BAGAN PINANG : TAHNIAH BN & TAHNIAH PAS ...
Keputusan PRK Bagan Pinang telah diketahui malam tadi yang menyaksikan BN mempertahankan kerusi di sana dengan kemenangan yang lebih bergaya dan lebih besar. Mungkin faktor calon yang diletakkan oleh BN mempengaruhi minat rakyat untuk memangkah BN. Siapa tahu?
Mungkin juga faktor rakyat kembali yakin kepada BN selepas PRU-12 lalu yang mana rakyat telah "mengajar" BN erti politik era-baru Malaysia. Bagi rakyat, kalau kerajaan/parti yang tidak dapat memenuhi kehendak mereka, pastinya akan good bye ...
Kali ini berlandaskan konsep 1MALAYSIA yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, sedikit sebanyak menyuntik kekuatan dan semangat kepada BN untuk meyakinkan rakyat di Bagan Pinang untuk kembali menyokong BN. TAHNIAH BN dan seluruh rakyat Bagan Pinang yang telah membuat pilihan tepat dan terbaik kepada masa depan anda sendiri! TAHNIAH sekali lagi.
Pergolakan dalam Pakatan Rakyat diperingkat Nasional amat mengecewakan rakyat. Bagan Pinang adalah bukti rakyat mula muak dengan Pakatan yang tidak satu landasan, tidak juga satu gerabak, tetapi berhasrat untuk sampai ke stesyen yang sama, maka tanpa persefahaman yang begitu mendalam antara satu sama lain menyebabkan pergeseran berlaku antara parti dalam Pakatan.
Satu nak NEGARA ISLAM.
Satu TAK MAHU NEGARA ISLAM.
Satu lagi nak SAMA RATA SEMUA SEKALI (BANGSA dan AGAMA dan HAK)
Apakah matlamat ini boleh dicapai bersama-sama dalam satu PAKATAN ? ... Tidak mungkin akan berlaku selagi tiada tolak ansur dalam perkara tersebut.
TAHNIAH kepada PAS di Bagan Pinang kerana terbukti telah berjaya MENGIKUT JEJAK LANGKAH PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) dalam mengharu-birukan keadaab pada hari membuang undi dan hari-hari berkempen ...
Dulu, jarang benar kita nampak kejadian gaduh dan ketegangan yang amat sangat, apabila UMNO lawan PAS ... Selalunya, kita akan lihat kejadian gaduh dan ketegangan yang dahsyat hanya berlaku apabila berlaku Pilihanraya antara UMNO dengan PKR. Tapi, kali ni di Bagan Pinang, PAS sudah mula "menggunapakai" ilmu huru-hara yang diturunkan oleh geng-geng sepuaknya dari parti PKR ... TAHNIAH PAS kerana berjaya menjadi pengikut PKR yang berjaya & setia (macam lembu dicucuk hidung) ! ....
AloQStaQ
12:20 Tghari
0 komen:
Post a Comment