Thursday, September 11, 2008

KOMEN AKU di Blog TUN Dr.M : 10 Sept 2008 : Topik THE SOCIAL CONTRACT 3 (Published by Tun : 5:17 PM)

Salam Perjuangan Tun Dr.M yang dikasihi!
Salam dan Doa semoga Tun Berdua sihat walafiat sentiasa,
Salam Tahniah dengan keputusan Tun kembali kepangkuan UMNO!

Tun,

Cakaplah Tun, ulanglah Tun, berulang kali dan acap kali sehingga semua orang sentiasa tahu , sentiasa ingat dan sentiasa faham ... supaya orang tidak lupa mengenai persetujuan murni kontrak sosial yang telah di metrai pada suatu ketika dulu - dan mohon Tun sentiasalah ingatkan semua orang perkara tersebut - bahawa ianya satu formula luarbiasa yang dapat menjaga keharmonian kaum-kaum di Malaysia!

Kontrak yang bukan untuk kepentingan hanya sesuatu kaum sahaja, tetapi telah terbukti - ianya persetujuan bersama demi perpaduan yang membawa kepada : SEMUA MENANG. Ini baru betul di katakan MENANG - MENANG ... kalau nak KALAH pun, semua KALAH-KALAH ... Tiada yang terlebih menang dalam persetujuan ini ...

Ini yang patut ditanam, diingatkan berulang kali secara sentiasa agar generasi yang mewarisi negara ini tidak alpha dan lalai serta terlupa akan persetujuan yang telah termetrai oleh pemimpin-pemimpin dulu (demi kesejahteraan generasi masakini dan akan datang) ...
AbDolah patut faham akan hal ini.Jika beliau berpegang teguh dengan kefahaman ini, maka kepimpinannya dapat menangani permasalahan kecil yang berlaku agar terus padam ... bukannya dengan cara membiarkan masalah yang asalnya kecil, tetapi kian merebak menjadi agak besar dan membengkak! Sepatutnya ia mesti dicegah dari awal-awal lagi. Jangan terlalu lemah dalam menangani hal sebegini.
Saya nampak dengan kembalinya Tun kedalam parti yang kita sayang ini, dapat memberikan kembali suntikan semangat kepada kami ahli akar umbi parti untuk bersama-sama Tun mengembalikan parti ke dalam landasan yang tepat, kerana kini nampaknya songsangan parti ini telah menyimpang dan agak jauh tersasar dari landasannya ... kami rindukan parti kami seperti suatu waktu dulu, di waktu ianya dipimpin oleh seorang Doktor yang bukan sekadar mampu merawat pesakit, tetapi Doktor tersebut yang menjaga rakyat seluruh negara! ....

Saya menyeru kepada sahabat-sahabat bloggers dan pengunjung laman chedet: "BANTU TUN UNTUK MEMBANTU KITA!" ... "BERANI BERUBAH!" ...

AloQStaQ




4 komen:

Sutera Timur September 11, 2008 at 2:24 AM  

Syukurlah kita kpd ALLAH dgn berkat bulan ramadan telah membuka hati Tun untuk kembali kepgkuan umno.Saya dapat rasakan sebenarnya dulu bukan Tun hendak keluar Umno tetapi kerana beliau dicabar oleh seseorg lebih lebih lagi nasihatnya lgsung tidak dihiraukan.Saya berharap selepas ini kita harus hulurkan telinga untuk mendengar dan bersatu dalam membina bangsa ,negara dan agama.Janganlah kita nak tunjuk sombong danbongkak untuk mendengar pandangan dan fikiran yg baik demi kebaikan semua rakyat.Kan pepatah kita ada mengatakan bahawa bersatu teguh danbercerai roboh.Janganlah kerana nak tunjuk pandai akhirnya terburai semuanya dan tergadai maruah negara yg telah lama kita bina.Ingatlah bukan mudah hendak membina negara tetapi sangat mudah meruntuhkannya kalau tidak kena caranya.Ini juga menunjukan bukan mudah dan semua orang boleh jadi pemimpin....Rakyat memang sedang tenat dan dalam keadaan celaru dan perlukan seorang DR. UNTUK MERAWATNYA KINI......amin ..Semuga ALLAH MERESTUINYA..

QasehNuryz September 12, 2008 at 1:17 PM  

salam bro..
chk emel..i ada anta one article.

Anonymous September 12, 2008 at 8:37 PM  

hang ni pemuda umno kuala kedah.bukak kedai di pekan kuala kedah tu ka?sayangnya blog hang ni lebih kpd perjuangan individu..tpi tu hak hang la.aku respect.tp at least hang kena fair skit.sapa2 yg cabaq fakharudin tu hg kena bagi gak info kekuatan dia.biaq ahli menilai.

AloQStaQ September 12, 2008 at 11:57 PM  

Saudara Anonymous,

Tidak tepat tekaan Saudara, saya bukan orang yang saudara maksudkan (yang buka kedai di pekan Kola Kedah). Saya orang yang kampung asal tak berapa jauh sangat dengan kampung Fakhruddin.

Actually, memang saya memperjuangkan individu. Aku akui 101% sebab saya akan hanya memperjuangkan orang yang PASTI akan memberi undinya kepada Calon Ketua Pemuda Malaysia yang bernama DATO' MUKHRIZ BIN TUN DR.MAHATHIR. Ini lah tujuan saya menyokong individu tersebut.

Alasan kenapa saya tidak memberikan sedikit maklumat untuk para pembaca mengenai lawan kepada Fakhruddin? Ianya semata-mata saya TIDAK MAHU BIAS/BERAT SEBELAH dalam menilai seseorang yang bukan pilihan saya sebagai calon.

Saya tahu dan kenal banyak mengenai Fakhruddin. Saya juga agak tahu banyak mengenai lawannya. Eloklah saya berdiam diri dalam memberi perbezaan antara mereka. Kerana bagi saya, cukuplah sekadar saya menilai dan review kebaikan Fakhruddin TETAPI saya tidak memburukkan sesiapa.

Memberi satu pandangan baik kepada para pembaca terhadap Fakhruddin adalah tanggungjawab saya kerana sekarang, saya amat kesiankan Fakhruddin yang ditohmah dan difitnah keterlaluan oleh orang-orang yang "mungkin" berkepentingan sesuatu ... Entah kenapa, saya begitu tidak selesa dengan pertandingan jawatan KP di Kuala Kedah kali ini kerana saya dah dapat beberapa panggilan telefon yang tidak sepatutnya saya terima - MUNGKIN orang-orang yang menalifon saya tu tahu stand saya sebagai orang Dato'Mukhriz rasanya....! - PAYAH SUNGGUH!...

Saudara Anonymous,
Pilihlah yang terbaik untuk mempimpin Pemuda Malaysia kali ini ... Dato' Mukhriz pasti dapat mengembalikan kekuatan UMNO demi menghadapi PRU13 yang akan datang. Sesiapa yang sealiran Dato' Mukhriz sepatutnya menjadi pilihan untuk landasan kepada Dato' Mukhriz. Saya minta maaf jika saya agak tidak sejalan dengan Saudara Anonymous ... nantikan satu lagi artikel saya mengenai Fakhruddin - sokongan rasmi AloQStaQBlog untuk KP Kuala Kedah . BERANI BERUBAH !

AloQStaQ

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP