Thursday, May 7, 2009

DAPas : Untungkan PKR!

DAP + Pas = DAPas

Aku amat tertarik dgn perkataan ini (DAPas) yang sering digunakan beberapa forumer dilaman2 web forum. Dan aku cuba merungkai disebalik perkataan tersebut yakni gabungan intim DAP dgn Pas lalu memberi laba kepada PKR.

DAP yg dulunya memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Pas pula yang dulunya kuat memperjuangkan NEGARA ISLAM, nampaknya sudah mempunyai titik temu selepas kehadiran Anuwar sebagai "think-tank" Pakatan Rakyat melalui PKR.

Tahniah kepada DAP dan Pas kerana telah berjaya diperkotak-katikkan!

Tak terfikirkah para pengundi dan pengikut Pas kesan pangkahan mereka kepada gabungan ini? DAP tidak pernah sekalipun menerima konsep Perjuangan Pas utk membentuk sebuah Negara Islam.

Tetapi kenapa Pas kini sanggup bergelumang dgn "najis" ini demi utk berjaya dlm pilihanraya secara bekerjasama dengan DAP?

Pastinya Anuwar memainkan peranan yg cukup hebat dalam perkara ini. Aku sebagai Melayu Islam tidak sanggup memangkah DAP yg terang2 tidakkan setuju dgn Islam utk matlamat No.1 negara.

Tetapi kenapa orang Pas sanggup pula ? Ada yg tidak kena disini. Semua ini kerana permainan politik Anuwar. Hati-hati semua org2 Pas! Anda jgn musnahkan ideologi sendiri demi PKR (khasnya memuaskan nafsu serakah Anuwar ini) !

Konsep kesamarataan mainan Anuwar ini boleh memakan diri Pas sendiri. Jgn menang sorak, tetapi kampung tergadai. Di kampung-kampung dan pendalaman aku pasti, belum ada majlis ceramah Pas yg "berani" memasang bendera DAP di pentas ceramah mereka (KHASnya majlis yang penceramah PAS sahaja yang berceramah).

Inikah cara berpolitik demi Islam oleh Pas? ... di depan orang kampung, cakap lain, depan orang bandar, cakap lain pula .... Para orang kampung terpedaya apabila dalam ceramah di tempat mereka (kampung & pendalaman) berdegar-degar penceramah PAS mengatakan "ISLAM ADALAH KEUTAMAAN PAS & NEGARA ISLAM ADALAH MATLAMAT PERJUANGAN PAS" ...


Padahal, di depan orang bandar pulak, sewaktu berceramah bersama DAP & Keadilan, (khususnya di depan majmuk) penceramah PAS langsung tidak berani menyebut matlamat NEGARA ISLAM tersebut! Fikirkan kenapa? INI SEMUA LAKONAN (Hipokrit!).

Ada yang tidak kena dengan PAS sekarang (sejak berselimut dengan DAP & PKR).

Ini semua mainan auta Anuwar yang memperkudakan PAS dan DAP demi mencapai matlamat peribadinya (untuk menjadi PM).

Kini kecoh pula dalam PAS sendiri yang berantakan antara dua team "ULAMAK" dan "ERDOGAN" ... Kalaulah aku dalam PAS, aku berani katakan, aku sayangkan dan akan sokong team "ULAMAK" kerana inilah perjuangan sebenar dan murni parti PAS selama ini. Tetapi, sayangnya begitu ramai ahlil PAS yang terpedaya dengan "racun-racun" puak Anuwar yang menusup lebih awal dalam PAS untuk merobah prinsip perjuangan murni PAS selama ini.



Ramai ahli PAS kini yang menyokong team "ERDOGAN" sehinggakan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden PAS menjadi "mangsa" kekusutan. Tuan Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasha bagi aku, adalah antara insan yang masih kukuh dan berani mempertahankan prinsip PAS asal iaitu ingin "MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM" .... urustadbir mereka adalah menuju ke arah itu, cuma agak kurang menyerlah "demi menjaga hati" rakan satu selimut mereka yakni DAP.



Lihat Video Di bawah untuk FULL VERSION Anwar Tolak Negara Islam (tanpa suntingan).



Tetapi yang menghairankan, ada pula pemimpin lain dalam PAS yang cuba untuk mengubah dasar sediaada dengan ingin menjadikan PAS sebagai "PARTI BERKEBAJIKAN KEPADA SELURUH RAKYAT" (sehingga menenggelamkan KONSEP ASAL PAS UNTUK PENUBUHAN NEGARA ISLAM SELAMA INI!) .... Nahhh! Inilah Kejayaan Anuwar! Racun yang berjaya disusup masuk oleh Anuwar dan puaknya ke dalam PAS! Anuwar menghantar puak "ERDOGAN" untuk menjahanamkan prinsip asal PAS dari dalam !!

Dahulunya, PAS tidak sanggup bersekongkol dengan DAP, kerana landasan perjuangan dua parti ini LANGSUNG TIDAK SAMA! Tetapi, oleh kerana adanya "Mastermind Pakatan" (si Anuwar durjana ini), maka PAS sudahpun melupakan prinsip.

PAS mengHALALkan ahlinya memberi undi kepada DAP. Asalkan orang DAP juga memberi undi kepada PAS - demi semata-mata untuk menghancurkan UMNO & BN. Ini sudah membuktikan bahawa benarlah kata-kata Tok Guru Nik Aziz, "PAS sanggup berkawan dengan Syaitan demi menang pilihanraya".

Sesungguhnya SESUATU MATLAMAT ITU, BUKANLAH UNTUK MENGHALALKAN CARA MEMPEROLEHINYA.



PAS kini sudah jauh terpesong. DAP juga sudah jauh dipermain-mainkan oleh PKR dan de'Factor nya ... Akhirnya yang mendapat durian runtuh adalah Anuwar & puak PKRnya.

Sampai di satu ketika nanti, orang-orang MELAYU ISLAM PAS akan menyesali perbuatan mereka sendiri yang berjuang meranapkan Islam padahal parti mereka adalah PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

DAPas, hanyalah untuk menguntungkan Anuwar bin Iberahim!

Setidak-tidaknya PAS elok benar tinggalkan Pakatan Rakyat dengan segera dan berjuang sendirian seperti dulu! ... kalaupun TIDAK MAHU bersekongkol dengan UMNO.

Demi mendaulatkan kembali prinsip perjuangan asal PAS.

DULU :
PAS KATA NAK JADIKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM,

DAP TAK MAHU!
MAKA, PAS PUN TAK MAHU KAWAN DENGAN DAP
(AKHIRNYA, GAGAL SUDAH BARISAN ALTERNATIF .... )

KINI :
PAS MASIH SEBUT SECARA "SLOW-SLOW" ... SEBUT NAKKAN NEGARA ISLAM,

DAP MASIH TAK MAHU LOOOO!
PKR PULA TAK KOMEN APA-APA, (JAGA HATI KONONNYA!)
CUMA PKR CAKAP, DEORANG NAK SAMARATAKAN KAUM & HAK (AGAMA?) ....


AKHIRNYA, ANUWAR KOWTIM DENGAN PEMIMPIN PAS SUPAYA MASUK PAKATAN DENGAN DAP, TAPI MINTA PAS UBAH KONSEP SIKITTTT AJE - Sikitttttttttt ajeee,

IAITU = PAS PERJUANGKAN NEGARA BERKEBAJIKAN.
DAP SETUJULAH KALAU BEGITU! Bagus! Bagus!
ASALKAN JANGAN SEBUT PERJUANGKAN NEGARA ISLAM, It's OK maaa!


MAKA, ANUWAR PUN BOLEH GELAK GULING-GULING!
DIA BERJAYA "KENAKAN" PAS !

Apapun, PAS OK AJA, ala-ala macam pertubuhan Islam OIC ... ooooo! I see .... (menerima pendapat Anuwar, angguk macam orang bodoh!)

Dan, pepatah ni amat sesuai untuk PAS :

LAIN ULU, LAIN PARANG,
LAIN DULU, LAIN SEKARANG.
Itulah PAS.



Percayalah kata-kata ku ini kerana ianya adalah benar.
(Dari aku, seorang UMNO yang menghormati perjuangan asal PAS).

.

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP