MUKHRIZ untuk NAIB PRESIDEN ! ... MARI SEMALAYSIA KITA SOKONG ! ...
Genap 3 Bulan sejak 19 JUN 2013 yang lalu, Blog AloQStaQBlog ini tidak bergerak, akibat kerana kesibukan dan tugas hakiki untuk terus hidup ... Mulai hari ini Khamis 19 SEPT 2013, InsyaAllah blog ini akan bermula kembali dengan catatan-catatan bagi turut menghidupkan suasana politik Malaysia dan secara langsung akan menjadikan blog ini tidak lagi hening sunyi dan sepi ...
Mulai hari ini juga, AloQStaQBlog akan menumpukan aktiviti politik dalam menghadapi Pemilihan UMNO 2013 untuk memilih pimpinan bagi satu musim kehadapan, yang mana ianya akan berlangsung beberapa minggu lagi di PWTC.
DANNNNN ... InsyaAllah MB Kedah Darulaman akan bertanding kali ini.
Mulai hari ini juga, AloQStaQBlog akan menumpukan aktiviti politik dalam menghadapi Pemilihan UMNO 2013 untuk memilih pimpinan bagi satu musim kehadapan, yang mana ianya akan berlangsung beberapa minggu lagi di PWTC.
DANNNNN ... InsyaAllah MB Kedah Darulaman akan bertanding kali ini.
AloQStaQBlog mendapat maklumat tidak rasmi, MB Kedah akan bertanding untuk jawatan No.3 tertinggi dalam hirarki parti keramat UMNO.
Pastinya jawatan itu adalah jawatan Naib Presiden dan ianya adalah satu pertandingan bagi jawatan yang ulung dalam Pemilihan UMNO.
Ini kerana, secara tradisinya Jawatan No.1 (Presiden) dan No.2 (Timbalan Presiden) amatlah terlalu kurang sopan untuk ditandingi jika masih ada penyandangnya.
Untuk jawatan ketiga tertinggi ini, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir - Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, dilihat ikon muda yang amat sesuai dan paling layak untuk disokong, dipilih serta diundi oleh perwakilan.
Seorang ikon yang disenangi oleh kawan dan lawan. Agresifnya amat mementingkan sikap sopan dan tersusun. Berhemah dan santun tutur katanya. Mudah didekati dan mesra rakyat. Makcik Pakcik mudah akrab dengannya. Anak muda dan mudi berpusu-pusu mendekatinya. Tua Muda Adik Kakak serta Abang amat senang dengan gaya bersederhana beliau. Rambutnya jarang di kepala tapi mukanya manis tersenyum umpama bondanya Tun Siti Hasmah. Kerja buatnya sopan , gigih dan telus. Pastinya beliau sungguh ikhlas dan jujur berjuang demi Alif, Ba , Ta (Agama + Bangsa + Tanahair) .
Apa lagi yang orang UMNO mahukan? Inilah calonnya yang harus disokong, dipilih dan diundi.
Jom kita MENANGKAN MUKHRIZ MAHATHIR untuk NAIB PRESIDEN UMNO !
InsyaAllah UMNO MALAYSIA akan lebih kukuh, kuat, gagah perkasa dan bersatu padu dengan Mukhriz sebagai Naib Presiden !
VOTE 4 MUKHRIZ ... MUKHRIZ 4 VP !
BERANI BERUBAH!
AloQStaQ
12:12 Tgh Mlm
19 September 2013
Perkarangan Menara Telekom Alor Setar.
2 komen:
Salam, aku lihat Mukriz cukup bagus sifatnya, akhlak bagus, tp tegas. Tp aku harap dia jgn tinggalkan Kedah, berilah dia peluang bangunkan Kedah sebanyak masa yg diperlukan krn Kedah perlukan pemimpin cerdik mcm beliau.
Selama ini Kedah ada pemimpin UMNO yg lembab.. Bg aku agak terlalu awal dia bertanding. apapun jika itu kehendak ahli, apa boleh buat.
Support Mukriz 100%!
Menteri Besar yang menduduki kerusi hanya kerana bapanya Tun M. Jika bukan kerana anak Tun M maka dia tidak akan dapat menduduki kerusi MB Kedah.
Post a Comment