannya dan AloQStaQBlog agak terkejut apabila terpandang sebuah pusat hiburan Karaoke & Lounge yang begitu gah serta besar dan begitu menonjol telah wujud di bangunan tersebut !


PERTAMBAHAN KETIGA :
INI YANG PALING TERKINI !!!
AKAN DIBUKA SATU LAGI PUSAT (HIBURAN) NYANYIAN KARAOKE (yang diberi nama) MUSIZone , IANYA TERLETAK DI KOMPLEKS PERNIAGAAN YANG BERSEBELAHAN NASI KANDAR ROYALE (CAWANGAN
LEBUH RAYA SULTAN ABDUL HALIM), di Alor Setar.



AloQStaQBlog tak begitu pasti, bilakah tarikh pembukaan secara rasmi bagi Pusat Hiburan Karaoke terbaru ini, tetapi dari segi luaran, AloQStaQBlog nampak tanda-tanda bagai sudah tidak lama lagi ianya akan dibuka !

Maka dengan itu, adakah penduduk Bandaraya "Islam" Alor Setar akan lebih bergembira ? Kerana akan terus menerima kelahiran PUSAT-PUSAT HIBURAN TERBARU bagi penambahan kepada PUSAT-
PUSAT HIBURAN SEDIA ADA yang sudah begitu banyak wujud di Bandaraya Alor Setar ini !!

SUNGGUH HEBAT KERAJAAN PAS MEMERINTAH KEDAH INI , YA !?

PERKARA INI SUNGGUH PELIK BIN AJAIB serta MEMALUKAN kerana ianya berlaku di sebuah Negeri yang ditadbir oleh (kononnya) sebuah PARTI yang mengaku memperjuangkan ISLAM !!



Padahal , AloQStaQBlog sudahpun beberapa kali menerbitkan artikel mengenai perkara ini (MENGENAI KEWUJUDAN BANYAK PUSAT HIBURAN BARU DI ALOR SETAR) melalui blog ini sejak tahun 2009 lagi.

Cuba anda klik semula artikel-artikel terdahulu AloQStaQBlog sebelum ini (DAN CUBA LIHAT BUKTI-BUKTI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG , DI BAWAH INI) :




DI SINI
(Rujuk Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009)



DI SINI (Rujuk pula Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009)



DI SINI (Rujuk lagi Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010)



LAGI DI SINI (Rujuk lagi Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010)



Pusat-pusat hiburan karaoke tersebut pesat tumbuh bermula pada Era Pemerintahan PAS di Negeri Kedah, adalah diingatkan, ianya bukan wujud sewaktu BN sedang berkuasa dahulu ! ...

Paling lebih mengejutkan, apabila artikel penulisan AloQStaQBlog mengenai kewujudan banyak Pusat Karaoke ini telahpun di ulang siar (diberi follow-up) semula oleh blog pro-Pakatan Rakyat sendiri iaitu KedahLanie.blogspot.com (yakni blog yang menjadi sumber rujukan & penyebar maklumat untuk Penyokong serta Pemimpin Pakatan Rakyat di Kedah).

Adakah maklumat-maklumat yang AloQStaQBlog pernah siarkan selama ini langsung tidak sampai kepada pengetahuan Kepimpinan Atasan Negeri Kedah ??

AMAT MUSTAHIL !! Takkanlah kepimpinan PAS Kedah langsung tidak ambil peduli dan tidak mengambil tahu langsung Isu Pusat Karaoke yang pesat tumbuh dan semakin galak wujud di Bandaraya (majoriti Melayu Islam) ini ?

MEREKA KATA, MEREKA BUAT KERJA CARA ISLAM !? ... BEGINIKAH CARA ISLAM BEKERJA
??? (ISLAM VERSI PAS KOT?)

AloQStaQBlog teramat sedih dan hati rasa terhiris apabila terkenangkan janji-janji PAS Kedah yang dahulunya amat rajin berceramah di serata tempat dan pelusok negeri ini , sepanjang masa berkempen sewaktu mereka masih menjadi Pembangkang di DUN Kedah (era sebelum PRU12).

Di mana mereka sentiasa melaungkan jika PAS Kedah boleh memerintah negeri ini, mereka akan berpegang teguh kepada Prinsip Perjuangan Parti PAS iaitu untuk Mendaulatkan Agama Islam mengikut Sunnah & Al Quran.

Rentetan dengan janji-janji manis di atas pentas ceramah & janji dalam manifesto PAS , para penceramah juga pernah ber
janji bahawa PAS Kedah akan mengurangkan , seterusnya menghapuskan segala HIBURAN berbentuk PUNCA MAKSIAT kepada anak-anak muda serta generasi remaja Kedah khususnya dan kepada seluruh Rakyat Malaysia amnya !

Inilah janji PAS yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga AloQStaQBlog sebelum mereka diuji Allah Taala sehingga dapat memegang tampuk pemerintahan dan kepimpinan di Kedah selepas PRU12 Mac 2008.

Sayang sekali, kini janji itu semua yang disebut di ceramah-ceramah dahulu,  kini hanya tinggal janji sahaja. SEGALA JANJI MEREKA ITU HANYALAH JANJI AUTA , DUSTA , BOHONG BELAKA - JANJI SEBAGAI PENYEDAP LUBANG TELINGA , HANYA SEKADAR BERMANIS MULUT DI ATAS PENTAS-PENTAS CERAMAH SAHAJA ! Perlaksanaannya KOSONG !

Segalanya kini berjalan tidak mengikut apa yang disebut dan dilaungkan di atas pentas ceramah PAS sebelum-sebelum ini. Dengan begitu jelas pertambahan Pusat Hiburan Karaoke yang dibenar-luluskan oleh PBT yang bertanggungjawab, maka kita sebagai rakyat Kedah,  boleh menggambarkan bahawa janji-janji PAS dahulu hanyalah retorik semata-mata, demi untuk menambat hati rakyat Kedah Darul Aman semata-mata memancing undi di Pilihanraya Umum.

Ianya bukan satu janji sebenar LILLAHI TAALA, yakni demi Perjuangan Sebenar PAS untuk Menegakkan Kedaulatan Islam Di Malaysia !

PAS yang sabankali berceramah mempergunakan ayat-ayat suci Al Quran dan Hadis, tetapi apabila mereka telah dapat memegang tampuk pemerintahan Negeri Kedah, mereka juga sama saling tak ubah seperti DAP (kafir) yang memerintah Pulau Pinang , NAMPAKNYA SEPERTI ISLAM ITU BUKANLAH NOMBOR SATU BAGI IKUTAN PAS KEDAH.


(Jangan pula ada yang akan sebut begini, "TAK APA PUSAT KARAOKE NI , BUKANNYA PUSAT PELACURAN PUN !" ... Hmmm, jangan anda buat-buat lupa, PAS Kedah pernah membantah KARNIVAL SURE HEBOH TV3 yang memang diketahui ramai diadakan secara terbuka di kawasan terbuka. Ianya bukanlah secara tertutup seperti di bilik-bilik karaoke seperti ini !!)

Kelihatan kini seolah-olah PAS Kedah meletakkan ISLAM mungkin hanya berada di tempat nombor dua atau nombor tiga ataupun yang paling last dalam kepentingan kerangka kepimpinan mereka !

Pusat Hiburan yang mungkin menjadi punca maksiat sebegini langsung TIDAK DISEKAT ! Ianya dibiarkan menjadi seolah-olah mercu tanda sebuah bandaraya Islam Alor Setar - sebagai Bandaraya HIBURAN ! ... SUNGGUH HEBAT KEPIMPINAN INI , ya ?!

AloQStaQBlog pasti, tiada siapapun yang berfikiran waras dan matang yang sedang membaca artikel ini berani mengakui bahawa Pusat Hiburan Karaoke yang banyak tumbuh sekarang ini akan lebih membantu ISLAM : AGAR IANYA LEBIH BERDAULAT DI BUMI KEDAH DARUL AMAN INI !!

Tapi, kenapa kerajaan PAS Kedah tidak langsung melihat perkara ini sebagai perkara serius dan paling penting dalam membentuk serta membina generasi muda ke arah yang lebih baik dan lebih Islamik (berbanding di Zaman Era BN memerintah Kedah dahulu) ??

Bukankah inilah peluang yang Allah berikan kepada PAS Kedah untuk merubah segala punca maksiat di Alor Setar ! ... Rupa-rupanya Pemerintahan PAS Kedah kini adalah lebih teruk berganda-ganda dari Kepimpinan BN Kedah dahulu yang mereka hina saban masa !!

SUNGGUH RUGI RAKYAT KEDAH : TELAH SILAP MEMILIH KERAJAAN SEKARANG ! ...


SAH ! ...  PAS selama ini hanya memperdagangkan Agama Islam & Ayat-Ayat Suci Al Quran serta Hadis untuk Menagih UNDI Semata-mata daripada Umat Islam & Melayu !! ...

Apabila PAS sudah menang, janji kemana, manifesto kemana, prinsip perjuangan kemana - semuanya hanya janji kosong ! ... Perjuangan Islam PAS hanyalah sekadar untuk dipertuturkan di mulut sahaja pada setiap pentas-pentas CERAMAH PAKATAN RAKYAT !!


PAS MEMANG PEMBOHONG BESAR !

Hasilnya kini, ALOR SETAR DAH JADI BANDARAYA HIBURAN DIKERJAKAN PAS KEDAH !! ... JAHANAMMM !





Ikhlas Mendedahkan Kepincangan PAS Yang Nyata :

AloQStaQ
01 JUN 2011
9:29 PAGI
RABU



+++ Artikel ini dikeluarkan hari ini : 1 JUN 2011 adalah sebagai HADIAH dan BUAH TANGAN untuk ahli-ahli & kepimpinan PAS Kedah yang akan bermuktamar lusa. Kalau berani, bawalah perkara bersama untuk dimuktamarkan.

Siapa berani mengatakan bahawa dengan kewujudan begitu banyak pusat hiburan karaoke di bandaraya ini , ianya boleh menjadi nilai tambah kepada Perjuangan Islam oleh PAS KEDAH dalam Mendaulatkan Agama Islam ?

Sila tinggalkan komen anda di artikel penulisan AloQStaQBlog kali ini.

Ini adalah cabaran untuk anda mempertahankan Kerajaan PAS Kedah, silalah nyatakan alasan anda dengan jelas kenapa anda berkata sedemikian ...

42 komen:

Anonymous June 1, 2011 at 9:48 AM  

Kedah Darul KARAOKE !
Kedah Darul HIBURAN !
lajak atas sikit, boleh pi Danok Darul MAKSIAT !

Elok sangat la!

Anonymous June 1, 2011 at 9:49 AM  

BRAVO BRO ALOQSETAQ!
PENDEDAHAN YANG BERANI !
AKU PERCAYA, MB AKAN PENGSAN DENGAN ISU YANG KO KELUARKAN NI!

TERIMA KASIH ALOQSETAQBLOG, ANDA MEMBERI NAFAS BARU KEPADA UMNO KEDAH BIKIN ISU !!!

Anonymous June 1, 2011 at 9:52 AM  

La aku ingat kan di Penang saja ada pertambahan pusat hiburan dan rumah urut. Tapi tak pa la depa DAP yg pegang. Ni apasai Kedah pun tumpang sekaki. Dulu aku nampak iklan Nescafe Fara Fauzana pun kena pakai tudung dekat keluaq Hiway PLUS tu. Memang lingkup Kedah bawah PAS, hancussss. Kalau dah nama Ustaz, kena la style kepimpinan pun ala Ustaz, jgn terikut rentak DAP atau PKR pulak

WAN June 1, 2011 at 9:58 AM  

Aku msih ingat pasal demo bebudak PAS membantah konsert sure heboh pertama kali di kedah, depa kata BN jadi punca berlaku maksiat, taman sebelah stadium tu dipenuhi kondom depa pi kutip, ntah-ntah tu kondom yang depa beli sendiri kot!

harakah waktu tu hentam kerajaan BN Kedah gila babi punya!

sekarang PAS baru berakai , siap bagi penambahan (bilik) karaoke kot-kot nak ringan2

nah amik!

(Tapi, mesti depa salahkan UMNO jugak sebab bertambahnya pusat2 karaokae ni! hahaha!)


:wan

Anonymous June 1, 2011 at 10:12 AM  

Bila tanye ustad jijan.. "Saya tak tau.. Saya tak tau.. Dan saya tetap tak tau.." Tu la dok ngata org.. Lain kali guna akai.. Macam mane tarif elektrik tak naik..tempat mcm tu byk guna karen wooo..

Anonymous June 1, 2011 at 10:12 AM  

Bila tanye ustad jijan.. "Saya tak tau.. Saya tak tau.. Dan saya tetap tak tau.." Tu la dok ngata org.. Lain kali guna akai.. Macam mane tarif elektrik tak naik..tempat mcm tu byk guna karen wooo..

Anonymous June 1, 2011 at 10:40 AM  

Padan muka oghang Aloq Setaq... Nanti mai pilihan raya ke-13, undilah puak-puak tu (DAP+PKR+PAS)... Boleh menjana ekonomi & pelancongan di Aloq Setaq... Hahaha...

matpanah June 1, 2011 at 11:12 AM  

Salam,

Syabas dengan pendedahan tuan.
Kena mengena jugak sikit dengan posting kawan yang ni:
http://jomgodam.blogspot.com/2011/06/pas-kena-jual.html

Keep it up...syabas sekali lagi.

Anonymous June 1, 2011 at 11:14 AM  

Dah lama aku tak balik negeri kedah, semenjak keluarga aku semuanya berpindah menetap di kajang (ayah aku pegawai penjara), aku dah lebih 3 tahun tak jengok kedah.

rasa begitu bangga bila mengetahui banyak pusat hiburan muncul di bandar alor setaq sekarang, hasil kepimpinan ulama PAS.

aku bangga!

Apa salahnya pusat karaoke? ianya bukan punca utama untuk buat maksiat pun.

aku selalu jugak bawa awek aku masuk karaoke malam-malam, tapi tak penah pulak kami buat apa-apa dalam tu. kami nyanyi-nyanyi saja. salah ker tu?

kalau nak jadi punca maksiat, lain-lain tempat pun sama jugak. panggung wayang, spa, taman bunga, hotel budget, atas motor pun boleh jadi jugak!

bagi aku, kalau tumbuh lagi banyak pusat karaoke di seluruh kedah tu, aku tak kisah.

ianya bukan alasan untuk tidak terus mengundi Pas & pakatan rakyat. Semua itu OK.


-indigo2heaven-

pak ku sadat June 1, 2011 at 11:32 AM  

berani ke diorang nak bawa usul ni ke muktamar pas nanti? nak sebut perpaduan dengan umno pun semua pakat2 kecut buah zakar, inikan pula nak menghentam kepimpinan ulama pas kedah. nak kena chop agen UMNO dalam muktamar tu boleh la, kalau berani.

Jo June 1, 2011 at 11:59 AM  

Aku Sokong Semua Yang Dibuat Oleh Kerajaan PAS Kedah. Projek Macam Ini Semuanya Gagal Dilakukan Oleh Kepimpinan UMNGOK Sewaktu Zaman Pemerintahan Mereka Dulu.

Sebab Itu Mereka JELOUS.

Aku Yakin, Rakyat Tidak Akan Terpedaya Dengan Dakyah UMNGOK Memperburukkan PAS Kedah, Rakyat Akan Terus Bersama Ulama Pada PRU13 Nanti.

InsyaAllah! TAKBIRRR !

Isu Karaoke Bertambah Ini Merupakan Isu Kecil Saja. Tidak Perlu Di Bawa Ke Muktamar Pun!


JO K.Kangsar

Anonymous June 1, 2011 at 12:18 PM  

Habih tu, UMNO dok Islam yg syumul ka, bab aurat pon tak lepas lg.

Anonymous June 1, 2011 at 1:08 PM  

Gila Babi banyaknya pusat hiburan di alor setar ni! kalah seberang perai ni!~

UNSANGKARABLE ! UNSANGKARABLE ! sungguh tak sangka..

Anonymous June 1, 2011 at 1:09 PM  

wak2 umno dulu pusat hiburan rex 2 digempur sampai tutup..lanie mcm mana bleh buka balik..?? hmm.. kecewa sangat aku.. hudud pula mana..??

Anonymous June 1, 2011 at 1:48 PM  

Ostaz Azizan nak cungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian ni. Sebab itulah kerajaan PAS Kedah tak pernah ambil kisah pusat-pusat Kakaroke tumbuh pesat di Bandar Alor Setar.

lagipun , setakat ni tak ada lagi wakil Kedah yang jadi juara dalam AF atau MENTOR atau apa-apa peraduan nyanyian di TV. Elok sangatlah Ostaz benarkan lagi banyak pusat hiburan macm ni di Kedah.

Lagi banyak tumbuh, lagi PAS Kedah akan cepat mampus.

(Aku tengok gambar2 yang blog ni siarkan, agak MENAKJUBKAN apabila setiap pusat karaoke tersebut boleh dikatakan besar-besar saiz premisnya).

Bukan calang2 tokey yang mempu buka kedai karaoke sebesar tu! mesti ada demand tinggi dikalangan masyarakat alor setar ni.

Anonymous June 1, 2011 at 2:21 PM  

PAS KEDAH DAH GILA.

ostaz pernah kata buat keja cara Islam, ni kerja yang PAS dok tengah buat ni (berjanji tapi menipu rakyat) bukan cara islam ni, ni dah cara kapiaq ni. munapik ostaz oi!

Arjuna June 1, 2011 at 2:59 PM  

ulamak kepundek!

umno kedah tunggu apa lagi! ni isu besau yang korang boleh gunakan untuk hentak kepimpinan PAS di kedah!
TAPI, kalau korang mesih nak tidur dibuai mimpi indah, silakanlah tidur, umno kedah pasti hancur lagi.

Anonymous June 1, 2011 at 4:43 PM  

Takpa..nanti pakat ramai-ramai kita buat baner "PUSAT HIBURAN AKAN DIBUKA" dan kita pakat gantung tepi jalan,kt kedai baru nk buka, kt bangunan baru siap renovation dan tempat2 yg rasa sesuai. pastu biaq aloqstaQblog p ambik gambar dan masuk dlm blog dia. hahaha amacam setuju..baru bleh gempak ckit...

Anonymous June 1, 2011 at 5:48 PM  

bodohnya oqhg2 PAS ni.. dulu BN buat oqhg2 PAS ni kata apa..? itu haram.. maksiat.. berdosa.. bila lepa buat sume dah jadi halai?? boleh plak kata ok.. kahkahkah.. akai tak tang kepala tut anuar juburi ka?? Kedah dah jd cam slangor dah.. PAS..PAS.. cakap tak serupa bikin.. kalu lagi satu penggal PAs printah.., pelacuran pun jadi halal.. ramai la china doll kat mesia.. anuar aljuburi pun tak perlu p siam lg..

Anonymous June 1, 2011 at 8:10 PM  

Aloq Putaq;bila aku baca komen hang terus aku tak jadi mengundi umno;nampak sangat umno ni tak peduli perasaan anak2 muda untuk berhibuq,banyak kawan2 umno aku suka karaoke;lepas ni aku nak kempen kat depa kata umno anti anak muda;tak suka karaoke.Baru padan muka umno nnt.

Anonymous June 1, 2011 at 8:52 PM  

ahli parlimen ngan dun dari kalangan pemimpin pas kata duit kerajaan pusat haram!! yg dok bayaq gaji lepa tiap2 bulan tu pakai duit sapa.. duit kerajaan pusat la juga.. hahaha

gila punya oghq pas.. bab dapat duit kira lePAS ja..

Pakteh June 1, 2011 at 8:52 PM  

hehehe....ni yang pakteh syok ni...
lagi byk pusat karaoke lagi best..
apa salahnya...nak ringan2 ja...time layan lagu dangdut...nak tumpang pelaga pungkoq ja...kalu lebih2 pun....karok jadi korek jaaa...
biaq pi la...depa pi mintak ampun kat nik ajis...selesai la...

Syabas Bro..satu usaha yg gigih....

CucuTokJasin June 1, 2011 at 10:36 PM  

Ostat Azizan mesti kata... "ishh .. saya taktau.. saya taktau aih.." Take Beer...

Anonymous June 1, 2011 at 10:46 PM  

Sunggoh aih aloqstaqblog no...
ahli parlimen aloqstaq pon orang pas, dun lagi laaaa... pas semua
sebab 2 semua pusat karok dpt PAS buka... klu umNO mesti NO sediaaa...

Anonymous June 2, 2011 at 8:32 AM  

OI ALOQSTAQ,
BAGUS ARTIKEL HANG KALI NI.
AKU YAKIN MB TAK LENA MALAM SEBAB NI ISU YANG BUKAN MUDAH UNTUK DEPA JAWAB ! TAHNIAH!

AKU RASA MACAM ADA BEBERAPA LAGI PUSAT KAROK (YANG BARU WUJUD) YANG BELUM DIDEDAHKAN OLEH HANG ALOQSTAQBLOG OII ...

Hang cuba p tengok kat blok bangunan Bank Islam Alor Setar (Jln. Sultanah) kat tingkat atas bangunan tu nampaknya ada satu lagi karaoke baru , alaa kedudukannya dalam blok yang sama dengan Tat Nasik Ayam tu, hang try pi ricky tengok, aku yakin tu satu lagi pusat karok yang wujud selepas PAS memerintah kedah.

Ni la kejayaan PAS kedah yang tak dapat disangkal lagi!

Bravo lu loqsetaq!

Anonymous June 2, 2011 at 9:27 AM  

Bila berlaku di Shah Alam ... dikatakan PKR ikut telunjuk DAP ... PAS tiada suara sebab nak halang penjualan beer di Shah Alam pun terpaksa ikut telunjuk DAP !!!

Bila berlaku di Alor Setar ... cam ne nak kata ... saya andaikan sebab lesen dipohon masa zaman BN dan PAS hanya meluluskannya !!!

Pemuda PAS mesti berani mencari jawapan dari pihak berwajib ... zaman otai-otai (PAS dan UMNO) dah expired ... ini zaman PEMUDA utk mencorak masa depan ... setuju ?

Ayuh PEMUDA sekelian !!!

Nani Cheras

ISLAM June 2, 2011 at 11:07 AM  

hehehe.. sama jaa.. dulu pon ada karoke.. sekarang pon ada karoke.. yang nak melalak menyanyi pi la nyanyi.. itu lah dikatakan dunia.. manusia tidak akan puas dengan apa yang ada.. semua nie godaan syaitan nak belahkan umat ISLAM.. sebab nie ISLAM jatuh.. sistem undangan x ikut cara ISLAM.. mcmnie lah jadinya.. ALLAH dh buat undang2 sikit punya cantik.. tp semua sama saja.. tak ikut.. yang hampa semua tau.. pakat cari salah orang.. bn pon sama pr pon sama.. yang penting AKU ISLAM.. hampa nak mati dalam BN ka.. nak mati dalam PR ka.. punya pasai!!!

Anonymous June 3, 2011 at 4:19 PM  

bestnya Aloq Staq ada byk pusat Karok. Bole pi nyanyi lagu nasyid2..pehtu dengan lebai kat kepala, wat dry humping dgn awek2 plak..biasakan, puak lebai hijau ni nafsu ganas2 belaka. Depan belagak alim, 'burit' depan mata depa sapu gak..hahahha...cibai punya PAS...dan asik dok mencibai sj MB Azizan ni. Tua nak mampus..

Dulu PAS..Kini Bebas..

Anonymous June 3, 2011 at 10:19 PM  

> hang buhong kot...!!1
>takkan la kjaan kedah (dibaca majlis bandaraya islam aloq staq)...pelepas lesen bgi buka karaoke!!
>untu keperluan sapa???
> pelaq betoi...depa ni!!!

Anonymous June 5, 2011 at 2:03 PM  

kesian aku baca komen PENCACAI ANGKA NAJIS UMNO-BN kt sini... penulisan dan komen macam orang tak penah belajar skolah..budak2 ja komen mcm tu.... kesian lagi skali.. tak guna pun nak debat dgn pencacai angkat najis UMNO-Bn di sini...hahha..kesian..kesian...;)

tajul June 5, 2011 at 3:44 PM  

dah alang-alang PAS ni tak laksana Islam seperti yang dicanangkan, baik kita sokong UMNO yang memang tak dak hati nak laksana Islam langsung.

hahahahahaha

Anonymous July 6, 2011 at 8:37 PM  

anak kedah..

nak tanya hang pa duk kutuk segala abis tun mahathir oang mana..parti mana... tak hinggaq apa pon...awat hang pa baguih sangat ka?bukan nak sangkut mana2 pihak pon tapi mcm hang pa dah hina sultan..darul tu darul ni..ini anak kedah kalau tak puas hati mai jumpa anak kedah.

Anonymous July 6, 2011 at 8:53 PM  

awat hang tak mau tunjuk msj aku antaq angpa kuang ajaq barua angpa nie aku bukan nk kecoh tp angpa kecoh tang DARUL tu..nie ank kedah angpa nk kenai..TUN pun ank kedah. nama elok2 angpa hina...

Anonymous July 6, 2011 at 8:53 PM  

awat hang tak mau tunjuk msj aku antaq angpa kuang ajaq barua angpa nie aku bukan nk kecoh tp angpa kecoh tang DARUL tu..nie ank kedah angpa nk kenai..TUN pun ank kedah. nama elok2 angpa hina...

Anonymous July 6, 2011 at 8:53 PM  

awat hang tak mau tunjuk msj aku antaq angpa kuang ajaq barua angpa nie aku bukan nk kecoh tp angpa kecoh tang DARUL tu..nie ank kedah angpa nk kenai..TUN pun ank kedah. nama elok2 angpa hina...

Anonymous July 6, 2011 at 8:53 PM  

awat hang tak mau tunjuk msj aku antaq angpa kuang ajaq barua angpa nie aku bukan nk kecoh tp angpa kecoh tang DARUL tu..nie ank kedah angpa nk kenai..TUN pun ank kedah. nama elok2 angpa hina...

Anonymous July 6, 2011 at 8:53 PM  

awat hang tak mau tunjuk msj aku antaq angpa kuang ajaq barua angpa nie aku bukan nk kecoh tp angpa kecoh tang DARUL tu..nie ank kedah angpa nk kenai..TUN pun ank kedah. nama elok2 angpa hina...

ieja othman August 20, 2011 at 11:19 PM  

syukur ke hadrat ilahi firstly krana ngeri kedah mrupakan negeri y aman....dan sya bngga mnjadi rakyat negeri kedah...x perlu la kita menunding jari slah kn sesiapa,,,,nob0dy is perfect......klau di bwah pemerintahan parti politik y lain pn x mustahil premis hiburan x wujud....ingat kita hidup berbilang kaum...jgn ckap ikut sedap mulut je...bgi sya x slah pusat karaoke di buka di alor star...hiburan ni universal ada y positif ada y negatif....kta sbgai manusia jgn terlalu kondem owg ikut ska...kita sndiri pn bnyak kelemahan dri....byak2 kan lah istighfar....maaf sekiranya ada y terasa....salam...

bey0nd7 March 23, 2012 at 12:21 PM  

Mmg pendedahan yg berani... Maaf, aku bkn nak menunding jari ke mana2 pihak... Kebiasaannya lesen perniagaan diluluskan dlm 4 - 5 tahun lepas... Agreement dh disign oleh pemilik perniagaan, klu nak dibatalkan slps lesen diberi, pihak berkuasa tempatan perlu bayar balik jumlah ganti rugi... Kecuali jika perniagaan tu salah disisi undang2... Bru bleh tarik balik lesen.

Anonymous April 3, 2013 at 6:30 AM  

I love yοur blog.. very nіcе cоlors
& theme. Did you mаκe this wеbsitе yоurself οr did
you hiгe someone tο do it fοr you?
Plz гespοnd аs I'm looking to construct my own blog and would like to find out where u got this from. thank you

my web site http://duongtrangda247.com/

Anonymous April 9, 2013 at 2:00 AM  

Pretty part of content. I just stumbled upon your site and in accession capital
to claim that I acquire actually loved account your weblog posts.
Any way I'll be subscribing on your augment or even I success you access constantly fast.

My page sian

Anonymous April 9, 2013 at 2:00 AM  

Pretty part of content. I just stumbled upon your site and in accession capital to claim that
I acquire actually loved account your weblog
posts. Any way I'll be subscribing on your augment or even I success you access constantly fast.

Here is my web site: sian

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP