Sunday, October 30, 2011

PAS KEDAH WAJIB BERSAMA-SAMA PAS KELANTAN PERJUANGKAN HUKUM HUDUD (UNTUK TINGKATKAN PELANCONG) !!!

Aku tengok dalam paper Sinar Harian hari ini, berkenaan menjunamnya kadar kedatangan Pelancong ke Negeri Kedah sejak 2008 sehingga 2010 (tahun-tahun tersebut adalah dalam penggal PAS Kedah memerintah negeri ini), nampaknya statistik ini amat menyedihkan.

Penurunan kadar penginapan hotel di Kedah daripada 64.6 % (tahun 2007) jatuh sehingga 49.6% (tahun 2010) adalah amat tidak membanggakan. Kemungkinannya angka tersebut banyak dibantu oleh sektor pelancongan di Langkawi (bukan Kedah di tanah besar). 

Seandainya tidak wujud Pulau Langkawi di Kedah, sudah pasti Kedah lebih gagal lagi untuk mencapai angka yang rendah tersebut (iaitu 49.6% pada tahun 2010) ... INI SUNGGUH MEMALUKAN !

Adakah ini mungkin diakibatkan kerana perbezaan cara kepimpinan Islam (kepimpinan Ulama PAS) di Kedah berbanding kepimpinan Ulama PAS di Kelantan (dan Terengganu pada suatu ketika dulu).

Apabila PAS memerintah negeri Kelantan dan Terengganu, beberapa tindakan drastik kerajaan PAS pada waktu itu telah menyebabkan ramai rakyat terbuka mata terhadap imej kepimpinan cara Islam (kononnya). Salah satunya dalam memperjuangkan hukum hudud !

Walaupun PAS Kedah juga menggunakan bendera dan lambang bulan yang sama dengan PAS Kelantan, malahan PAS telah berjaya memerintah negeri Kedah pasca PRU12, sayangnya PAS Kedah langsung tidak menyebut untuk menjalankan hukum hudud seperti PAS di Pantai Timur, malahan amat jauh sekali untuk mengkaji perlaksanaannya seperti yang PAS Kelantan & Terengganu telah buat dahulu! ...

DRAF PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG HUDUD KEDAH PUN TAK WUJUD ! ... Padahal PAS Kedah juga memakai lambang PAS yang sama !? Mereka satu parti yang sama , satu perlembagaan parti yang sama ... Apa halllll nieee PAS Kedah ????? ....

Sebab itulah rasanya segala aktiviti pelancongan di Kedah semakin merudum, kot ?... (mungkin juga balasan Allah terhadap konda-kondi Parti PAS, di Kelantan nakkan hudud, di Kedah tak berusaha pun untuk buat hudud).

Padahal, kalau PAS Kedah juga turut mengatakan untuk menjalankan undang-undang hudud, maka aku fikir pelancong luar pun akan rasa tertarik dan timbul keinginan untuk mai Kedah bagi melihat corak suasana pentadbiran negeri ini yang dikatakan penuh dengan ciri-ciri keislaman, tak gitu?

Mungkinkah PAS Kedah tidak ada prinsip seperti PAS di Kelantan !? ...

PAS Kedah hanya sekadar mampu merampas tampuk kuasa Negeri Kedah dari kepimpinan BN semata-mata, tetapi pelaksanaan pentadbiran PAS Kedah adalah hampir serupa (baca: meniru) sahaja pentadbiran BN Kedah sebelum itu.

Tiada imej negeri Islam mahupun jolokan sebagai negeri serambi Mekah atau Madinah diperkenalkan yang di Kedah semenjak pasca PRU12 dahulu ! ...

Malahan, pusat Karaoke tumbuh bercambah-cambah di pekan-pekan di negeri ini ... Pub hiburan juga muncul dan baru tumbuh di Kedah ! (Nantikan pendedahan AloQStaQBlog mengenai sebuah Pub baru dibuka di Alor Setar nanti !) ...
Sememangnya maksud PAS Itu adalah PARTI ISLAM SEMALAYSIA ...

PAS Kelantan nampak imej keislaman dalam kepimpinan negerinya ...
PAS Terengganu juga (suatu masa dahulu) juga seperti PAS Kelantan ,nampak imej Islamnya...

Tetapi, apa imej Islam PAS Kedah ??? ...

Imej kepimpinan islam / ulama PAS Kedah langsung tidak nampak di mata rakyat, malahan juga tidak ada langsung perjuangan secara bersungguh-sungguh daripada PAS Kedah untuk sama-sama Kelantan berjuang menjalankan HUKUM HUDUD di Kedah !...

OHHHHH! Rupa-rupanya PAS Kedah mungkin gunapakai "kitab" lain, "kitab" yang tak sama dengan kitab PAS Kelantan dalam memerintah negeri secara Islam... Gamaknya, PAS Kelantan ISLAMNYA LAIN, PAS Kedah pulak ISLAM JENIS LAIN , KOT !??? ....

Selamat melingkup PAS Kedah PRU13 !
InsyaAllah ! ....


Kalau setakat nak memerintah negeri ikut style BN, lebih baik rakyat Kedah kasi balik undi kepada BN untuk memerintah semula , tak ada lah susah-payah nak kena melutut kat Kerajaan Pusat menagih bantuan sebab parti yang berbeza dengan Kerajaan Pusat. Lagi mudah rakyat menerima nikmat di bawah BN ! ...

InsyaAllah, aktiviti pelancongan & lain-lain sumber ekonomi akan lebih rancak jika BN memerintah ! ...

Sudah Jahanam negeri aku dikerjakan PAS Kedah untuk sepenggal ini ! ....


AloQStaQ
29 Okt 2011
AHAD
4:04 Ptg

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP