Sunday, April 24, 2011

BiaQ Betoi ?!! ... MB KEDAH AKAN BERTUKAR TANGAN LEPAS JUN 2011 !!?? Kerana Haji Azizan Terlalu Lemah Mentadbir !? ... cer Citerr , cer Citerr !...

Petikan Akhbar Sinar Harian di bawah ni merupakan satu lagi petunjuk jelas dari kacamata seorang Profesor Akademik Pengurusan yang tersohor di Malaysia, mengenai kelemahan Kerajaan Negeri Kedah  .... (negeri aku niii ! Malunya akuuuu !! ... )

'Hanya layak urus sekolah pondok'

ALOR SETAR - Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) membidas cabaran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengambil alihnya daripada Kerajaan Pusat dan menyifatkan Kerajaan Negeri hanya layak mengurus sekolah pondok.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Kerajaan Negeri bercakap di luar konteks dan mempertikaikan kredibiliti pengurusan universiti, sedangkan UUM hanya meminta masalah bekalan air dan kenaikan cukai tanah diselesaikan.

Menurutnya, UUM adalah di bawah kelolaan Kerajaan Pusat sebagaimana diperuntukkan perlembagaan dan Kerajaan Negeri tidak berhak mengambil alih pengurusan universiti sekiranya tidak mendapat keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sekalipun Perdana Menteri merestui hasrat Kerajaan Negeri, adakah mereka mampu menampung peruntukan perbelanjaan tahunan UUM yang menelan kos hampir RM300 juta, hampir sama dengan bajet tahunan Kerajaan Negeri?

“Selain itu, rakyat Kedah sedia maklum kegagalan Kerajaan Negeri menjaga sekolah pondoknya dan kebajikan rakyat dengan baik sehingga tercetus pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan.

“Justeru, Kerajaan Negeri tidak perlu tambah beban, sebaliknya bantu UUM selesaikan masalah berbangkit kerana kami memang tiada masalah pengurusan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mengenai soal pembayaran cukai tanah yang menjadi pertikaian UUM dan Kerajaan Negeri, Mohamed Mustafa menegaskan perjanjian rebat air dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000 selama dua tahun yang diuar-uarkan Kerajaan Negeri sebenarnya tidak pernah wujud.

Menurutnya, sewaktu pemerintahan Kerajaan Negeri terdahulu, bayaran cukai tanah paling tinggi dikenakan UUM hanya RM300,000 dan dikurangkan kepada RM100,000 setelah dibuat rayuan.

“Pengurangan cukai selama dua tahun itu diberikan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) kepada UUM atas dasar tanggungjawab sosial, lebih-lebih lagi UUM bukan merupakan satu organisasi berasaskan keuntungan.

“Perkara sama berlaku pada universiti awam di Lembah Klang yang hanya dikenakan cukai tanah rendah walaupun nilai harga tanah di sana lebih mahal berbanding Kedah.

“Saya tidak nafikan peruntukan memang ada namun tidak bermakna Kerajaan Negeri tidak boleh bertimbang rasa kerana wang lebihan boleh digunakan untuk membiayai kebajikan pelajar,” katanya.


Mohamed Mustafa turut menjelaskan UUM tidak mempunyai motif politik terhadap tindakannya mendedahkan isu cukai tanah dan bekalan air melalui media.

“Sebelum ini, kita menyerahkan enam surat rayuan kepada Kerajaan Negeri berhubung isu tanah tetapi dipandang sepi, malah tiada seorang pegawai Kerajaan Negeri dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) hadir meninjau masalah kami.

“Saya sedia berjumpa dengan Menteri Besar (Azizan) pada bila-bila masa sekiranya diberikan peluang memandangkan tujuan kami hanya mencari penyelesaian,” katanya.- SINAR HARIAN : 23 April 2011 : MS U2

Nampaknya Haji Azizan kenalah pikiaq cara terbaik untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan memalukan Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya, supaya Rakyat Kedah tidak melihatnya sebagai SEORANG TUA YANG NYANYOK DAN MERAPU !
 

... BiaQ Betoi nii !! ... Aku dengaq dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada ura-ura KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI & PAS KEDAH AKAN BERPINDAH TANGAN KEPADA ORANG BAHARU (Sejurus selesai Pemilihan di Muktamar PAS Peringkat Pusat pada JUN 2011 Nanti !) ... Hah !!?

Ini merupakan Strategi Busuk PAS Kedah untuk menggantikan MB Kedah di saat-saat akhir menjelang PRU13 (PRU yang mungkin akan berlaku pada suku ketiga tahun ini 2011), ini supaya KELEMAHAN KEPIMPINAN DATO' HAJI AZIZAN TIDAK DIJADIKAN ISU UNTUK JAUHKAN PAS KEDAH DI PRU13 !...

UMNO Kedah kena cepat2 tackle maklumat ini ya !! ...

JANGAN KATA AKU TAK BAGITAU AWAL2 PULOK , APAPON UMNO KEDAH KENA BERSEDIA DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN INI !!! ....

NOTA AloQStaQBlog : Aku percaya, kalau benar MB Kedah bertukar pada JUN 2011 nanti, ianya adalah STRATEGI BUSUK PAS KEDAH UNTUK MENUTUP ISU KELEMAHAN AZIZAN SELAMA INI .... HABIH LA UMNO KEDAH KALAU TAK PEKA DENGAN STRATEGI INI ! ....



AloQStaQ

24 April 2011
10:51 Pagi

7 komen:

matpanah April 24, 2011 at 11:41 AM  

Cakap dengan prof, releks. Tak sah dok layan statement puak tak cerdik tu, tak kira la ahli biasa ka, pesuruhjaya ka, sapa ka.

Depa tu sebenaqnya takdak kerja lain. Dok 'otek' nak ambik alih projek orang saja. Tu yang dok cari pasai. Klu nanti UUM tu dapat kat depa, boleh la pemuhong satu dunia, tu projek depa.

Pemuhong tu memang dah jadi trademark depa. Tambah2 sejak kawan dengan 2D (Dsai dan DAP)

Anonymous April 24, 2011 at 12:29 PM  

Aku tak rasa PAS akan tukar MB kedah, sebab bagi diorang, MB kedah sekarang sudah cukup baik untuk meredakan dua puak berbalah untuk berebut jawatan MB kedah.

rakyat kedah dah tahu kewujudan 2 puak bermusuhan dalam kem PAs kedah sejak menang PRU12 dulu. ini telah menyebabkan azizan WAJIB untuk terus memerintah sehingga habis musim kali ini.

yang pasti, Ir Amiruddin sudah lama mengidamkan kerusi empok MB di Wisma Darul Aman. bila-bila masa sahaja dia bersedia untuk amik alih. tapi, haji azizan memang tak mau kasi amiruddin yang sekarang dok suka pi pukoi bola ... dia lebih suka bagi kat orang lain yang nampak lebih berpewatakan agama.

aku tak yakin sumber aloq setaq ni betui, tapi segalanya mungkin. memang ramai orang Pas kedah benci cara pimpinan haji azizan ni.

-wan pedoman-

Kedahlanie April 24, 2011 at 2:18 PM  

perghhhh dapat MB BARU PULAK LA negeri kedah lepas nie jika betoi apa yg anda katakan tuuuu.....

satu lagi TQ atas nasihat anda...

Anonymous April 24, 2011 at 2:55 PM  

Jikalau benarpun PAS tukar azizan dengan orang lain itu sudah cukup bagus buat UMNO.
mai orang lain belum tentu kata hebat tera mana
mai orang lain jugak lagi kacau dalaman pas
mai orang lain juga lagi senang nak serang pas, laa nie azizan tak kacau sangat UMNO, tapi mai orang baru yang duk mula serang UMNO, mau kena serang balas balik
mai orang lain pun tak dan nak buat apa dah, orang tu duk kena repair kerosakan yang azizan buat sahaja
mai orang lain pun tak ada untung apa, orang dah meluat kat pas,

AloQStaQ April 24, 2011 at 3:29 PM  

TQ kepada semua pengkomen ...

Mat panah ;
Aku setuju dengan saranan hang, tapi kalau Dato Mustafa Ishak tak bersuara melawan puak ngok tu, nanti rakyat ingat statement haji Azizan & puak dia tu betoi ... jadi, untuk memperbetoikan keadaan yang dah sedia geylong semenjak PAS memerintah Mac 2008 dulu kenalah dia jawab statement haji azizan jugak. supaya rakyat JELAS & FAHAM.

wan pedoman :
Aku dapat info ni pun dari kawan-kawan PAS kedah jugak, tak tahulah kebenarannya sama ada betoi atau tidak. TAPI setelah aku kaji dan pikiaq, memang kalau gantikan Haji Azizan dalam tahun 2011 ni, ianya adalah merupakan satu strategi untuk menyambung HIDUP parti pas di kedah sebagai pemerintah untuk hadapi PRU13 ,,, rakyat akan diputaq belit oleh PAS bahawa depa dah sanggup tukaq MB baru yang MUNGKIN JAUH LEBIH MUDA & WELL MODERN EDUCATED berbanding si tua nyanyok Ajijan Rajak tu! Ini STRATEGI mengkambinghitamkan ulamak demi survival parti ! Ianya mungkin tidak mustahil akan berlaku di Kedah Darul Aman Sejahtera Gilor Babier ni!

ADMIN KEDAHLANIE:
Terima kasih kerana sudi komen di blog picisan aku ni ... ahaksss! lawaknya bila Admin KedahLanie macam terkejut apabila mendengaq aku sebut MB Kedah akan bertukaq ! HAHAHA ! LAWAK ! Bukan apa, sebab deorang memang di sayangi sungguh oleh MB Kedah Haji Azizan la nie ... sebab tu depa dapat OPIS ! hahaha ... aku kenai depa ni ... saja buat-buat TERGEJUT bulehhhh!

Anon 2:55PM :
harap-harap begitu la bro, kalau mai sungguh orang baru, memberikan kesan baik kepada UMNO Kedah ... tapi, kalau tak bagi kesan baik, itu yang masalah nak hadapi PRU13 nanti sebab la ni kita dok sebut KELEMAHAN HAJI AZIZAN & PAS KEDAH, tapi bila depa tukaq orang kepada orang baru, mesti depa PUTAQ ALAM GILA BABI PUNYA ISU MB BARU TU! Kadang2 rakyat Kedah ni berhati lembut, pemurah nak kasi UNDI KESIAN ! ... Payah ! Payahh !


AloQStaQ

Kedahlanie April 24, 2011 at 4:41 PM  

perghhhh dapat opis....
jika betul alhamdulillah....
jika salah gua ampunkan luu bro...

bab artikal picisan lu nie wa malas nak angkat masuk blog gua sebab tajuk bukan main hebat tapi lu masuk artikal lain mana masyuk bro....

takpa lain kali gua datang lagik sini....

p/s - tak sabaq dok tunggu azizan turun nie....huah huah huah

AloQStaQ April 25, 2011 at 1:12 AM  

Admin KedahLanie,

aku tak kesah la untuk artikel ni hang tak mau bawak masuk ke blog hang yang hebat seantero alam Pakatan tu ... aku pun rasa tak payah untuk kali ni brooo ...

tapi, nanti bila aku dedahkan lagi pasai sumber maksiat yang dijana oleh pemerintah kesayangan hang di Wisma Darul Aman tu, hang boh la dalam blog hang ATAS NAMA KEBENARAN untuk sekalian ummat Islam di Kedah amnya dan di Alor Setar khasnya ...

Tunggu pendedahan aku nanti ...

hehehe ... jangan lari!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP