Monday, September 15, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M : 15 Sept 2008 : Topik MALAY UNITY AND MALAYSIAN UNITY (Published by Tun : 8:27 AM )

Tun Ayahanda kami yang dihormati ...

Salam Ramadhan hari ke-15.
Didoakan semoga Tun berdua sentiasa tenang mengerjakan ibadah di bulan mulia ini dan sihat walafiat sepanjang masa. Aminn ....

(Tun Dr.M kanan sekali pada Majlis Berbuka Puasa Bersama YDP Agong, turut kelihatan YDP Agong, TPM DS Najib, petugas Istana dan seorang lagi tetamu - Gambar dipetik dari New Strait Times : 09-09-2008).

Tun,
Pada tahun 1969 terjadi sedikit perselisihan yang membawa kepada satu lipatan sejarah hitam kepada hubungan antara kaum di Malaysia akibat dari kealphaan rakyat menghargai hidup harmoni. Sejarah tersebut sepatutnya menjadi ikhtibar bagi sekalian penduduk tanah ini agar lebih bersikap lebih bertoleransi dan muhibbah di antara satu dengan yang lain untuk keamanan sejagat.

Saban tahun, iklan-iklan Hari Raya Aidil Fitri/mahupun hari-hari perayaan lain seperti Gong Xi Fa Cai dan Deepavali (termasuklah Sambutan Hari Kemerdekaan Negara) menayangkan filem-filem pendek sebagai iklan mereka yang menceritakan mengenai kesepakatan rakyat Malaysia berbilang kaum menyambut setiap perayaan kaumnya dan kaum yang lain dengan begitu harmonis dan rukun damai sekali.

Apakah itu hanya satu lakonan dalam bentuk yang dirakamkan sebagai filem pendek? ... bagi saya, saya mengatakan tidak. Ianya bukan sekadar filem iklan, tetapi ianya berdasarkan apa yang berlaku sebenarnya di Malaysia.

Ini memberi gambaran jelas bahawa begitu indahnya Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan adat resam. Etnik yang pelbagai ini menghasilkan Malaysia yang diwarnai dengan satu jalinan rakyat yang dapat membangunkan negara secara berpasukan. Inilah yang pernah kami semua rasa selama ini.

Semuanya terhasil bukan sekadar bergantung kepada rakyat yang menjaga keharmonian mereka semata-mata, tetapi kejayaan formula berbilang kaum di Malaysia juga adalah berpunca dari kepimpinan negara. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab mengekalkan keharmonian.
Pemimpin yang ikhlas serta dihormati, dapat menjaga segenap lapisan rakyat dengan baik dan saksama. Jelas sekali selama ini Kerajaan Malaysia (sejak Perikatan dan kini Barisan Nasional) berupaya meyakinkan rakyat untuk memimpin mereka secara baik dan dihormati.

Sejak zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad rakyat selesa dan bahagia. Faktor dan puncanya hanya satu, kepimpinan yang dihormati, tak kira kawan mahupun lawan. Sayangnya kini, kepimpinan sudah tidak mendapat "restu" dan "respek" oleh kawan (rakyat) dan lawan (pembangkang). Gara-gara kerana kelemahannya mentadbir dan pastinya tidak dapat mengekalkan rasa hormat rakyat kepadanya, seperti kepimpinan pemimpin sebelum. Signal rakyat telah diberikan pada Pilihanraya Umum yang baru berlalu, tetapi beliau masih lagi mempertahankan dengan mengatakan rakyat masih memerlukannya.

SilaLAH sedar. Anda patut memberi laluan kepada pengganti untuk mengembalikan rasa hormat rakyat.

Pada pengamatan saya, rakyat secara majoriti sebenarnya tidak sukakan unsur-unsur perkauman dalam politik. Mereka lebih selesa dengan formula sedia ada sebelum ini yang telah terbukti dapat menjamin keharmonian antara kaum. Pembawakan sebuah parti baru (Parti Kelentong Rakyat) yang ditubuhkan pada mulanya untuk berjuang MEMBEBASKAN SEORANG PESALAH LAKU SEKS LUAR TABII kini sudah bertukar prinsip kononnya untuk kesamarataan sejagat. Ini adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang sayangkan kedamaian yang pernah dikecapi selama ini.

Cuma, jika dilihat seolah-olah "penerimaan" yang kelihatan agak drastik terhadap Parti Kelentong Rakyat ini pada PRU baru-baru ini adalah terhasil dari PROTES yang tercetus akibat penolakan rakyat kepada kepimpinan lemah sedia ada. Pemimpin yang hanya "SYOK SENDIRI" tanpa mempedulikan perasaan rakyat yang dahagakan sebuah kepimpinan baik, dihormati dan berkredibiliti seperti sebelum ini.

Semoga pemimpin yang sudah tidak disukai rakyat itu, sedar dan segerakanlah peralihan kuasa. Demi untuk menjamin formula berbilang kaum hidup harmoni dengan satu permuafakatan serta hormat-menghormati yang diamalkan sejak sebelum Merdeka akan terus segar dan terlaksana sebaiknya oleh penggantinya dari parti yang sudah berjasa selama ini - Barisan Nasional.

Tak perlulah "try and error" kepimpinan kononnya kesamarataan yang membohongi rakyat berbilang kaum di Malaysia, pastinya kehancuran menunggu di hadapan jika formula sediaada selama ini diketepikan.

TURUN LAH SEGERA !Berilah laluan dan masa yang cukup untuk pengganti memperbaiki parti dan negara yang kini sudah goyang dihentam badai. Rakyat pasti kembali untuk menguatkan parti dan negara seperti sebelum ini jika kepimpinan lemah turun....


BERANI BERUBAH !
BERANI BERUBAH !
BANTU TUN UNTUK MEMBANTU KITA SEMUA !

AloQStaQ
(15-Sept-2008 : 10.10AM)

1 komen:

Anonymous September 15, 2008 at 12:11 PM  

yeah! its much better,

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP