Jom Pi Jerlun - Program Mukhriz Bersama Media & Rakyat
Pada tanggal 30hb Oktober 2009 (Jumaat) sehingga 01hb November 2009 (Ahad) telah berlangsung satu program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Jerlun (YB Dato' Mukhriz Tun Dr.Mahathir) yang dikenali sebagai "JOM PI JERLUN" (bersama Warga Media). Warga Media yang dijemput khas untuk menyertai program ini adalah dari media arus perdana serta majalah-majalah terkemuka Malaysia dan terdapat juga jemputan khas kepada beberapa blogger Penyokong UMNO.
GAMBAR : Sebelum start main bola, makan dulu kenyang-kenyang ... Kelihatan Dato' Mukhriz, Datuk Abu Hassan dan Datuk Othman Aziz sedang menikmati juadah bersama rakan-rakan yang lain ...
GAMBAR : Acara sukaneka Tarik Kawan dalam Upih Pinang, memang seronok kalau kena turn duduk atas Upih Pinang, tapi memang seksa bila turn kena tarik upih! ...
GAMBAR : Acara Kukoq Nyioq cara tradisional. Baik-baik, nanti nyioq tak kena kokoq, tangan yang kena pulak! tak pasai-pasai nanti tangan berbalut ...
GAMBAR : Acara Baling Telur ... Namanya Semakin Jauh Semakin Sayang, bergu acara ini Dato' Mukhriz dengan Datuk Abu Hassan.
Program kali pertama seumpamanya ini juga merupakan anjuran bersama AJK UMNO Bahagian Jerlun serta ahli-ahli UMNO Jerlun. Kerjasama dari pelbagai pihak dan lapisan rakyat Jerlun telah menjadikan setiap acara dalam program "Jom Pi Jerlun" menjadi lebih menarik dan bermakna khususnya kepada peserta program iaitu Warga Media yang kebanyakannya dibawa khas dari ibukota Kuala Lumpur. Teruskan membaca laporan yang disediakan.
HARI PERTAMA : JUMAAT (30hb Oktober 2009)
Warga Media yang hadir sebagai peserta program "Jom Pi Jerlun", adalah mewakili dari pelbagai institusi / syarikat media, antaranya RTM, TV3, 8TV, NTV7, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, NST, majalah-majalah (Perempuan, Millenia, UFM) para Blogger KL & Alor Star serta lain-lain penerbitan arus perdana. Mereka yang dari KL telah hadir secara satu kumpulan serentak, dan mereka telah berlepas dalam satu penerbangan dengan pesawat FireFly dari Kuala Lumpur bersama-sama Dato' Mukhriz.
GAMBAR : Antara puluhan Warga Media dari KL yang menyertai program JOM PI JERLUN sedang menunggu waktu berlepas.
GAMBAR : Dato' Mukhriz tidak membuang masa sia-sia, beliau seperti Ayahandanya Tun Dr.M yang rajin membaca untuk mengisi masa lapang.
GAMBAR : Dah pun sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Alor Star, Kedah dengan Pesawat Fire Fly.
GAMBAR : Dato' Mukhriz serta rombongan Warga Media dari KL disambut oleh AJK UMNO Jerlun dan orang ramai yang menunggu.
Setibanya di Lapangan Terbang Alor Star, mereka semua disambut oleh ahli-ahli UMNO dan AJK Program Jom Pi Jerlun. Kereta-kereta khas telah bersedia menanti peserta program untuk membawa mereka ke Kampung Jeruju, Jerlun.
GAMBAR : Hampir 18 buah kereta sedia menanti membawa peserta program ke Kg.Jeruju, Jerlun.
Acara pendaftaran program bermula pada pukul 12.00 Tghari di Homestay Kg.Jeruju, dan diikuti acara makan tengahari kepada semua peserta program yang mendaftar. Sejurus selepas pendaftaran "check-in" di Homestay tersebut, pembahagian peserta program secara berpasangan (sama jantina) kepada Ayah/Ibu Angkat (Tuan Rumah Homestay), seterusnya peserta lelaki terus ke Masjid Jerlun untuk bersembahyang Jumaat.
GAMBAR : Antara Warga Media yang menjadi peserta program JOM PI JERLUN.
GAMBAR : Antara Warga Media yang menjadi peserta program JOM PI JERLUN.
GAMBAR : Ini BUKAN Homestay, tetapi ini adalah rumah yang penulis & Minaq Jinggo dapat untuk tumpang berteduh (akibat rumah Homestay yang rasmi telah habis diinapi oleh Warga Media yang lain). Tuan Rumahnya (Ayah Angkat kami) bernama En.Shoberi.
GAMBAR : Isteri Tuan Rumah (Mak Angkat kami) yang penulis & Minaq Jinggo tumpang berteduh dan tidur sepanjang program Jom Pi Jerlun. Kelihatan disebelah kiri adalah "Mamat" anak tunggal Tuan Rumah.
GAMBAR : Inilah Tuan Rumah kami (Ayah Angkat kami), En.Shoberi (Berkemeja Tangan Panjang) bersama rakan-rakan beliau penduduk Kg.Jeruju.
GAMBAR : Sempat lagi deorang bergambar di Jeti Kuala Jerlun bersama-sama Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz dan ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif.
GAMBAR : Datuk Abu dan Dato' Mukhriz memberikan pose istimewa di atas "jambatan" jeti menuju ke bot nelayan ... "jambatan" yang memang menakutkan para Warga Media dari KL!
Program seterusnya bermula pada pukul 3.00ptg dimana para peserta (Warga Media) bersama-sama Dato' Mukhriz menaiki bot nelayan di Jeti Kuala Jerlun untuk merasai "nikmat" belayar ke tengah lautan dan melawat persisiran Kuala Jerlun dari atas bot untuk meninjau lanskap Kuala Jerlun dan carahidup penduduk setempat di sana sebagai nelayan.
GAMBAR : Sempat lagi deorang bergambar di Jeti Kuala Jerlun bersama-sama Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz dan ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif.
GAMBAR : Datuk Abu dan Dato' Mukhriz memberikan pose istimewa di atas "jambatan" jeti menuju ke bot nelayan ... "jambatan" yang memang menakutkan para Warga Media dari KL!
GAMBAR : Jaga-jaga Dato' ! ... turun baik-baik, nanti tak sempat naik bot pulak kot ...
GAMBAR : Dato' Mukhriz sedang beramah mesra bersembang dengan seorang nelayan di Kuala Jerlun.
GAMBAR : Tu dia, geng Warga Media pakat-pakat dok berdiri ramai-ramai atas "jambatan" yang menakutkan tu! Sekali "reban" jambatan tu, nayaaaa ...
GAMBAR : Minaq Jinggo memberikan isyarat "bagus" menandakan beliau & Warga Media yang lain sedang menikmati kenikmatan menjadi ala-ala nelayan Jerlun.
GAMBAR: "Pokok hujan" (awan mendung) di langit telah mula kelihatan, menandakan hujan akan turun membasahi bumi ...
GAMBAR : Para Wartatawan dan jurugambar yang menaiki bot nelayan sedang berusaha mendapatkan shot yang menarik untuk dijadikan bahan berita.
GAMBAR : Tu dia, geng Warga Media pakat-pakat dok berdiri ramai-ramai atas "jambatan" yang menakutkan tu! Sekali "reban" jambatan tu, nayaaaa ...
GAMBAR : Minaq Jinggo memberikan isyarat "bagus" menandakan beliau & Warga Media yang lain sedang menikmati kenikmatan menjadi ala-ala nelayan Jerlun.
GAMBAR : Kelihatan Dato' Mukhriz dan Datuk Abu Hassan sedang berbincang dan melihat pemandangan laut di Kuala Jerlun, mungkin mereka ada perancangan untuk menambahbaik taraf hidup nelayan Kuala Jerlun.
Walaupun program tersebut bukanlah satu acara menangkap ikan di laut, walaupun ianya hanya sekadar menaiki bot nelayan ke tengah lautan sahaja, tetapi secara tidak langsung para peserta dapat menimba pengalaman tersendiri bagaimana rasanya berada di lautan yang luas ciptaan Allah dan hanya ditemani oleh burung-burung camar laut serta deruan ombak laut yang membadai badan bot. Pengalaman yang amat "mahal" dan tidak ternilai bagi yang melaluinya!
Walaupun program tersebut bukanlah satu acara menangkap ikan di laut, walaupun ianya hanya sekadar menaiki bot nelayan ke tengah lautan sahaja, tetapi secara tidak langsung para peserta dapat menimba pengalaman tersendiri bagaimana rasanya berada di lautan yang luas ciptaan Allah dan hanya ditemani oleh burung-burung camar laut serta deruan ombak laut yang membadai badan bot. Pengalaman yang amat "mahal" dan tidak ternilai bagi yang melaluinya!
GAMBAR: "Pokok hujan" (awan mendung) di langit telah mula kelihatan, menandakan hujan akan turun membasahi bumi ...
GAMBAR : Para Wartatawan dan jurugambar yang menaiki bot nelayan sedang berusaha mendapatkan shot yang menarik untuk dijadikan bahan berita.
Lebih menarik dan menakjubkan apabila tiba waktu berpatah balik untuk pulang ke daratan, cuaca di tengah lautan bertukar wajah, awan gelap secara automatik memayungi sekalian Warga Media dan Dato' Mukhriz sendiri! Maka turunlah hujan lebat, membasahi sekalian peserta program Jom Pi Jerlun di atas bot masing-masing! RASAKAN! Inilah kehidupan nelayan. Memang pengalaman yang amat-amat mahal dan tidak dapat dihuraikan lagi. Kata orang UK, "Best Gilerrrr bro!" ....
GAMBAR : Kelihatan Dato' Mukhriz basah lencun (lenjun) kerana hujan lebat telah turun di tengah lautan sewaktu program berlangsung! Basah kuyupppp ....
GAMBAR : Dah sampai kembali ke jeti, disambut dalam keadaan cuaca hujan yang lebat. Inilah cara hidup nelayan di Kuala Jerlun, Dato'!...
Sesampainya di jeti dengan keadaan hujan yang masih belum bosan membasahi peserta program, para peserta yang terketar-ketar kesejukan mencari gerai kopi berdekatan untuk mendapatkan segelas kopi panas bagi menghilangkan rasa sejuk. Termasuklah Ahli Parlimen Jerlun sendiri bersama Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kota Siputeh - Datuk Abu Hassan Shariff. Dikesempatan itu, Dato'Mukhriz telah ditemuramah oleh wartawan RTM.
Tamat program petang tersebut, para peserta pulang ke Homestay masing-masing di Kg.Jeruju untuk mandi manda serta membersihkan diri sebelum acara seterusnya malam nanti.
Malam pertama di Jerlun, acara Futsal di antara Pilihan Dato'Mukhriz melawan Team Media, berlangsung di padang futsal yang hebat!... Mana tak hebatnya, padang futsal di Kuala Jerlun ini berada betul-betul di pesisiran laut ... Ditambahpula dengan kehebatan team Dato'Mukhriz yang diwakili oleh Datuk Othman Aziz, Datuk Abu Hassan Shariff dan VIP UMNO Jerlun, menentang Team Media, seolah-olah menonton perlawanan Arsenal vs Manchester! Akhirnya, Team Media telah diberi penghormatan oleh Pilihan Dato' Mukhriz untuk memenangi perlawanan persahabatan tersebut dengan 3-1.
GAMBAR : Sebelum start main bola, makan dulu kenyang-kenyang ... Kelihatan Dato' Mukhriz, Datuk Abu Hassan dan Datuk Othman Aziz sedang menikmati juadah bersama rakan-rakan yang lain ...
GAMBAR : Dato' Mukhriz bertukar posisi dari menjadi Penyerang (pada awal permainan) kepada Penjaga Gol (separuh masa pertama). Pulun Dato' Pulun!
Menariknya, kedua-dua pasukan yang berentap perlulah memakai kain batek (Team Pilihan Dato' Mukhriz) dan kain pelikat (Team Media) ... Nasib baik pakai gak seluar kat dalam kain tu, kalau tak, haru biru jadinya ...
Menariknya, kedua-dua pasukan yang berentap perlulah memakai kain batek (Team Pilihan Dato' Mukhriz) dan kain pelikat (Team Media) ... Nasib baik pakai gak seluar kat dalam kain tu, kalau tak, haru biru jadinya ...
Aktiviti tersebut secara tidak langsung menghiburkan rakyat serta masyarakat setempat, disamping menjadi acara riadah dan merupakan acara untuk menambah eratkan hubungan antara kepimpinan masyarakat di Jerlun dengan Warga Media.
Pulang ke Homestay masing-masing untuk tidur dan berehat. Keesokan harinya ada lagi acara yang akan berlangsung.
HARI KEDUA : SABTU (31hb Oktober 2009)
Hari Sabtu merupakan hari yang padat dengan aktiviti dalam Program Jom Pi Jerlun. Para peserta seawal 7.30 Pagi berkumpul di padang awam Homestay Kg.Jeruju untuk di bawa menaiki kereta ke Wisma UMNO Jerlun untuk bersarapan, seterusnya menjalani acara Explore Jerlun (secara berkumpulan).
Para peserta diberikan arahan (task) untuk diselesaikan mengikut turutan dan perlu menjelajahi sekitar kawasan Parlimen Jerlun untuk menyelesaikan arahan yang ditetapkan.
GAMBAR : Para peserta sedang menyiapkan tugasan sebelum mendapat klue seterusnya untuk meneruskan perjalanan menyelesaikan Explore Jerlun.
Jurupandu arah yang terdiri dari kalangan AJK UMNO Bahagian secara tidak langsung membantu para peserta untuk sampai segera ke destinasi yang ditetapkan dengan mudah dan cepat. Maklumlah, yang menyertai acara ini kebanyakannya dari KL, kalau tak de orang Jerlun yang membantu tunjuk arah, silap-silap haribulan sampai ke Langkawi ler diorang tu jelajah.
Seterusnya acara makan tengahari dan sukaneka di Sekolah Kebangsaan Tengku Bendahara, Jerlun. Macam biasa di setiap acara sukaneka, akan ada aktiviti / permainan yang menakjubkan seperti Semakin Jauh Semakin Sayang (baling dan sambut telur ayam belum masak), acara lumba lari tarik kawan atas upih pinang, acara kukur nyioq (parut kelapa versi tradisional) dan lain-lain acara yang menarik.
GAMBAR : Acara sukaneka Tarik Kawan dalam Upih Pinang, memang seronok kalau kena turn duduk atas Upih Pinang, tapi memang seksa bila turn kena tarik upih! ...
GAMBAR : Acara Kukoq Nyioq cara tradisional. Baik-baik, nanti nyioq tak kena kokoq, tangan yang kena pulak! tak pasai-pasai nanti tangan berbalut ...
GAMBAR : Acara Baling Telur ... Namanya Semakin Jauh Semakin Sayang, bergu acara ini Dato' Mukhriz dengan Datuk Abu Hassan.
Selesai semua acara kira-kira jam 3.00 petang, para peserta yang keletihan, kepenatan dan hampir pitam di bawa pulang ke Homestay masing-masing untuk berehat dan mandi sebelum bermulanya acara malam nanti.
Matahari melabuhkan tirainya, acara seterusnya dalam program Jom Pi Jerlun pada malam kedua bermula. Malam ini, acara lebih santai dengan semua peserta diraikan dengan BBQ makanan laut dan daratan yang dibakar seperti ikan bakar, udang bakar, ayam bakar, daging bakar dan lain-lain makanan enak.
GAMBAR : Kelihatan Dato' Mukhriz juga meringankan tulang untuk sama-sama membantu penduduk Kg.Jeruju untuk mengipas udang dan ikan bakar.Acara malam kedua ini adalah CampFire (Unggun Api) tetapi tidak sempat dijalankan kerana acara sampingan (Karaoke Rakyat) lebih menarik perhatian masyarakat & peserta program. Acara nyanyian karaoke yang disertai oleh para penduduk sekitar Kg.Jeruju dan juga ada Warga Media yang mengambil bahagian serta VIP seperti Datuk Othman Aziz sendiri. Masing-masing menghidangkan nyanyian yang merdu-merdu dan talented! Memang ada harapan untuk masuk Akademi Fantasia musim ke-25 nanti ...
GAMBAR : KARAOKE RAKYAT & Sketsa yang dipersembahkan oleh wakil Warga Media untuk seluruh penonton yang terdiri dari penduduk Kg.Jeruju dan para VVIP yang hadir. Terdapat juga penyertaan dari segenap lapisan masyarakat Kg.Jeruju & VIP yang hadir.
Selewat jam 12.00 tengah malam, acara pun selesai. Para peserta yang sudah kenyang makan ikan bakar, udang bakar, ayam bakar, daging bakar dan sudah dihiburkan oleh artis-artis "bidan terjun" dalam acara karaoke & acara lawak jenaka, pulang ke bilik di Homestay masing-masing untuk tidur dan berehat. Keesokan harinya, aktiviti kemasyarakatan akan berlangsung. Tenaga perlulah dikumpul semula malam ini untuk terjah aktiviti hari Ahad!
HARI KETIGA : AHAD (01hb November 2009)
Ahad pagi, jam 8.30, para peserta hadir ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerlun di Padang Sera, Jerlun untuk bersarapan pagi. Pulut ikan kering (versi asal sarapan orang Kedah) menjadi santapan para peserta.
GAMBAR : Nyam! Nyam! Nyam! Berselera sungguh geng Warga Media menikmati sarapan Pulut Kukus dengan Ikan Kering Kelapa Parut versi Kedah. Ada juga yang tak menikmatinya kerana mungkin tak biasa sarapan sebegini ...
GAMBAR : Seorang rakan blogger yang sudi menghadirkan diri menyertai program Jom Pi Jerlun ...
GAMBAR : Dato' Mukhriz sedang menikmati sarapan yang enak ini, sambil-sambil tu beliau terpaksa melayan panggilan telefon penting, biasalah VVIP memang macam ni ....
GAMBAR : Kereta Marshall konvoi masuk kampung (Atas) , kereta Dato'Mukhriz (Bawah).
Selepas itu, kami dibawa melawat ke bengkel kraftangan dan kerja kayu yang dijalankan oleh seorang penduduk Jerlun. Pengusaha tersebut yang dikenali sebagai Wan baru setahun lebih berjinak-jinak dalam perusahaan pertukangan kayu. Beliau menceburi bidang ini atas minat yang timbul setelah beberapa tahun berada dalam bidang lanskap (menggubah pokok-pokok hiasan & bonsai). Hasil kerja Wan yang terkini adalah set meja kopi yang diukir dari banir sepohon pokok nangka yang telah berusia lebih 80 tahun!
GAMBAR : Kelihatan Dato' Mukhriz sedang diberi penerangan tentang hasil kerja kayu oleh saudara Wan (T-Shirt putih berlilit kepala)
GAMBAR : Nyam! Nyam! Nyam! Berselera sungguh geng Warga Media menikmati sarapan Pulut Kukus dengan Ikan Kering Kelapa Parut versi Kedah. Ada juga yang tak menikmatinya kerana mungkin tak biasa sarapan sebegini ...
GAMBAR : Seorang rakan blogger yang sudi menghadirkan diri menyertai program Jom Pi Jerlun ...
Walaupun ada yang tidak biasa dengan sarapan sebegini, masih ada Warga Media dari KL yang "berani" mencubanya, tetapi ada juga yang "tidak berani". Biasalah tu. Mana pernah seumur hidup depa sarapan pagi makan pulut dengan kelapa parut dan ikan masin kering!? ... Tapi, inilah makanan biasa orang Jerlun khasnya dan Kedah amnya.
GAMBAR : Dato' Mukhriz sedang menikmati sarapan yang enak ini, sambil-sambil tu beliau terpaksa melayan panggilan telefon penting, biasalah VVIP memang macam ni ....
Dato'Mukhriz yang juga tiba seawal 8.45pagi turut bersarapan bersama-sama Warga Media. Satu keadaan yang cukup membanggakan apabila seorang pemimpin bersama rakyat dalam satu majlis yang cukup santai dan tiada protokol diperlukan.
Setelah kenyang dengan pulut dan ikan kering, satu taklimat ringkas oleh YB Dato'Mukhriz kepada para peserta dibuat dalam Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerlun mengenai latarbelakang Jerlun, dari segi penduduknya serta lanskap kawasan Jerlun. Seiring dengan itu, Dato' Mukhriz juga meminta para Warga Media untuk sama-sama membantu beliau memajukan taraf hidup penduduk Jerlun dan memberikan pandangan bernas untuk sama-sama memajukan kawasan Jerlun demi kebaikan sejagat.
Acara seterusnya adalah "konvoi" YB Dato'Mukhriz serta YB Datuk Abu Hassan bersama-sama Warga Media menyusuri jalan kampung (tar mini) dengan kenderaan masing-masing untuk melihat sendiri kemajuan serta cara hidup penduduk sekitar Parlimen Jerlun.
GAMBAR : Kereta Marshall konvoi masuk kampung (Atas) , kereta Dato'Mukhriz (Bawah).
Pertama yang dilawati adalah sangkar ikan milik seorang pengusaha di Jerlun. Mengusahakan penternakan ikan sungai dalam sangkar secara sederhana untuk menampung kehidupan keluarga. Dimaklumkan kepada kami bahawa ikan-ikan yang dihasilkan mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari penduduk tempatan mahupun dari luar Jerlun.
Selepas itu, kami dibawa melawat ke bengkel kraftangan dan kerja kayu yang dijalankan oleh seorang penduduk Jerlun. Pengusaha tersebut yang dikenali sebagai Wan baru setahun lebih berjinak-jinak dalam perusahaan pertukangan kayu. Beliau menceburi bidang ini atas minat yang timbul setelah beberapa tahun berada dalam bidang lanskap (menggubah pokok-pokok hiasan & bonsai). Hasil kerja Wan yang terkini adalah set meja kopi yang diukir dari banir sepohon pokok nangka yang telah berusia lebih 80 tahun!
GAMBAR : Kelihatan Dato' Mukhriz sedang diberi penerangan tentang hasil kerja kayu oleh saudara Wan (T-Shirt putih berlilit kepala)
GAMBAR : Kelihatan Dato' Mukhriz terpesona dengan hasil kerja Wan. Banir sepohon pokok nangka ditatarias sehingga menjadi kerusi, merupakan satu hasil pertukangan yang mewah.
Setelah melawat bengkel Wan, konvoi masuk kampung diteruskan lagi dengan Dato' Mukhriz secara langsung mengambil kesempatan untuk melawat beberapa penduduk yang sakit serta warga tua yang sudah uzur. Beliau sebagai wakil rakyat Jerlun, menghulurkan sumbangan wang tunai, bekalan makanan serta kerusi roda kepada warga tua yang uzur serta penduduk yang sakit, sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebananan yang ditanggung mereka.
Acara sampingan adalah acara "menumpang" motorsikal oleh para Warga Media bersama dengan anak-anak muda kampung terlibat (Kampung Raja, Kampung Pulau, Kampung Seberang, Kg. Lindungan Bulan) menjelajah sekitar kampung, sambil Warga Media membuat liputan aktiviti kemasyarakatan Dato' Mukhriz bersama rakyat. Datuk Abu Hassan menunggang motorsikal seorang remaja dan Dato' Mukhriz membonceng di belakangnya ...
Aktiviti tersebut diakhiri dengan majlis jamuan makan tengahari "kenduri kampung" yang menyajikan nasi dengan lauk ringkas iaitu "ikan termenung (kembung) masak asam pedas Kedah" bersama ulam-ulaman dan "sambal belacan campur udang padang". Kali ini, seperti biasa, masih ada segelintir kecil Warga Media dari KL yang tidak dapat menjamu selera kerana MUNGKIN sajian tersebut "tidak kena" dengan selera mereka. Tetapi, majoriti Warga Media dapat sama-sama penduduk kampung untuk menikmati sajian kampung tersebut. TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Acara seterusnya (hampir tamat program Jom Pi Jerlun) adalah pulang ke rumah Homestay masing-masing di Kg.Jeruju untuk bersiap-siap "check-out", di mana acara terakhir kepada semua peserta (khususnya yang datang dari KL) adalah berangkat melawat Bandaraya Alor Setar untuk membeli belah di komplek Pekan Rabu. Ia merupakan aktiviti terakhir kepada Warga Media dari KL, sebelum penerbangan FireFly mereka berlepas dari Lapangan Terbang Alor Star pada jam 6.30 Petang Ahad.
(NOTA : Penulis tidak mengikuti acara terakhir ini (Acara Membeli Belah di Pekan Rabu) kerana ada urusan lain selepas majlis makan tengahari tersebut. Jika tidak salah penulis, Acara Membeli Belah di Pekan Rabu tidak dijalankan - Maaf kalau tersalah maklumat).
(NOTA : Penulis tidak mengikuti acara terakhir ini (Acara Membeli Belah di Pekan Rabu) kerana ada urusan lain selepas majlis makan tengahari tersebut. Jika tidak salah penulis, Acara Membeli Belah di Pekan Rabu tidak dijalankan - Maaf kalau tersalah maklumat).
Sesungguhnya, segala aktiviti yang dianjurkan dalam program JOM PI JERLUN oleh Pejabat Ahli Parlimen Jerlun buat kali pertama ini dianggap sebagai satu kejayaan besar kepada penganjur dan para peserta program yang datang dari KL dan Alor Star merasakan satu pengalaman amat bermakna sepanjang menempuhi semua aktiviti tiga hari dua malam tersebut.
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Dato'Mukhriz dan team UMNO Jerlun, khususnya kepada ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan, Timb.Ketua UMNO Bhg.Jerlun Datuk Othman Aziz, para AJK terlibat, Pergerakan Wanita UMNO Jerlun, Pemuda UMNO Jerlun, Puteri UMNO Jerlun serta Pemimpin-pemimpin masyarakat di sekitar Jerlun, anggota beruniform seperti JPA, Polis serta lain-lain agensi, segenap lapisan masyarakat khususnya di Homestay Kg.Jeruju serta kawasan terlibat dan seluruh rakyat Jerlun yang begitu sporting! Memang mantop betoi orang Jerlun!
Semoga bertemu lagi di lain program. TAHNIAH kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Adiossss ..........
NOTA : Ada gambar-gambar yang diletakkan di sini adalah hak milik sendiri oleh AloQStaQBlog, ada yang diambil dari Fotopages Minaq-Jinggo, Web Rasmi Dato' Mukhriz dan ada juga yang diambil dari blog sahabat-sahabat terlibat seperti Parpukari (Mulut Pu..!) hehehe ... Steady Parpu!
Laporan Program Ini Disediakan Oleh :
AloQStaQ
Wakil Blogger Alor Star & KMU Utara
ke Program JOM PI JERLUN Bersama Media
30hb Okt 2009 - 01hb Nov 2009.
14 komen:
maaflah kalau lari topic
nak tanya Aloq Staq nih
tahu tak dekat kedah nih mana nak minta biasiswa untuk anak - anak kedah?
sebab insyaallah saya bakal sambung degree dkt s.alam awal tahun nih
tu nak tanya tu...sebab banyak pakai duit..
harap2 dapat tolong
Salam Aloq Staq,
Bagiuh lah kalau ada blogger Kedah yang dok Kedah turut serta dalam program JOM PI JERLUN. Aku mulanya bengang juga bila nampak macam hanya kera yang dok minum susu...Adaa juga anak-anak yang disuap susu sama tak pa lah....
Aku tumpang bangga pasai hang di ajak turut serta. HIDUP ALOQ STAQ!
Hans,
teruih terang aku bagitau aku tak berapa arif macamana nak minta biasiswa di Kedah ni.
Tak kiralah zaman BN dulu atau zaman Bulan la ni, tapi sedikit idea yang aku pernah dengaq, Hans buleh pi try tanya kat Pejabat Zakat (bantuan sara pengajian) ataupun kat Wisma Darul Aman bahagian biasiswa Kerajaan Negeri (setakat yang aku pernah dengaq, ada jugak la orang dok pi mohon) ...
Jadi, tu aja yang aku buleh tulong. Lain dari tu aku pun tak berapa arif bro! Nak bagi petua apa-apapun aku bimbang nanti tak tepat pulak ...
Det my dear bloodbrother!...
Actually, aku pun confuse pada awalnya. Tapi aku cuba mendalami apa sebab muasababnya, akhirnya aku paham kenapa ianya terjadi ...
Aku dah terlebih dulu maklumkan semua ini kepada leader2 kita dalam KMU Utara. Dan depa faham, Alhamdulillah.
Nanti ada masa, kita pekena teh barang secawan dua, kita sembang pasai ni... Harap waktu tu nanti, hang akan dapat detail explanation dari diriku yang hina dina ini wahai Abg Detku sayang! ....
AloQStaQ
Bro...Saya pun ada sama....cuba cari yg mana satu saya...
owh,thanks bro..
kalau ada keje2 part time apa2 ker..
sebagai penulis ker kasi tahu lah yer
Sahabatku TM ...
ermmm ... ada gak ker hari tu? aik. Ni yang kita sukar nak teka sebab masing-masing menyimpan diri dan tak da pulak sesi suai kenal antara peserta.
Apapun, nak teka tak berani sebab tak yakin, tapi nak agak tu buleh la kot ... Adakah kamu yang selalu bersembang dengan Parpu tu? Hehehe ... agak je ni, kalau salah jangan MAREEE ....
hans,
InsyaAllah kalau ada lobang2 kerja part time penulis, gua bagitau sama lu lah yer ... tapi, jangan terlalu mengharap dari i sebab i ni tak kenal ramai geng / company yang berkaitan dengan bidang penulisan ni ... apapun, kalau ada rezeki hans, InsyaAllah nanti kita sama-sama usahakan mencari peluang tu ...
Semoga berjaya dalam study.
TAHNIAH Hans ... kejayaan anda kebanggaan kami semua.
betul lah tu...saya naik bike jer...tak naik kapal terbang.
HE HE HE
CANTIK GAMBAR GAMBAR NI...
TM,
oooo dah dapat agak yang mana satu ... ayiooo, apasai la kita tak saling kenal mengenali sangat waktu tu, yer tak? hehehe ...
InsyaAllah lain kali ada peluang, buleh la sembang lebih detail lagi.
Biasa la blogger, ada yang suka expose, ada yang paranoid suka 'disebalik tabir' saja.
ParpuKari ...
Hang punya gambaq2 kat blog PK pun lagi banyak yang cun, aku ter'cilok' beberapa keping dari PK untuk letak kat sini bro.
Apa-apapun, setakat ni saja yang mampu aku amik dengan Nokia N95 aku tu, aku tak de pitih nak beli kamera berkuasa tinggi macam si Minaq Jinggo dan yang lain-lain tu ... :)
ok no probelm dulu pun ada juga jemputan untuk hadir di program Mukhriz di Jerlun. tetapi tak berkesempatan untuk hadir. Masa akan datang jika ada program jemput lah saya. insyaallah akan datang. dekat saja..2 jam sampai la.
bagusnya kalau ada gambar rombongan Dato solat jemaah bersama-sama... SEjuk rasa hati...
Post a Comment