Wednesday, October 21, 2009

KPP Sayap Terbaru PAS? - Baik Janganlahhh ....

Sebagai seorang yang tiada berkaitan langsung dengan parti PAS dan pastinya aku bukanlah penyokong PAS, cuma oleh kerana aku dikelilingi oleh ramai saudara mara dan sahabat handai yang menyokong parti tersebut, maka hari ni aku ingin menyuarakan sedikit pandangan peribadi aku (dari sudut bukan penyokong PAS) ... dan secara tak langsung sebenarnya aku melihat PAS merupakan Parti ke-2 Melayu Islam yang terkuat di Malaysia selepas UMNO.



Setelah membaca petikan akhbar maya Malaysiakini, yang nampaknya kini semakin galak menceritakan perihal PAS dengan janji2 mereka terhadap ahli Kelab Penyokong PAS (KPP) (yakni satu kelab penyokong/pengundi PAS yang bukan Muslim), dimana langkah PAS untuk mem"perkasa"kan KPP dalam institusi parti tersebut, secara tiba-tiba hati aku menjadi sedikit runsing dan confused ...

Walaupun aku sedar, aku bukanlah ahli atau Pengundi mahupun Peminat PAS, tetapi selama ini aku memahami bahawa PAS = Parti Islam Se-Malaysia merupakan parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan serta menegakkan Islam dan Negara Islam di Malaysia. Secara tak langsung, sekurang-kurangnya PAS bolehlah menjadi pengimbang (balancing) kepada parti terkuat Melayu Islam di Malaysia iaitu UMNO (Parti kesayanganku!) dalam memperbetulkan khilaf UMNO jika berlaku sesuatu perkara yang berkaitan Islam di Malaysia...

Tetapi, jika langkah terbaru PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu lagi SAYAP PAS, ianya bagi aku amatlah tidak wajar, tidak patut, tidak kena tempat dan tidak perlu ... pendekata, Baik Janganlahhhh ....

Sebab mengapa aku mengatakan sedemikian, adalah kerana aku nampak penerimaan ramai (mungkin majoriti) ahli/penyokong PAS tahap bawahan (yang beragama Islam) khususnya di kawasan aku dan beberapa kawasan pendalaman yang aku pernah maklum, mereka kurang setuju dengan langkah tersebut.

Mereka (ahli/penyokong PAS tahap bawahan yang beragama Islam) menganggap SAYAP KPP dalam PAS akan menjadi satu suara yang boleh "menyusahkan" parti PAS di satu masa yang akan datang!

Kata kawan2 dan sedara2 aku yang "pekat" PAS (original) depa takut nanti KPP yang disamataraf dengan Dewan Pemuda , Dewan Muslimah dan Dewan Ulama akan turut menyuarakan pandangan yang jauh songsangnya dari prinsip asal Penubuhan PAS.


Inilah yang depa amat takuti dan bimbang. Ada di antara depa yang mengatakan, sudahlah team Erdogan yang "menjadi duri dalam daging" pun sukar untuk dibendung, inikan pulak sebuah SAYAP BARU yang ditauliahkan secara rasmi sebagai SAYAP PAS! ...

KPP pastinya akan turut bangun, berdiri dan menyuarakan pendapat ahli-ahli dalam KPP sewaktu Muktamar PAS yang berlangsung saban tahun. Jadi pada masa itu, suara KPP tersebut tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana mereka sudahpun ada hak yang sama! Dan suara mereka merupakan suara daripada satu cabang SAYAP PAS YANG RASMI !

Mana mungkin waktu itu Muktamar menolak semua usul dari KPP! ... mesti ada juga usul yang perlu diperbincangkan, diundi, diterima atau ditolak ... Ini bahaya! Prinsip Islam dalam Perlembagaan PAS "mungkin" boleh dipertikaikan / dipohon buat perubahan / diperbincangkan oleh KPP yang sah-sah bukan orang Islam.

Adakah dengan langkah PAS menjadikan KPP ini sebagai satu SAYAP RASMI PAS ianya semata-mata untuk menunjukkan PAS kini sudah terbuka dan dasar PAS For All direalisasikan melalui langkah ini? ... patutkah begitu? Selamatkah parti ini serta dasar perjuangan asal mereka sejak puluhan tahun lampau? Dapatkah prinsip perjuangan parti ini dikekalkan dengan kewujudan satu sayap baru ini?


Bagi aku, demi masa depan perjuangan Islam bawaan PAS, eloklah dilupakan sahaja hasrat untuk menjadikan KPP sebagai sayap rasmi. Banyak kontranya dari pro ... Sekadar pandangan peribadi aku yang tak kesah pun apa nak terjadi pada parti PAS ...

AloQStaQ
Rabu 21 Okt 2009

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP