Saturday, September 13, 2008

Pemuda Kuala Kedah : UNDILAH FAKHRUDDIN!!!


FAKHRUDDIN HJ AHMAD, calon bertanding jawatan KETUA PEMUDA BHG. KUALA KEDAH untuk Sessi Pemilihan UMNO 2008

SEDIKIT LATAR BELAKANG FAKHRUDDIN

Beliau merupakan seorang anak muda yang dihormati kawan dan lawan di peringkat Cawangan dan Bahagian. Beliau seorang anak tempatan dalam Bhg.Kuala Kedah yang berasal dari Kg.Gunong Keriang dan beliau sudah biasa sangat dengan kawasan ini serta penduduknya.

Beliau banyak berjasa di peringkat akar umbi Pemuda untuk membantu jentera parti UMNO/BN dalam Cawangannya serta Bhg.Kuala Kedah. Beliau terlibat secara aktif dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh parti, tak kira masa dan tak pernah kenal erti penat.

Baru-baru ini Fakhruddin telahpun dipilih sekali lagi sebagai Ketua Pemuda Cawangan Gunung Hilir, bagi penggal ketiga. Cawangan Gunung Hilir merupakan cawangan yang mempunyai ahli Pemuda paling ramai dalam Bahagian Kuala Kedah (iaitu seramai 80 org ahli Pemuda UMNO).

Cawangan Gunung Hilir diketuai oleh Ketua Cawangannya : Dato' Haji Zakaria Bin Said (mantan ketua Bhg.Kuala Kedah, yang juga Bekas Exco Negeri, dan Ahli Parlimen Kuala Kedah).

Penglibatan Fakhruddin di peringkat Bhg.Kuala Kedah sekarang, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian dan beliau juga adalah AJK Pemuda Bahagian sejak beberapa penggal lalu. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Kelab Sukan Komuniti DUN Anak Bukit dan telah berpengalaman luas dalam penganjuran aktiviti sukan Pemuda.

Pada setiap PRU sejak PRU10, 11 dan 12, beliau sentiasa memberi khidmat membantu parti secara aktif dan beliau tidak pernah terlepas dalam setiap Pilihanraya Kecil yang diadakan (di Semenanjung) dalam membantu jentera Kempen Pilihanraya Kecil bagi Barisan Nasional.

Atas kecekalan dan mutu kerja beliau kepada UMNO dan masyarakat setempat di Bhg.Kuala Kedah, maka beliau telah dikurniakan pingat PJK (Pingat Jasa Kebaktian) oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Pingat ini adalah antara bukti nyata beliau adalah seorang yang berkhidmat untuk Masyarakat setempat.

Sudah pastinya beliau adalah seorang yang berjiwa pemimpin, beretika dan tidak suka melihat UMNO rosak dengan gejala politik wang. Sentiasa tenang (tidak gelojoh) dan mempunyai karisma dalam melakukan sesuatu demi kejayaan parti, semangatnya kental untuk menjadikan anak bangsa perkasa melalui wadah UMNO.

Ramai anak muda dalam UMNO Bahagian Kuala Kedah, sudah mengenali sifat luhur Fakhruddin yang sentiasa baik dan mesra dengan semua lapisan usia. Inilah pemimpin Pemuda yang boleh menjadi harapan Pemuda Kuala Kedah.

Walaupun kini , terdapat gerakan serangan bertubi-tubi terhadap keperibadian beliau di segenap peringkat akar-umbi dan pertengahan - demi menjatuhkan maruahnya dan mengaibkan keperibadiannya, beliau dengan sabar dan merendah diri menangkis segala tohmahan tersebut sedaya upaya yang termampu.

Provokasi ditepisnya dengan fakta-fakta kukuh - TERBUKTI, bahawa beliau adalah seorang yang berjuang di landasan yang betul demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Seorang yang benar-benar sayangkan parti UMNO : Satu-satunya parti wadah perjuangan orang Melayu.

Sayangilah Parti kita... Sayangilah UMNO ... dengan kasih sayang yang IKHLAS sahaja, dapat menjaga parti ini dari musnah. Inilah parti wadah kita. Demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Prinsip Fakhruddin : BERJUANG HANYA DEMI PARTI. KERANA PARTI UMNO SAHAJA MAMPU MENJAMIN HAK BANGSA MELAYU, AGAMA ISLAM DAN TANAHAIR TERCINTA.
Katakan TIDAK kepada POLITIK WANG!.... Rapatkan dan kuatkan gerakan Pemuda Kuala Kedah. Segerakan pemulihan parti demi menjana kekuatan dan mengembalikan kegemilangan UMNO Kuala Kedah seperti yang dibanggakan masyarakatnya pada suatu masa dulu ....

BERANI BERUBAH!
_______________________

AloQStaQBlog menyeru : UNDILAH FAKHRUDDIN! - demi meneruskan perjuangan Pemuda pada landasan yang betul dan memulihkan kekuatan parti kita pasca PRU12 untuk berhadapan dengan PRU13 yang mendatang!.... Demi KEMENANGAN DATO' MUKHRIZ sebagai KETUA PEMUDA UMNO, saya akan sokong FAKHRUDDIN yang PASTI MEMBERI UNDI KEPADA DATO' MUKHRIZ! .......

BERANI BERUBAH !!!
_________________


Ulang Cetak tanpa mengubah isi dan fakta aktikel ini : ADALAH DIBENARKAN DAN DIALU-ALUKAN TANPA PERLU MEMINTA KEBENARAN PENULIS.


Saya Yang Benar : AloQStaQ

Untuk Membaca Selanjutnya mengenai SOKONGAN SETIA FAKHRUDDIN : Sila Layari URL ini : http://aloqstaqblog.blogspot.com/2008/08/go-fakhruddin-undi-fakhruddin-untuk.html

5 komen:

Anonymous September 13, 2008 at 2:17 AM  

when will you go online?

Anonymous September 13, 2008 at 2:18 AM  

wow, very special, i like it.

Anonymous September 13, 2008 at 2:20 AM  

its good to know about it? where did you get that information?

Anonymous September 13, 2008 at 2:24 AM  

very cool.

Anonymous October 22, 2008 at 8:08 PM  

Pemimpin datang dan pergi.Dan setiap pemimpin datang dengan berbagai janji,rakyat mengharap,menanti.Moga, pemimpin yang akan datang ini mampu mencorakkan rakyat dengan minda kelas pertama,minda persaingan dan melihat sesuatu dari luar batas diri.
Walaupun mungkin kuah tumpah ke nasi, tapi harapnya kuah ini sepedas dan sesedap kuah yang dulu,kuah yang menyedapkan hidup kita selama 23 tahun.
MUKHRIZ-MAHATHIR.Semoga berjaya.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP