Wednesday, October 12, 2011

MB KEDAH & MB SELANGOR AKAN DISINGKIRKAN HUJUNG BULAN INI ??

Menurut sumber rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa memberikan input-input berharga kepada AloQStaQBlog selama ini, AloQStaQBlog baru saja dimaklumkankan baru-baru ini bahawa : "Adalah satu perancangan tersusun untuk menurunkan MB-MB di Negeri Pakatan Rakyat yang kelihatan tidak begitu mendapat sokongan besar sebahagian kepimpinan dan rakyat di Negeri-Negeri terbabit, sebelum berlakunya pengumuman pembubaran Parlimen dan tarikh PRU13.

Ini kerana, demi memastikan Negeri-Negeri terbabit akan terus dipertahankan oleh Pakatan Rakyat, maka pucuk pimpinan tertinggi negeri yang menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat perlulah "dikorbankan" demi memberi laluan kepada muka baru yang pastinya tidak sempat untuk BN jadikan apa-apa isu di peringkat Negeri untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat.

Bacaan mudahnya begini lah :

Selangor yang kini dipimpin oleh MB Khalid Ibrahim sejak PKR Menang di Selangor pasca PRU12 tempohari telah timbul begitu banyak isu , isu anak syarikat kerajaan negeri , isu pasir , isu perumahan , isu Adun dan tak ketinggalan isu Teoh Beng Hock serta perbagai lagi isu yang telah mengundang rasa benci dan sakit hati rakyat terhadap kepimpinan YAB Khalid Ibrahim.

Jadi, untuk mententeramkan serta meredakan kemarahan rakyat Selangor di atas kepincangan itu semua, Khalid Ibrahim akan diturunkan dari jawatan MB Selangor sebelum tarikh PRU13 diumumkan (spekulasi terkini - PRU13 sudah terlalu hampir akan menjelang).

Maka dengan itu , segala isu kelemahan pimpinan YAB Khalid Ibrahim di Selangor selama ini akan segera dilupakan (walaupun tidak secara majoriti rakyat memaafkannya) tetapi Pakatan Rakyat masih berpeluang untuk memutarbelitkan situasi dan mempertahan sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi atas pagar yang TERPEDAYA taktik ini ... Jadi, harapan untuk Selangor terus dipertahankan oleh PR masih wujud dengan turunnya pucuk pimpinan yang lemah sedemikian.

Taktik sedemikian juga akan MUNGKIN digunapakai oleh PAS Pusat untuk memertahankan serta menjamin sokongan rakyat di Kedah terhadap PAS.

Isu demi isu yang telah timbul di sepanjang pemerintahan YAB Haji Azizan Razak di Kedah mungkin akan dapat di"lupa"kan oleh Rakyat Kedah seandainya Haji Azizan diturunkan dari kerusi MB Kedah secara tiba-tiba dalam masa yang terdekat ini.

Dengan hadirnya pengganti MB PAS Kedah yang baru itu nanti , sudah pasti UMNO/BN Kedah tidak sempat lagi untuk menimbulkan isu lama (kelemahan Haji Azizan) bagi kempen pilihanraya kerana beliau sudahpun digantibaru sejurus sebelum kempen PRU ke-13 bermula nanti.

Ini adalah taktik Pakatan Rakyat yang sepatutnya jentera BN sedar serta berwaspada. Para pemikir atau jentera "think tank" UMNO perlulah bersedia dengan segala kemungkinan ini untuk menangkis taktik PR ini, yang MUNGKIN akan berlaku di Selangor dan Kedah seandainya mereka amat terdesak akibat telah jelas kelihatan betapa susutnya sokongan rakyat terhadap Pakatan masakini di dua buah negeri tersebut.

Ini juga merupakan antara salah satu aspek menyelamatkan Pakatan mereka dan sebagai "damage control" terhadap apa yang menjadi perbualan rakyat di Negeri-Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sepanjang musim ini (pasca PRU12). Khususnya di negeri Selangor dan Kedah.

(Untuk negeri Kelantan dan Pulau Pinang pula, sumber tersebut memaklumkan kemungkinan tidak perlu digantikan MB/Ketua Menteri sebelum menjelang tiba PRU13, kerana faktor isu-isu politik terhadap kepimpinan MB di negeri-negeri ini, tidaklah terlalu mendesak dan membebankan Pakatan Rakyat sehinggakan perlu pucuk pimpinan negeri ditukar. Ia juga kerana faktor mentaliti serta sikap politik sebahagian rakyat Pulau Pinang yang majoritinya kaum Cina dan di Kelantan pula yang majoritinya Melayu Islamik)


SILA BERI PERHATIAN !

Kalau namanya sudah Anwar Ibrahim sebagai sebagai pemikir dan pencatur politik bagi Pakatan Rakyat ... Maka sedarlah wahai orang UMNO/BN sekalian ,

Kamu haruslah beringat-ingat dan berwaspada sentiasa , kerana segala muslihat dan taktik Iblis wal Syaitan sudah pasti akan mereka gunapakai sehabis-habisan disebabkan ianya selaras dengan pesanan Tok Guru mereka di satu masa dulu iaitu "PAS Sanggup Berkawan Dengan Syaitan" Untuk Menang Pilihanraya ...

MESTI INGAT TU !

PRU13 KALI INI , PASTI TAKTIK INI AKAN DIGUNAKAN !
BALA TENTERA SYAITAN AKAN DATANG MEMBANTU PAKATAN RAKYAT UNTUK MENANG ... 

UMNO / BN YANG SUCI INI HARUS MENENTANG MEREKA HABIS-HABISAN !




AloQStaQ
Rabu
12 Okt 2011
4:14 Ptg

7 komen:

Anonymous October 12, 2011 at 4:27 PM  

terbaek bro!
pendedahan lu ini patut juga diletupkan oleh blog-blog pro-bn yg lain juga niee!
bior semua org tahu taktik kotor PR laknatulloh.

Anonymous October 12, 2011 at 4:41 PM  

HAHAHA! MIMPI LA/

Anonymous October 12, 2011 at 4:48 PM  

Betul ke ni? kalau betul, Alhamdulillah. Aku orang Kedah yang sekarang keja di Selangor, dua-dua aku tengok teruk sangat berbanding UMNO memerintah dulu.
Memang patut pun turunkan kedua-dua ni. Tapi aku orang PR yer, dan aku suka jika ini berlaku!
Boleh PR terus berkuasa lagi di Kedah n Sngor.

Zizo

Unknown October 13, 2011 at 10:43 AM  

Taktik politik... Tengoklah kalau calon baru tu tambah baik atau tambah lingkup!!

ANWAR IBRAHIM: HERO TAHI KUCING DI KAMPONG BHARU. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

KUALA KETIL October 16, 2011 at 11:41 PM  

TUKAQ KULIT LA NI

KALAU ULAQ SAWA, TUKAQ KULIT MACAMANA PUN ORANG KENAI JUGA

Anonymous October 17, 2011 at 2:24 AM  

hamba baru dapat maklumat dikedah

memang lah ustad azizan akan diganti oleh pelapis..tapi menjadi rebutan sekrang ni...secara overalll ustad azizan ni terlalu percaya kepda orang sekliling dia...ada yang dah dok kira kira jadi mb baru tu...tengok tengoklah
sapa..yang paling sesuai adalah exco umur 58 tahun tapi yang umur 48 tahun dok kempen sgt sgt dah di ibu pejabat depa tu...yang 63 tahun tentu dah out ..sebab tiada sokongan..tapi yang 48 tahun ni...sudah berubah jadi manusia yang makin sombong dan dibenci di kedah...........tekalah siapa?

tak percaya tanyalah orang di kedah....dah menyampah yang 48 tahun ni.....anda mungkin tak silap..

Anonymous November 23, 2011 at 4:57 PM  

baguih...umno jgn tidoq lagi..keja kuat...ambik balik Kedah n Selangor tu...Penang /Kelantan pun x mustahil...umno boleh....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP