Tuesday, September 9, 2008

TUN AKAN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO - Muhyiddin (Terkini : MStar Online : 09-09-2008 1:45PTG)

ALHAMDULILLAH !!!


KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin Sabtu lalu.

Muhyiddin mendedahkan perkembangan tersebut di sini sebentar tadi berkata: "Dr. Mahathir sendiri menyatakan hasrat untuk kembali kepada Umno."


Kata Muhyiddin, beliau telah menemui Dr. Mahathir atas permintaannya minggu lalu.

Malah, jelas Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menyampaikan hasrat tersebut kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam. -MStar Online (Siaran 09-09-2008).

================
AloQStaQ menulis :

TUN KEMBALI KE PANGKUAN UMNO PADA MASA YANG TEPAT UNTUK MEMBANTU PARTI & MEMULIHKAN NEGARA YANG KINI KRITIKAL DENGAN MASALAH PERKAUMAN YANG TIDAK DAPAT DITANGANI DENGAN BAIK OLEH ABDULLAH AHMAD BADAWI .... !!!

Walaupun Tun Dr.M pernah berhasrat untuk masuk UMNO kembali jika AbDolah sudah turun dari jadi PM & Presiden UMNO, tapi beliau mengenetepikan hasrat tersebut kerana keadaan kini sudah PARAH kepada UMNO ... Dan MALAYSIA hampir di ambang pergolakan kerana masalah negara yang tidak ditangani dengan sebaiknya ...

BANTU TUN UNTUK MEMBANTU KITA ! ......
BERANI BERUBAH !

AloQStaQ

4 komen:

QasehNuryz September 10, 2008 at 4:05 PM  

heyya bro.jumpe blog ni kat chedet.yeah..happy to hear Tun nk join UMNO blk..harap ade perubahan utk pjuangan melayu

Anonymous September 10, 2008 at 4:56 PM  

hm... bagosla kalu TUN da tekad nak bantu UMNO kite yang tengah tunggang langgang nih... arap dengan kemasukan TUN ramai la rakyat yang sokong UMNO balik... sbabnye org kate TUN ni banyak penyokong... tak caye tengok blog die je dah laa... yang komen tu skali anta beratus2 sampai beribu...

AloQStaQ September 11, 2008 at 12:27 AM  

TQ to qasehnuryz n mr.anonymous!
InsyaAllah Tun boleh membantu kita seandainya kita juga membantu Tun ...

Tun tidak dapat bergerak berseorangan - bagitu juga kita . Kita dan Tun saling memerlukan.

Itulah pengorbanan Tun sewaktu dirinya kini sudah terlalu tua untuk berkhidmat untuk kita dan generasi masa depan, tetapi beliau gagahkan juga ....

Terima kasih kepada Tun dan sekalung penghargaan terhadap Tun yang masih sudi membantu kita dan negara.

AloQStaQ

haniesyafique September 25, 2008 at 10:29 PM  

sayang tun....idola aku dr kecik sampai la ni....

go mukhriz for ketua pemuda umno malaysia !!!!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP