Friday, October 23, 2009

Sekolah Satu Aliran : Dato' Mukhriz Dapat Sokongan Tokoh Hebat!

Setelah lama kita ketahui bahawa Dato' Mukhriz Tun Mahathir berusaha untuk merealisasikan impian untuk melihat wujudnya Sekolah Satu Aliran (sebelum gahnya konsep 1Malaysia lagi), tetapi ianya menjadi isu sehingga ke Parlimen menyebabkan impian tersebut diibaratkan seolah-olah satu ISU PERKAUMAN!

Isu tersebut sengaja diwujudkan dan ini semua adalah pemikiran sempit pemimpin pembangkang yang langsung tidak mahu menilai kesan positif dari kewujudan Sekolah Satu Aliran. Mereka nampaknya seperti takut pada bayang-bayang sendiri, di mana jika wujudnya Sekolah Satu Aliran ini, impian mereka untuk "menjahanamkan perpaduan rakyat" di negara ini antara satu sama lain akan menemui jalan sukar.

Pemahaman mereka (pembangkang) kepada konsep Sekolah Satu Aliran amatlah tidak wajar.

Sekian lama kita melihat Dato' Mukhriz sentiasa mengulang-ulang ilham dan konsep Sekolah Satu Aliran ini dimana-mana sahaja majlis ucapan beliau walaupun pada hakikatnya beliau sedar apa yang beliau sebut itu akan mengundang isu berterusan. Inilah pemimpin yang idealis dan berprinsip! Dato' Mukhriz sentiasa konsisten dengan apa yang beliau perjuangkan.

Pada hari ini (Jumaat : 23 Oktober 2009) AloQStaQBlog terpandang satu berita yang amat menggembirakan melalui siaran Bernama TV.

Berita bahawa seorang tokoh sejarah dan akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim menyatakan bahawa sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan Sekolah Satu Aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.

Ini merupakan satu sokongan seorang ilmuwan dan cendiakawan akademia yang hebat kepada saranan Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang dipertahankan selama ini.

Semoga impian mewujudkan sistem Sekolah Satu Aliran ini akan direalisasikan dalam masa terdekat ini demi mencapai impian kerajaan untuk menyatupadukan rakyat melalui konsep 1Malaysia. Pembangkang pasti akan kena pukulan K.O jika cadangan Dato' Mukhriz dan Prof. Khoo Kay Kim menjadi kenyataan!
.
Amatlah diharapkan semoga kerajaan 1Malaysia YAB Dato' Sri Najib melihat dengan serius perkara ini untuk dipertimbangkan dengan segera. Perkara baik jangan dilengah-lengahkan.

REALISASIKAN SISTEM SEKOLAH SATU ALIRAN DEMI PERPADUAN NASIONAL & 1MALAYSIA !


AloQStaQ
23 Okt 2009
Jumaat : 2:00 Ptg

2 komen:

Anonymous October 23, 2009 at 11:04 PM  

Salam AloqStaq,

Sokongan Tuan diperlukan di Kempen SSS. Berikan sokongan padu dengan menandatangani petisyen yang disediakan dan mempamerkan logo SSS di blog Tuan.

Rujuk blog kempen di sini:
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/

Terima kasih.

Penyokong SSS-

AloQStaQ October 24, 2009 at 12:15 AM  

Salam Penyokong SSS,

Sahabatku, saya sudahpun sign petisyen di sana dah lama dah dulu dengan menggunakan nama sebenar saya (diRAHSIAkan) pada laman petisyen anda : http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua


Saya akan letak banner SSS di blog ini untuk tanda sokongan seperti yang saudara cadangkan ... Terima Kasih sahabatku Penyokong SSS...

HIDUP Sekolah Satu Aliran!


AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP