Thursday, April 21, 2011

HapraKKKK BesaQQQ !!! ... KERAJAAN "PENIPU RAKYAT" KEDAH (DULU MANIFESTO PAS PRU12 JANJIKAN "NEGERI BERKEBAJIKAN") !!! ... Pala KoraKKK Hangpa Kebajikan !!


Aku siarkan dulu kenyataan Datuk Seri Al-Ustaz Menteri Kelentong Besar bagi Negeriku yang memang Berkebajikan gila babi anak haram jadah punya !! ....
Azizan Jawab Isu Cukai Tanah dan Gangguan Bekalan Air UUM

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa menafikan kerajaan negeri menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

“Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

“Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,” katanya pada sidang media, di sini.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.
UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung namun permohonan mereka ditolak.

“Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut.

“Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh,” kata Azizan.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju pakatan pembangkang itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008.

“…tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan.

“Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun,” katanya.

Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

“Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus,” katanya.- BERNAMA

Ni aku siarkan pula KENYATAAN AKHBAR dari Naib Canselor UUM yang aku dapat maklumat ni dari kawan-kawan aku di Sintok sana ;
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

PRESS RELEASE / KENYATAAN AKHBAR

UUM TERPAKSA BAYAR LEBIH UNTUK CUKAI TANAH

SINTOK, 19 April 2011 - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah yang dibuat oleh pihak pengurusan UUM.

UUM hanya membayar RM100,000 di bawah kerajaan negeri sebelum ini bermula pada 2006 hingga 2008. Tetapi mulai 2009, UUM terpaksa membayar sehingga RM1,744,357.00 untuk bayaran cukai tanah.

UUM telah membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang baru sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada tahun 2010. Namun begitu, rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2009, UUM telah merayu melalui surat yang dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada 29 April 2009 dan sekali lagi rayuan dihantar terus kepada Menteri Besar Kedah sendiri pada 10 Jun 2009 tetapi dukacita rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2010, UUM sekali lagi mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan juga kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September 2010 dan 22 Disember 2010. Namun begitu, rayuan UUM masih tidak dilayan.

Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Mohamed Mustafa Ishak pernah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar Kedah sendiri di Pejabat Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan merayu supaya Kerajaan Negeri dapat memberi pertimbangan. Namun keputusannya tetap mendukacitakan.

UUM bukanlah sebuah institusi pengajian tinggi yang berorientasi keuntungan, sebaliknya memainkan peranan penting membangunkan modal insan demi menjayakan agenda pembangunan negara.

Berdasarkan jumlah cukai tanah yang dibayar oleh UUM mulai 2009 hingga kini, maka jumlah yang dibayar oleh UUM ialah 10 kali ganda daripada jumlah cukai yang dibayar oleh UUM sebelum ini.

Justeru, adalah wajar Kerajaan Negeri Kedah tidak mengenakan cukai tanah yang tinggi kepada UUM seperti mana yang pernah dinikmati oleh UUM sebelum 2008.

Tanah seluas 1,061 hektar milik UUM itu yang dikenakan cukai bukanlah semua telah dibangunkan oleh UUM. Sebaliknya terdapat 100 hektar lagi masih belum dibangunkan tetapi kadar cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak mengambil kira mengenai perkara ini.

UUM juga telah membelanjakan bajet yang besar yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara. Perbelanjaaan ini sudah tentu memberi kesan yang positif dari segi limpahan ekonomi kepada negeri Kedah.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Kedah menghargai usaha ini dan boleh membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aktiviti pembangunan akademik di Universiti ini.

Prof Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.


Disediakan oleh :
Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 19 April 2011


Dah baca yang tu, korang baca pulak KENYATAAN AKHBAR yang ini pula , YANG NI PULAK PASAI MASALAH AYAQ DI UUM ...



"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)


PRESS RELEASE / KENYATAAN AKHBAR


GAGAL SEDIA BEKALAN AIR YANG CUKUP

SINTOK, 19 April 2011 - Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) walaupun semua kemudahan infrastruktur sudah disediakan oleh pihak universiti.

Ini diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009 yang menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksima dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya.

Selain itu, masalah ini juga disebabkan Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah dan kini Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd yang merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah tidak membuat perancangan yang  teliti untuk  menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk  menampung keperluan warga kampus UUM.

Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi.

Dakwaan mengatakan bahawa masalah bekalan air yang dialami oleh warga UUM perlu diselesaikan dengan kerjasama  Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak tepat kerana bekalan air merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Persoalan di sini ialah UUM memerlukan bekalan air sebanyak 12 juta liter air sehari dan kita hanya dapat bekalan air dalam anggaran 9 juta liter air sahaja sehari. Untuk menampung kekurangan tersebut, UUM terpaksa menyewa lori untuk mengangkut air dan perbelanjaan untuk tujuan ini mencecah purata lebih kurang RM80 ribu sebulan.

Bekalan air dari Loji di Pelubang, di Jitra hanya mampu menyediakan bekalan air sebanyak 15 juta liter air sehari dan ia bukan disalurkan khusus kepada UUM sebaliknya disalurkan kepada pelbagai kawasan pertumbuhan  Kepala Batas, Jitra, Tanah Merah, Changlun, Kodiang, Bukit Kayu Hitam dan kawasan sekitar.

Permintaan bekalan air bagi Daerah Kubang Pasu khususnya Kawasan seperti tersebut di atas telah mengalami peningkatan dan ini diakui sendiri oleh pihak Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009.

Ini bermakna bekalan air memang tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk khususnya warga UUM dan ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk menyelesaikannya dan  bukanlah masalah infrastruktur di UUM seperti yang disebut oleh Menteri Besar Kedah.

Kalau infrastruktur ditingkatkan sekali pun tetapi air yang dibekalkan tidak cukup, maka masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh UUM masih juga tidak dapat diselesaikan.

Soal ke mana bekalan air UUM digunakan bukan isu tetapi isunya ialah bekalan air  kepada UUM tak cukup.

Oleh itu, UUM mencadangkan Kerajaan Negeri membuat perancangan rapi mengenai penyediaan bekalan air kepada Universiti ini dan sekitarnya untuk tempoh jangka panjang antara 20 hingga 30 tahun dari sekarang.

Prof Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Disediakan oleh :
Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 19 April 2011

Tu dia !!! .... Memanda Menteri Kelentong Besaq telahpun bercakap merapu sekali lagi dan lagi dan lagi ! ..... Yahooooooo ! ... Aku dapat Menteri Kelentong Besaq yang begitu hebat berbicara bohong ! ...

Nahhh haiiii !! .... DULU HANGPA JANJI KATA NAK BUAT NEGARA ISLAM ! .... BILA PUAK DAP HARBI JERKAH SEDAS, HANGPA KELAM KABUT TUKAQ JADI NEGARA/NEGERI BERKEBAJIKAN !!!

BILA DAH BULEH MEMERINTAH KEDAH , HANGPA SUKA-SUKA JERKAH ORANG
(wartawan RTM) , HANGPA KATA "KALAU NAK BUAT KERJA, BUAT CARA ISLAM!" ...

LASTLY, HANGPA JUGAK YANG LANGSUNG TAK IKUT SATU PUN APA YANG HANGPA JANJI / KATA KAT ATAS TU !! ...

HANGPA NI ISLAM KA KAPIAQ NIE ????!!! BERJANJI NAMPAK MACAM KAPIAQ AJA ! ...
(Ini Adalah PERTANYAAN bukan PERNYATAAN !)


AloQStaQ
21 April 2011
11:41 Pagi

NOTE : Maaf sebab beberapa hari tak sempat nak berblog .. hehe... biasa lah, kerja makan gaji ni, masa bos kasi keja melambak-lambak , tak sempat la nak buka blog & update nyer !... sori yer pada semua kawan2 yang bertanya, kenapa aku tak ulas Isu ni ... bukan apa, tak dan ...

6 komen:

LEBAI-KOTA April 21, 2011 at 12:51 PM  

Datok Haji Azizan tak pernah pula berjanji sebut PAS Kedah akan kurangkan cukai tanah tu! awat naib kanselor UUM tu dok melalak dalam paper sana sini? aloq setaq blok pun tumpang jadi BODOH!

Anonymous April 21, 2011 at 12:55 PM  

depa tu semua bukan kapiaq, tapi orang islam yang berjanji cara kapiaq yang diajar oleh ANUgerah tuhan dan DAP laknatullah!

Anonymous April 21, 2011 at 1:08 PM  

GUA DAH AGAK SI JIJAN NI NI DAH NYANYOK SAMA MCM SI WALLY SLIPOR TU BROO. OTAK DAH X BLEY NAK FORMAT LAGI. SNANG CITER KLU NAK RECYCLE PUN MEMBAZIR JEK. SEPAK KELUAR JEK MAMAT 2 EKOR TU PRU13 NANTI KEHKEHKEH

Anonymous April 21, 2011 at 1:08 PM  

GUA DAH AGAK SI JIJAN NI NI DAH NYANYOK SAMA MCM SI WALLY SLIPOR TU BROO. OTAK DAH X BLEY NAK FORMAT LAGI. SNANG CITER KLU NAK RECYCLE PUN MEMBAZIR JEK. SEPAK KELUAR JEK MAMAT 2 EKOR TU PRU13 NANTI KEHKEHKEH

Anonymous April 21, 2011 at 9:28 PM  

Kerajaan naikkan harga minyak, puak2 PAS melalak sakan. kononnya kerajaan makan duit rakyat.

Naik cukai tanah berjuta apa kes?? Negeri kebajikan?? Diam saja ka puak2 PAS ni?? No comment??

Pastu leh lak cakap media spin, menteri spin, fitnah jahat..

Hahahaha..

-OrgKdh-

murai April 23, 2011 at 1:46 PM  

lebai kota ni nampak macam bangan je...tak faham kot..yang di maksudkan oleh YAB Menteri Besar tu rebet...kenalah faham bahasa ataupun istilah.....pi masuk pasti sekali lagi....

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP