Thursday, April 2, 2009

TAHNIAH PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6

AloQStaQBlog dengan ini dengan rasa syukur dan tunduk hormat mengucapkan JUTAAN SETINGGI TAHNIAH kepada Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA KE ENAM yang akan berkuatkuasa esok pagi (JUMAAT : 03 APRIL 2009 : JAM 10.00 PAGI).

Majlis Angkat Sumpah PM Ke-6 akan di adakan di Istana Negara.


Syabas Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak!
Syabas Rakyat Malaysia kerana memperolehi seorang Perdana Menteri Baru.

Semoga kembali kemasyhuran Malaysia seperti di zaman kegemilangan era Bapa Kemodenan dahulu malahan didoakan agar lebih baik dari itu. Aminnnn! ....



MASA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN DEMI KEBAIKAN NEGARA DAN RAKYATNYA!




8 komen:

D'Rimba April 2, 2009 at 9:15 PM  

Seburuk Paklah pun paling tidak dia bolehla juga jadi imam, menulis sajak bermakna macam tu, Ayat Al Quran sentiasalah juga terkeluar dari mulut dia. Sekarang ni kami lagila perlukan pemimpin yang boleh menjadi imam dengan sempurna barulah segala pertimbangannya sempurna menuju kesempuranaan berteraskan Islam sejati menuju keredhaan Ilahi. Tak payah nak banggala dengan pemimpin yang latarbelakang agamapun tak seberapa ala kadarje ni. Paling hebatpun dia akan tetap teruskan acuan barat sana sini.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه April 3, 2009 at 12:33 AM  

salam bro,

1. Tahniah kepada Najib. Semoga menjadi seperti allahyarham ayahandanya.
2. Selamat bersara Pak Lah. Pak Lah tetap seorang negarawan.

NOVUS April 4, 2009 at 8:35 AM  

Tahniah kepada DS Najib
Tahniah Tan Sri Muhyidin bakal TPM
Tahniah KJ Ketua Pemuda UMNO

TERUSKAN PERJUANGAN SETIAKAWAN KEMBALIKAN BUKIT SELAMBAU

Syammil April 4, 2009 at 2:25 PM  

alhamdulillah..penantian kita telah terjawab..

masa untuk bekerja keras.jangan diulang sejarah silam.jangan ada yang terleka dan terlalai.

AloQStaQ April 5, 2009 at 1:40 AM  

Saudara Amirhamzah,
YA! Selamat Bersara dengan Tenang TUN LAH!

Novus,
HE HE HE ... Setiakawan OR Setia Kat WanG?

Syammil,
Jom kita terus gempur demi parti tercinta yang akan menjamin masa depan generasi akan datang hidup aman damai dan sempurna - demi mengelakkan sebuah kerajaan Pakatan yang bakal meranapkan negara kerana di"beri arahan" oleh anasir luar!

NOVUS April 6, 2009 at 4:34 PM  

entah laa aloq setaq ,,,,,pujian ku hanya untuk yang menang tapi lebih kepada perli untuk SAPA YG setia kat WanG,,,,,,,,

hans April 13, 2009 at 5:59 PM  

buatlah yang terbaik seikhlas dan sekuat hati...

jitraguy April 20, 2009 at 11:56 PM  

Allah Hu AKbar, Hidup UMNO Hidup Melayu Hidup Tuanku

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP