Monday, October 31, 2011

LAGI PUB HIBURAN TERBARU DI KEDAH !! ... Apa KERAjaan PAS KEDAH Buat Untuk Umat Islam Di KEDAH ?? ... HUKUM HUDUD Atau TAWAR KHIDMAT SEKS ??

 
AloQStaQBlog ini selalu dikaitkan dengan pendedahan ekslusif kelemahan Kerajaan PAS Kedah (khasnya dalam bab pertambahan begitu banyak pusat-pusat hiburan yang melalaikan).

Pendekata , Blog ini dan isu Pusat Hiburan - amatlah sinonim sekali ...

Sejak beberapa pendedahan AloQStaQBlog sebelum ini berkenaan kemunculan begitu banyak Pusat Hiburan Karaoke di Bandaraya Alor Setar sejak PAS memerintah, sehinggakan pernah juga diberi respon oleh Exco Ir.Phahrolrazi sendiri (beliaulah pernah menyebut - penambahan pusat-pusat karaoke adalah mengikut keperluan!).

Nampaknya harapan Rakyat Kedah Darul Aman untuk melihat tindakan tegas bagi mengurangkan PUSAT-PUSAT HIBURAN MELALAIKAN seumpama ini hanyalah sia-sia sahaja.

Malahan isu ini tidak langsung dipandang berat dan tidak diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan Parti Islam Malaysia Kedah - PAS Kedah.
Seperti dijanjikan semalam, hari ini dengan bangganya AloQStaQBlog sekali lagi meletupkan kemunculan baru sebuah lagi pusat hiburan berbentuk PUB & SNOOKER yang baru saja dibuka pada 07/Oktober/2011 lalu (baru-baru ini, dalam bulan Oktober ini juga!).

Ianya dikenali sebagai ; PARA-PARA PUB & SNOOKER ...

Terletak berhampiran kawasan perindutrian Mergong (area Kilang Continental Sime Tyre) di kawasan perniagaan Taman Tunku Hamimah.

Apabila disebut pub, ianya memberi gambaran bahawa tempat tersebut adalah untuk berhibur (tempat yang akhirnya akan melalaikan generasi muda dan tua).

Sesungguhnya , tidak pernah lagi dijumpai pub yang di dalamnya digunakan untuk bersukan , beriadah ataupun apa saja aktiviti positif yang boleh membawa banyak faedah kepada generasi muda, tua dan sesiapa saja.

Selain itu, Pub juga seringkali dikaitkan dengan aktiviti menjual & meminum arak - lihat sahaja banner Pub PARA-PARA di bawah ini, jelas menunjukkan ada kaitannya dengan arak.
Berhibur dan Arak - disebuah negeri pimpinan PARTI ISLAM SEMALAYSIA !?

Jadi dengan penambahan satu lagi pusat hiburan terbaru - Pub & Snooker PARA-PARA ini, ia telah menjadikan Bandaraya Alor Setar pimpinan PAS Kedah ini semakin pesat bertambah dengan pelbagai jenis pusat hiburan ...

Kalau tak percaya? Silalah rujuk siri posting-posting AloQStaQBlog sebelum ini yang memBUKTIkan betapa banyaknya penambahan baru pusat hiburan selepas PAS merampas negeri ini daripada BN , SILA KLIK :
  • Pendedahan AloQStaQBlog / Akhbar KOSMO! pada : 23 JUN 2011 :  KLIK SINI   (Pendedahan Karaoke di Alor Setar Tawar KHIDMAT SEKS!)
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 1 JUN 2011 :  KLIK SINI 
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 06-Disember-2009 : KLIK SINI
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 29-Disember-2009 : KLIK SINI
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 07-Julai-2010 : KLIK SINI 
  • Pendedahan AloQStaQBlog pada : 15-November-2010 : KLIK SINI
Sebelum ini, sewaktu BN memerintah dahulu, memang diakui pernah juga wujud hanya 1 atau 2 sahaja pusat hiburan di Bandaraya Alor Setar ini, itupun mengikut kesesuaianlah dan ianya tidaklah  sebegitu ketara kelihatan bercambah-cambah dan bersepah-sepah seperti hari ini.

Tetapi sejak PAS Kedah memegang tampuk negeri ini sejak March 2008, begitu ketara kewujudan baru pusat hiburan di Alor Setar.
  • BEGINIKAH CARA PENTADBIRAN PAS YANG MENGAKU PARTI ISLAM ?
  • PENTING SANGATKAN PENAMBAHAN BEGITU BANYAK PUSAT HIBURAN DI ALOR SETAR UNTUK PENDUDUKNYA YANG MAJORITI ORANG ISLAM ??
  • DAHULU (± 10 TAHUN LEPAS), KERAJAAN BN KEDAH CUBA NAK BAWA KONSERT SURE HEBOH TV3 KE KEDAH , TETAPI WAKTU ITU MENDAPAT TENTANGAN PALING KUAT DARIPADA PAS KEDAH - WAKTU ITU, PAS MENGATAKAN KONONNYA SURE HEBOH ADALAH HIBURAN MELALAIKAN, LAGHO, MAKSIAT ! ...
  • TETAPI, KENAPA KINI SETELAH PAS KEDAH MEMERINTAH, PAS MEMBIARKAN BEGITU BANYAK PUSAT HIBURAN TUMBUH SEUMPAMA SEKANDANG BABI SUBUR YANG BERANAK PINAK MEMENUHI BANDARAYA INI ?
Sungguh munafiq cakap dan janji-janji PAS Kedah ! ...

Berimej lebai dan berserban yang sama besar dengan tong sampah MBAS, tapi sayang - hanya tahu komplen orang sahaja, bila dah dapat kuasa memerintah, dialah yang lebih teruk dari orang yang pernah dia komplen dulu !! ........ khiaaaaqqqqqqqQQ TuiHHH !!


SILA SEBARKAN KEMUNCULAN PUSAT HIBURAN TERBARU INI - HASIL KEPIMPINAN ISLAM KEDAH DI BAWAH BENDERA HIJAU KARAT BULAN SUNDAL ...



NOTA : JUTAAN TERIMA KASIH Kepada Cucu Tok Jasin kerana berusaha gigih mengambil gambar dan membuat kajian asas mengenai Pub terbaru ini ... jasa tuan/puan memberikan maklumat untuk pendedahan kali ini amatlah disanjung tinggi ! ...


Pendedahan Ekslusif ini daripada ;

AloQStaQ
31/Okt/2011
Senayan
11:31 Pagi

5 komen:

Pakteh October 31, 2011 at 11:51 AM  

TERBAIK...MEMANG BEGITU LUMRAHNYA PEMERINTAHAN PAS

Anonymous October 31, 2011 at 1:37 PM  

npe kita org Islam nie xlbley nk brsatu????asyk nk salahkn org lain...patut bnda2 cmnie kita kena bersatu bkn stakat taw kritik ja...klu xbrsatu bangsa2 kafir kt luaq sna tue dok bbrtpuk tangn tgk umt Islam brpcah..Rasullah xpnh ajaq umat Beliau brtlagh cmnie...malah Beliau swoh kita Brsatu krana ISLAM!!!!!!! bkn politik,kaum dan sbagainya...nnti dHari Akhrat spew yg Nk jwb Tue smUA..Klu bkn kta sndri...Pmimpim2 xkn nk jwb tue smua...Jd fikir2kanlah WAhai SAudara saUdari Islam KU sekalian..KIta Bersatu Demi Islam bkn politk Atau pown kaum...

Anonymous November 1, 2011 at 2:32 PM  

aku pun hairan kenapa haji azizan dan kepimpinan pas negeri kedah tidak mengambil tindakan menghalang pertumbuhan pusat2 hiburan di kedah ni. bukan sahaja di alor setar, malahan di sungai petani pun tumbuh merata-rata. sedih la tengok pemerintahan islam kedah tak sama dengan kelantan. nampak sangat hanya menggunakan nama islam pada nama parti, sedangkan kerja buat langsung tidak selaras dengan kehendak islam.

Anonymous November 1, 2011 at 8:02 PM  

lancau punya blog umnbgok . setakat Pub macam ni, OK la. Apa nak pelik?

Aku tetap akan sokong Pas walaupun Pas kedah membina kuil tokong sekalipun ! sebab taraf UMNGOKBEEND adalah lebih hina dari syaitan yang direjam. Semoga be end akan berkubur pru13 tak lama lagi.

mathijau

Anonymous April 23, 2013 at 9:27 AM  

Tahniah ! Tolong perbanyakan gambar - gambar yang ada dan sebarkan kpd pengundi....
Dlm khutubah jumaat bukan main,hina umno, bagi lulus lesen arak , judi dan pusat hiburan... Tapi parti sendiri yang bergelumang dgn najis tak nampak..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP