Calon BN : DUN Bagan Pinang - AloQStaQBlog sokong Tun Dr.M
Nampaknya rakyat kini menantikan pengumuman siapakah calon pilihan BN untuk dijadikan "ayam sabung" pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan bulan depan.
Sejak minggu lalu, banyak pendapat pro-kontra dari pelbagai peringkat sama ada pemimpin BN peringkat kawasan/bahagian, pemimpin BN peringkat nasional, ahli-ahli J/Kuasa bahagian mahupun ahli-ahli akar umbi dan tidak ketinggalan juga pendapat logik dari bekas pemimpin terulung seperti Tun Dr.Mahathir.
Nama yang disebut-sebut oleh peringkat Bahagian adalah Tan Sri Isa Abdul Samad, manakala kepimpinan BN pusat pula meminta dicalonkan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan dan Tun Dr.Mahathir pula terang-terangan menolak Tan Sri Isa Abdul Samad untuk dipilih sebagai calon PRK DUN Bagan Pinang nanti.
Apakah yang akan berlaku?
Adakah BN pusat akan "terpaksa" menerima calon pilihan BN (UMNO) Bahagian?
Ataupun mempertimbangkan pendapat logik Tun Dr.Mahathir dan "menolak" calon yang bernama Tan Sri Isa Abdul Samad ? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Bagi AloQStaQBlog, aku sependapat dengan Tun Dr.Mahathir supaya Tan Sri Isa Abdul Samad tidak dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Bagan Pinang. Alasannya hanya satu. Tiada alasan lain. Yakni, ORANG YANG PERNAH DIJATUHI HUKUMAN BERSALAH KERANA RASUAH TIDAK LAYAK UNTUK DIJADIKAN CALON BN.
Ini fakta yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Tidak perlu digundah-gulanakan sehingga sakit otak!
Mudah dan ringkas.
UMNO Bahagian patut terima hakikat ini.
Jangan pedulikan langsung, sama ada "aura" Tan Sri Isa Abdul Samad masih kuat atau pengikutnya masih dahsyat! ... Ini semua bukan matlamat parti.
Biar kalah dengan terhormat, jangan kalah kerana kesilapan memilih calon PERASUAH!
Tun melihat faktor calon ini adalah penting untuk menjernihkan kembali imej dan nama parti UMNO yang selama 5 tahun kebelakangan ini seolah-olah di"benci" rakyat. Tun berfikiran logik. Tun tidak mahu lagi faktor peribadi calon menjadi bahan serangan pihak lawan.
UMNO akan terus dirundung kekalahan mudah apabila kelemahan calon dijadikan senjata hebat pembangkang! Tak percaya? Lihat sahaja PRK Kuala Terengganu. Lihat sahaja PRK Permatang Pasir. Ini contoh mudah - faktor peribadi calon BN yang mudah dipertikaikan oleh rakyat!
Apa indikasi yang UMNO bahagian letak dan apa sumber risikan TEPAT yang kononnya digunapakai oleh UMNO bahagian yang mengatakan bahawa Tan Sri Isa Abdul Samad masih mempunyai pengaruh yang kuat di kawasan tersebut ? ... Kalau letak Tan Sri Isa Abdul Samad, confirm menang kah? ... Semua ini andaian saja. Tiada siapa dapat menjanjikan kemenangan kepada BN dikala ini. BN/UMNO harus sedar dari lamunan. Tan Sri Isa Abdul Samad mungkin boleh menang besar di satu masa dahulu - TETAPI BUKAN KINI.
Ingatlah, Tun Dr.Mahathir adalah politikus yang sudah puluhan tahun bergelumang dengan sepak terajang poilitik tanahair. Kata-katanya bukan mainan, tetapi beliau bercakap di atas pengalaman. Jangan bantah, nanti kita menerima padah (lagi) ...
Wassalam.
AloQStaQ
//A.S\\

3 komen:
RAKYAT lebih berminat cerita BAGAN PINANG..(penamaan calun 3Nov,undi 12Nov)...PRK N31 ini adalah titik penentuan BN atau PR...???
Tan Sri Isa Samad patut jadi COACH,
mentor dan penggerak utama untuk calun muda,yg berwibawa(mcm dlm World Cup,coach semua 50an keatas,
manakala pemain 20-35tahun)...
ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????LDP telah berkuasa
lebih 50tahun,KALAHTERUK,baru2 ini!
RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....
Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
org MELAYU..!!)
18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
peruntukan....
19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
ahli2 biasa tak di endahkan....
20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!
FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!!
Che Det said, dah lama aku cakap, jangan ambil mat isa nanti kalah tak nak dengar....padam dgn muka BN
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apakah Pakatan Rakyat takde masalah RASUAH? SeBERSIH mana Pakatan Rakyat itu sedangkan orang bersekedudukan, orang menJUBOR orang lain dan orang yang meng'ENDORSE'kan BABI dan ARAK dimuliakan semulia-mulianya? Bukankah YB Pakatan Rakyat jugak penuh beRASUAH pasal ikut sangat kata KONGSI GELAP dalam DAP yang menjalankan BISNES 'Underworld'?
Wallahualam..
Post a Comment