Salam Hormat Kepada Seluruh Barisan Baru Kabinet & Kepimpinan UMNO DS Najib
Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada seluruh pelayar Blog ini,
AMPUN MAAF kerana sudah beberapa lama aku tidak menulis dan respon mengenai isu semasa politik tanahair di blog aku ini karena :
1. SIBUK SANGAT DENGAN PROSES KEHIDUPAN DEMI MENCARI SESUAP NASI KEPADA DIRI SENDIRI & KELUARGA,
2. KESEMPITAN MASA YANG MELAMPAU TERUTAMANYA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN DUNIA REALITI (BUKAN INTERNET)
3. DAN PALING UTAMA ADALAH : AKU MEMERHATIKAN GELAGAT POLITIK.
1. SIBUK SANGAT DENGAN PROSES KEHIDUPAN DEMI MENCARI SESUAP NASI KEPADA DIRI SENDIRI & KELUARGA,
2. KESEMPITAN MASA YANG MELAMPAU TERUTAMANYA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN DUNIA REALITI (BUKAN INTERNET)
3. DAN PALING UTAMA ADALAH : AKU MEMERHATIKAN GELAGAT POLITIK.
Hari ini (lebih tepat : Jumaat 24/April/2009) aku rasa mula terpanggil untuk menulis dan respon terhadap apa yang aku tak sempat respon sejak beberapa ketika yang lalu.
Pertama sekali, aku ingin memberi ucap TAHNIAH kepada TS Muhyiddin Yassin kerana telah dilantik sebagai TIMB. PERDANA MENTERI MALAYSIA dan memegang portfolio MENTERI PELAJARAN.
Keduanya, setinggi-tinggi TAHNIAH kepada idola aku DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR yang dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI. Dan tidak lupa kepada semua barisan Anggota Kabinet DS Najib, walaupun ada juga sorang dua yang aku tak berapa berkenan kerana "kurang sesuai" untuk dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang disukai/bersih untuk diberi jawatan kabinet.
Keduanya, setinggi-tinggi TAHNIAH kepada idola aku DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR yang dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI. Dan tidak lupa kepada semua barisan Anggota Kabinet DS Najib, walaupun ada juga sorang dua yang aku tak berapa berkenan kerana "kurang sesuai" untuk dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin yang disukai/bersih untuk diberi jawatan kabinet.
Kalau merujuk TUN DR.M yang merespon pada wartawan kelmarin, dua nama disebut Tun Dr.M tu, memang dah ada dalam list aku, selain tu ada lagi sorang dua yang aku tak berkenan, tak perlu aku sebut, tapi rasanya pelayar Blog aku ni pun sedia maklum jugak ...
Tapi yang agak menyedihkan bukanlah barisan keanggotaan kabinet DS Najib tu, kerana bagi aku, ianya "sudah agak lengkap". Tidak ada cela sangat mengenai barisan kabinet ini. Apa yang menyedihkan adalah pada HARI INI apabila selepas diumumkan barisan kepimpinan UMNO. Secara peribadi, bagi aku ianya agak "lompong" ...
Barisan kepimpinan yang diputuskan oleh Mesyuarat MT UMNO Pertama yang diPengerusikan oleh DS Najib ni nampaknya jauh dari kehendak aku (dan mungkin ramai orang lagi) ....
Aku SKOPkan kepada negeri Kedah, nampaknya pengguguran DS Mahadzir Khalid adalah langkah terbaik untuk memulihkan UMNO Kedah! Tetapi digantikan dengan seorang yang bersih dari Sabah pula, bagi aku agak "kurang" sesuai, TETAPI aku tetap terima sepenuh hati Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Cuma pada aku, agak lebih padu jika TS Muhyiddin dapat berada di tempat tersebut. Apapun, aku yakin DS Shafie akan dapat memacu UMNO Kedah setanding dengan TS Muhyiddin yang aku amat harap-harapkan sebelum ini.
Sayangnya, tempat Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, dikekalkan kepada Datuk Ahmad Bashah. Aku rasa dan kepingin sangat untuk tempat ini digantikan dengan idola aku dan idola ramai lagi umat manusia di Negeri Kedah ni iaitu DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR. Bukanlah untuk menidakkan keputusan Presiden & MT UMNO yang bersidang tadi, tetapi hasrat aku agar UMNO Kedah diberikan suntikan dan nafas baru. Bukan juga niat untuk menidakkan kepimpinan Datuk Ahmad Bashah, tetapi eloklah perubahan di Kedah dilakukan secara total dan menyeluruh!
Biarlah nampak pedih sedikit dengan mengetepikan "orang lama" di Kedah, asalkan semangat baru dan azam baru UMNO Kedah dapat dipulihkan. Kalaupun tradisi telah menetapkan seseorang yang patut dilantik sebagai Pengerusi/Timb.Pengerusi Perhubungan Negeri perlulah Ketua Bahagian (di titik beratkan jika beliau juga seorang ADUN/MP), pada aku eloklah tradisi tersebut diubah sedikit kali ini. Demi kebaikan UMNO Kedah. Demi kebaikan rakyatnya.
UMNO Kedah pada pandangan aku, sudah kritikal sejak pilihanraya ke-12 pada March 2008 lalu. Nafasnya turun naik seperti seorang yang semput dan penat berlari 25km tanpa henti. Macam tak cukup oksigen. Macam tak cukup udara. Ruang yang luas patut dibuka kepada kepimpinan baru. BERANI BERUBAH adalah ubatnya, tetapi nampaknya skrip lama masih digarap bersama skrip baru .... takut kesannya akan lambat "pick-up" ... bimbang sebelum sempat mencapai level terbaik - pilihanraya 13 pun menjelang! Tak ke haru ??? ......
Selain SKOP di Kedah, aku juga agak terperanjat dengan kehadiran semula seorang yang telah disahkan bersalah kesalahan RASUAH di waktu Pemilihan UMNO baru-baru ini. Sudahlah beliau dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, DS Ali Rustam juga dilantik sebagai MT !?... Kenapa ini boleh berlaku? Apakah ini satu tindakan wajar? Bagi aku, ianya amatlah tidak wajar dan inilah lompong besar yang aku nampak hari ini - dan aku sedih sangat!
Mungkin DS Najib dan TS Muhyiddin serta barisan MT yang bersidang tadi ada alasan yang kukuh untuk menjawab mengenai tindakan ini, tapi aku bimbang, ianya menjadi peluru besar bagi pihak lawan terus-terusan melabelkan UMNO tidak dapat lari dari Rasuah dan Perasuah (Khasnya yang telahpun didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Parti sendiri!) ... Ini memang peluru "makan" tuan.Jadi, dengan hati yang berat aku menulis hari ini memberikan pendapat peribadi aku sebagai seorang insan kerdil yang tidak ada sebarang jawatan penting dalam parti. Aku akui suara aku bukanlah besar, tetapi aku sayang parti aku sangat.
Aku perlu suarakan ini semua, dimana suara ini juga MUNGKIN keluar dari puluhan, malahan ribuan, malahan mungkin puluhan ribuan atau ratusan ribu mulut Rakyat/akar umbi yang lain!
Aku perlu suarakan ini semua, dimana suara ini juga MUNGKIN keluar dari puluhan, malahan ribuan, malahan mungkin puluhan ribuan atau ratusan ribu mulut Rakyat/akar umbi yang lain!
Lebih menakutkan jika suara seperti ini juga keluar dari JUTAAN PENGUNDI yang akan menentukan SURVIVAL parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu pada PILIHANRAYA KE-13 nanti ........
Apapun, aku tetap mendoakan - Semoga yang terbaik untuk UMNO.
Semoga Allah dapat memberi RahmatNya kepada UMNO & ahli²nya.
Semoga UMNO dapat bangun semula membela Agama, Bangsa & Tanahair ini ...
BERANI BERUBAH!
AloQStaQ
25 April 2009
Pagi Sabtu : 1.30 AM
(Tak boleh tidur malam ni .... )
9 komen:
Saya percaya setiap keputusan telah dibincang dan difikir secara mendalam oleh PM dan TPM. Ianya mengambil kira segala kepentingan negara baik yang tersurat atau tersirat. Semoga barisan kabinet baru dapat memulihkan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional.
Mungkin sokongan utk Ali Rustam terlalu kuat di Melaka maka dilantik jua. Tapi bagaimana pula nanti respon dari rakyat negeri-negeri lain? bagaimana pula kesan jangka panjang?
assalamualaikum..
bro, nak dgr komen bro pasal keputusan kabinet berhubung pemelukan islam kanak2..just want to share what say you? tq =)
Sikap nazri menghangatkan kembali suasana sehinggakan nama joe barrom juga dikaitkan. Aku lebih suka nama-nama yang menjadi liabiliti ni diperam dari pesada politik tertinggi UMNO.
aku rase pon kureng juga laaa tentang pengerusi perhubungan UMNO ,, biarlah kita terima jugak shafie afdal harap dapat tunjuk sikit cara cara depa guna kat malaysia timur tuuu ,,, cuma ahmad bashah biaq p laa ok apa ,,,takkan nak bagi kat yang kalah hari tu kot ,,, kira nasib baik laa iksan bapa dia bagi najib lantik timbalan menteri kita tgk prestasi dia kalu ok sure pengerusi pon kita bole lantik dia lepas nieeee
Bro..
Kelab Cinta Sayang esok..2hb May...pukoi 8.30...jemput semua bloggers wilayah utara untuk hadir...TQ...
Promote sikit bro...hehhe..
Asalamualaikum.....
Woit, hang ni tak abih-abih dengan mukhriz, minat betoi hang dekat mukhriz. Tapi, apa-apapun, idola kita dah jadi Timbalan Menteri. Tak macam yang lagi sorang tu (KJ), apa jawatan pun tak dapat.
Ini menunjukkan, DS Najib tak iktiraf kemenangannya.
* esok aku balik kola, kita lepak kat kedai kopi. ok........
hopefully...they're doing their best for us
Post a Comment