Wednesday, March 30, 2011

Sejak Menang PRU12 , Kerajaan PAS Kedah memang membuktikan depa HAPRAK ! HAPRAK ! HAPRAK !

Kedah Darul Aman, sebuah negeri yang permai di utara yang telah turut jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12 lalu selain Perak dan Pulau Pinang. Kini dipimpin oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak 8 Mac 2008 sehingga hari ini dah penghujung bulan Mac 2011 (dah 3 tahun lebih).

Sebelum PRU12 (iaitu PRU11 dan sebelumnya), PAS dan parti-parti lain dalam Barisan Alternatif hanyalah merupakan parti Pembangkang di DUN Kedah.

Kerja mereka tak lain dan tidak bukan, adalah MEMBANGKANG 24 JAM selama 7 HARI SEMINGGU yakni 365 HARI SETAHUN. Mudah. Senang. Relaks , BANGKANG AJA !...

Semua yang kononnya keburukan, setiap hari penceramah PAS menuding jari kepada BN ...

Berceramah.
Membangkang.

Berceramah.
Menyampaikan Adu Domba kepada Rakyat Kedah.

Berceramah.
Kutuk Pemimpin UMNO BN

Berceramah.
Mempertahankan Pemimpin PR (macam Anwar)

Berceramah.
Berjanji "ala-ala" langit dan bulan untuk Rakyat Kedah ... Laksana Hukum Islam (HUDUD)... Negara Islam ...

Aku pasti rakyat Kedah masih ingat apa isi kandungan ceramah PAS sebelum depa menang PRU12 di Kedah. (KEMENANGAN MENGEJUTKAN DAN TAK DISANGKA-SANGKA !)

Tapi, Kuasa Allah telah menunjukkan bahawa segala yang diceramahkan selama ini, hanya Janji Tinggal Janji ... (BERJANJI TETAPI KALAU TAK DITEPATI, tu jatuh sebagai Munafiq ka apa yer ???) ostat tulong jawab la yer ...
Selepas tiga tahun PAS Kedah ditabalkan sebagai Kerajaan Negeri oleh Rakyat Kedah.
Apa yang depa SEBUT DALAM CERAMAH-CERAMAH sebelum PRU12 di atas pentas-pentas kepada Rakyat Kedah sudah dilaksanakan ka???

Atau masih lagi dok sebut, Kerajaan PAS Kedah ni baru lagi , baru saja memerintah 3 Tahun, Macam BABY lagi, menyusu ibu pun belom 'LAH' lagi !! ... mana sempat untuk melaksanakan kesemuanya dalam masa sependek ni ...?? Shit !

Jom kita congak balik secara hukum matematik :
1 tahun = 365 Hari
3 tahun = 365 Hari x 3 = 1095 Hari
1095 Hari / 30 Hari Sebulan = 36.5 Bulan (Lebih mudah , aku baca hanya 36 Bulan)

Ini pula :
1 Hari ada 24 JAM.

Tempoh waktu rasmi bekerja (aku siap tolong tolak CUTI Jumaat & Sabtu di Kedah) sehari 8 Jam x 5 Hari aje = 40 jam / seminggu.
40 Jam Seminggu x 4 Minggu (sebulan) = 160 Jam.

160 JAM SEBULAN x 36 BULAN MEMERINTAH KEDAH =
5,760 JAM MEMERINTAH KEDAH 
(INI AKU KIRA WAKTU RASMI BEKERJA 8 JAM SEHARI TIDAK TERMASUK CUTI JUMAAT SABTU).

SUDAH LEBIH 5,760 JAM WAKTU RASMI BEKERJA !

Apa Kerajaan Kedah (PAS) Buat ?????????????????????
TIDOQ ???????????

Apa pembangunan yang rakyat Kedah dok tengah kecapi sekarang ni setelah Kerajaan PAS memerintah lebih dari 5,760 JAM di Kedah ni ??? ... Nampak ?

Ini ka ?

Karaoke lagi
Dan KARAOKE LAGIIII !!!??? GILA KARAOKE BETOI !!!

ADAKAH INI MERUPAKAN BUKTI PROJEK WUJUDNYA PEMBANGUNAN PASCA PRU12 , PAS KEDAH MEMERINTAH ? KARAOKE BERTAMBAH PESAT !? ... ini aku tak tunjukkan lagi di daerah lain, Kubang Pasu, Kulim , SP , berlambak-lambak semakin pesat dok wujud !...

Ataupun PAS Kedah hanya tahu mendabik dada dengan projek-projek hasil kesinambungan Kerajaan BN yang dulu aje ? Mana pi dah Janji HUKUM ISLAM YANG PAS PERJUANGKAN ? Langsung tak nampak walau sekecil sudu teh pun keinginan Kerajaan PAS nak buat janji tu!

Langkawi pulak ? ... macamana Tuan Haji ???
Sampai artikel aku ni ditulis pagi ni, ia masih dipenuhi dengan perniagaan yang sama sepertimana zaman sewaktu PAS dok hina BN atas pentas ceramah : Aku masih ingat lagi ayat Penceramah PAS ni :::: "Dahulu Langkawi di sumpah Mahsuri  sebagai Padang Jarak, Padang Terkukur ! ... Tapi selepas Mahathir perintah Malaysia, Langkawi dah pulak jadi Padang Arak, Padang Rokok ! Tuan-tuan & Puan-puan, sokonglah PAS untuk kita ubah semua maksiat ni ! TAKBIRRRR !!! ...."

Mana pi semua janji tu para lebai-lebai PAS sekalian ???

Apa dah jadi dengan projek SULIHH ? Dahulu, berdegar-degar hangpa dabik dada pasai projek tu ... kononnya itulah projek Kerajaan PAS Kedah ... Ni dah nak habih penggal pun, maseh lagi tak nampak apa pun !

Dulu, dikatakan Kerajaan Kedah akan hentikan semua projek pembangunan yang dibuat di atas tanah sawah ... tapi herannya, sekarang aku tengok begitu ligat pembangunan (di kawasan Aloq Staq pun banyak) kelihatan sedang ditambun & tambak tanah sawah ... mana pi janji tu ??? HANGPA TIDOQ DALAM OPIS KA ??? Kalau tak pun, hangpa dok gila nak pi tibai bola golf di Kulim Hi Tech Golf & SP Club sana kotttt ??? ...

... dan banyak lagi penipuan janji , kelemahan dan kebejatan Kerajaan PAS Kedah yang akan AloQStaQBlog sebutkan dalam masa-masa akan datang dalam blog ni ...

Aku dari hari pertama mendengaq PAS Kedah sebut menyebut slogan , KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA , aku dah gelak deras !

Apa taknya, selama ni aku jadi rakyat Kedah di bawah Kerajaan BN pun, aku dah memang SEJAHTERA dah pun, tak pernah ada huru hara pun ... Pi keja, balik keja , Alhamdulillah selamat sejahtera , setiap bulan pi cucuk ATM amik duit gaji bayaq bil-bil semua OK aja, benda ni pun aku rasai sama aja selepas PRU12 hari tu , tak da beza sikit pun !

Apa ada pada slogan PAS Kedah tu ? SEJAHTERA kesinambungan Kerajaan BN dahulu aja la, kan ???

Jadi, kesimpulannya setelah lebih tiga tahun memerintah Kedah , apa kelebihan dan nikmat yang PAS Kedah bagi pada rakyatnya pun tak dirasai secara keseluruhannya ... Tak da pun rakyat Kedah, dengan bersemangat menyebut ;

" BAGUIH BETOI KERAJAAN PAS KEDAH NI, DULU MASJID-MASJID TAK DA ORANG SANGAT PI SEMBAHYANG BERJEMAAH SETIAP WAKTU, SEKARANG SAMPAIKAN WAKTU SUBUH PUN TAK CUKUP TEMPAT ! MACAM SEMBAHYANG HARI RAYA !!! " ...

ATAUPUN ,

" AKU CUKUP SERONOK BILA TENGOK DAH TAK DA COUPLE-COUPLE NAIK MOTOR BERPELUK SAKAN , COUPLE DOK BEROMEN DI PUSAT HIBURAN , DI TAMAN BUNGA DI KEDAH NI ... BAGUIHNYA PAS KEDAH MEMERINTAH! " ....

ATAUPUN ,

"HANGPA TENGOK PEMBANGUNAN  KERAJAAN PAS KEDAH BUAT SELAMA 3 TAHUN MEMERINTAH KEDAH NI HEBAT SUNGGUH !! ADA BANYAK FAEDAH KEPADA RAKYAT KEDAH , PUSAT RIADAH ISLAM , TEMPAT KELUARGA BERSANTAI SEMASA AHLI KELUARGA , ADA PENGISIAN KEPADA BUKAN ISLAM , PUSAT HIBURAN DAH KURANG BANYAK DAH , BUDAK-BUDAK MELEPAK DI AREA CHEDET MALL / STARWALK PUN DAH TAK DAK ! BAGUIH SUNGGUH PAS KEDAH !" ...


Ada hangpa pernah dengaq semua tu dari Rakyat Kedah sejak PAS perintah Kedah ni ??? .... Jadi, APA YANG SEJAHTERANYA ??? ...

Hmmm , coba la pikiaq sendiri tengok,  macamana hangpa memerintah Kedah ni , ada beza dengan BN dahulu !?? ... Tak payah sembang bab lain la, khususnya pentadbiran kerajaan Negeri , kalau nak banding dengan kemajuan BN buat dahulu, JAUH PANGGANG DARI API ! JAUH LANGIT DARI BUMI ! ... Sejak PRU12 , Kerajaan PAS Kedah memang terbukti HAPRAK !
TUAN HAJI SEBAGAI MB KEDAH, JANGAN CEPAT MARAH YER ... Dulu masa tuan haji hentam orang (BN), La ni sampai pulak waktu orang hantam tuan haji dan Kerajaan PAS pimpinan tuan haji ....


AloQStaQ
30 March 2011
1:21 PM

2 komen:

Anonymous April 18, 2011 at 4:22 PM  

eyh.. yahudi pandai menulis bahasa melayu la

Anonymous August 11, 2011 at 12:38 PM  

wa masuk blog lu ni pun sebab lo cabar..tapi ternyata andaian gua tepat. lo punya blog sampah la bro. tulis macam orang goblok. lo pun 2 x 5 gak lagi teruk mengata kat orang.mana pembangunannya bro

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP