Friday, October 23, 2009

PAS Hampir Jahanam ....

Melihat 2 pergolakan terbaru, yakni konflik dalaman (yang tak sudah-sudah) parti PAS, nampaknya PAS sudah menghampiri zaman kehancurannya. Ini tidak dapat dinafikan lagi oleh pengikut PAS kerana sudah sampai ke ceruk kampung, ahli-ahli bawahan dah merasai bahawa PAS kini bergoncang macam gempa bumi 9.0 S.R!



PERGOLAKAN PERTAMA : Yang menjadi masalah adalah "tekanan" dari ahli Kelab Penyokong PAS (KPP) untuk diiktiraf sebagai satu sayap rasmi PAS setaraf dengan DEWAN PEMUDA PAS, DEWAN MUSLIMAH PAS & DEWAN ULAMAK PAS!!!??? ... Inilah yang memeningkan kepala barisan kepimpinan PAS Pusat kerana terdapat tentangan yang agak hebat dari ahli-ahli peringkat Pertengahan PAS dan Bawahan PAS (akar umbi)!





Ramai yang tidak dapat menerima KPP (yang sah-sah dibarisi oleh Orang Bukan Islam) sebagai sayap rasmi kerana bagi mereka PAS merupakan Parti Islam yang seharusnya memperjuangkan Islam secara total. Pada mereka, keyakinan mereka masih terlalu kurang terhadap ahli-ahli Kelab Penyokong PAS yang bukan Muslim itu untuk bersama-sama PAS demi memperjuangkan Islam di Malaysia!






Memeningkan! Amat sukar untuk diputuskan oleh kepimpinan PAS. Nak terima KPP sebagai sayap, nanti ahli-ahli PAS yang Muslim terguris hati .... Nak tolak KPP dari jadi sayap parti pulak, nanti dikata tak tepati janji kepada penyokong PAS Bukan Muslim pulak! ... Naya betoi.

Nampaknya, apa saja keputusan yang diambil oleh PAS untuk isu KPP ini, ianya pasti akan mengguris satu pihak !!! Luah mati pak ... Telan mati mak ... kulum nak termuntah!




PERGOLAKAN KEDUA : Nik Aziz dan Hadi Awang bercakaran lagi. Nampaknya Mursyidul Am PAS yang "agak" tua dan "agak nyanyok" tu buat hal lagi ... Menulis di dalam blognya, Nik Aziz menyarankan supaya dijalankan Muktamar Khas untuk menilai semula kepimpinan PAS terkini. Nampaknya Nik Aziz masih lagi tidak 100% percaya kepada seorang/dua pemimpin tertinggi PAS Pusat!!


Ingat lagi kita suatu masa yang lalu, Nasharuddin Mat Isa dihentam hebat oleh para penyokong tegar Nik Aziz sehinggakan beliau "menghilangkan diri" dari arus politik perdana. Hadi Awang juga dah jadi satu macam "musuh dalam selimut" pada masa itu, beliau dituduh sebagai "salah seorang yang bertanggungjawab" untuk merealisasikan Kerajaan Perpaduan PAS-BN yang dibantu kuat oleh Mustafa Ali.


Hari ini ianya meletup lagi! Bak kata orang tua-tua, bangkai gajah tidak boleh ditutup hanya dengan sehelai daun. Buatlah Press Conference sehebat manapun, buat-buatlah berpelukan dan bercucuran airmata sekalipun, kalau dalam hati tak ikhlas, akhirnya akan berbarah juga. Sifat yang ada dalam para ulamak PAS bukanlah sifat Maksum yang ada pada Nabi Muhammad SAW. Mereka ini adalah manusia biasa dan mereka adalah ORANG POLITIK.

Jadi, para ahli PAS patut sedar bahawa pergolakan ini akan menyebabkan PAS HAMPIR JAHANAM dahhh ... Tak lama lagi (InsyaAllah) lingkuplah parti ini kerana masalah yang dicipta oleh orang-orang dalam mereka sendiri ...

... Bak kata tok guru aku sewaktu aku belajaq di Ma'had dulu ...

"PAS adalah Parti Politik jugak ...
PAS bukan Parti untuk Islam punnn ...
PAS mempermainkan nama ISLAM sahaja untuk berpolitik ...."


TERKINI : 23 Oktober, 2009 21:57 PM
"Nik Aziz Sanggup PAS Pecah Berikutan Cadangannya Mengadakan Muktamar Khas" (BERNAMA Online)


AloQStaQ
Sabtu
24/Okt/2009
1:15 Pagi

4 komen:

Ashley Ahmed October 25, 2009 at 7:57 PM  

Salam,

Tok Nik betul2 mengecewakan apa yg akan Melayu rugi klu bersatu?

AloQStaQ October 26, 2009 at 12:19 AM  

Junah,
Tok Nik suka apabila ANUwar suka.
Tok Nik sedih apabila ANUwar sedih. Pastikan hasrat dan matlamat ANUwar tercapai, itu dah memadai bagi Tok Nik, maka Tok Nik pun akan mati dengan mata yang terpejam rapat!

Tok Nik + ANUwar = SESAT.

red rooster November 7, 2009 at 5:30 PM  

Salam,
...depa ni pusin kut mana pun last2 Umno/BN jugak yg salah! tgk la lepaih seminar ptg ni... yg lawaknya isu k'jaan perpaduan tu depa yg cetuskan last2 Umno salah. Dr Asri kena tangkap pun nak salah BN jgk... maknesia jenih apa ntah...?

Anonymous December 8, 2009 at 7:52 PM  

firaun - toghut
Lawan islam , benci kepad islam , meluat kpd perjuangan islam.

Umno lawan islam - mati nanti tau la langit tinggi rendah

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP