JOM KITA SOKONG CALON NAIB PRESIDEN INI ... DAN CALON KETUA PEMUDA INI ... !!!
Petang Khamis bertempat di Seri Mentaloon Alor Setar, kira-kira jam 5.45Ptg, Dato Paduka Mukhriz secara rasminya menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia pada Pemilihan 2013. Maka sudah sahlah apa yang diperkatakan selama ini beliau akan bertanding jawatan tersebut.
Dato Paduka Mukhriz merupakan calon yang amat sesuai untuk diundi oleh sekalian perwakilan bagi menempatkan beliau menduduki kerusi Naib Presiden berlandaskan rekod kerja bersih beliau selama ini.
Ikon orang muda yang total bebas rasuah ini selayaknya ditabalkan sebagai Naib Presiden sebuah parti yang dikatakan oleh Tun Dr.M (Ayahanda Dato Paduka sendiri) dua-tiga hari lepas sebagai sebuah parti yang sedang mengidap penyakit tua dan UMNO perlukan tangkas membuat perubahan dalamannya dengan segera ...
Sudah sepatutnya seluruh ahli UMNO sedari dan menerima pakai saranan Tun Dr.M tersebut lantas mengambil langkah drastik pada Pemilihan Parti 2013 ini bagi merealisasikan perubahan demi untuk memperbetulkan masalah dalaman yang dihidapi UMNO sepertimana yang Tun Dr.M katakan tersebut ...
Caranya mudah sahaja, dengan memilih barisan pimpinan muda sebagai pelapis parti dan dengan itu, secara langsung ia akan mengembalikan parti UMNO kepada ke'remaja'annya dan berupaya mengekalkan momentum kehebatan UMNO dalam menjunjung Agama, Bangsa dan Tanahair di zaman serba moden ini.

Tetapi Awas! Jangan tersalah pilih orang muda yang berkemungkinan tidak bersih dari sikap 'gila duit' atau orang muda yang ada berkemungkinan kecenderungannya (serta mesra) untuk merasuah demi mendapatkan jawatan dalam parti ! Sesiapa juga yang anda lihat sebagai seorang yang muda tetapi "tidak bersih" dari segi cara kerjanya, sila HAPUSKAN RIWAYAT POLITIKNYA dalam Pemilihan UMNO kali ini.
Ini AloQStaQ tujukan kepada semua jawatan yang dipertandingkan, sama ada dari sekecil-kecil jawatan di peringkat cawangan, sehinggalah ke peringkat tertinggi. Pilihlah orang muda yang berwibawa, bersih dan ikhlas berjuang sahaja ! Pastikan jangan hentam keromo memilih orang yang muda, tetapi mudanya yang akan menjahanamkan masa depan parti , akhirnya memusnahkan Agama, Bangsa dan Tanahair ...
Dalam hal ini, AloQStaQBlog berpendirian untuk menyokong seorang calon Ketua Pemuda Malaysia yang berani dan berwibawa membawa suara anak muda di Malaysia dalam menempa kejayaan di masa hadapan dan dalam pada masa yang sama beliau berupaya memberikan penerapan nilai-nilai bangsa Melayu kepada anak muda Melayu yang kini tampak sudah agak jauh hanyut dibawa arus kemodenan.
Calon ini InsyaAllah akan berupaya untuk memberikan sumbangannya yang besar kepada parti dengan 'style'nya yang dikenali kurang elitis dan pastinya seorang yang begitu 'humble' ini akan dapat mengikat hati anak muda Malaysia.
Jiwanya Melayu. Perjuangannya demi Agama dan Bangsa serta Tanahair. Berani dan penyabar. Pemikirannya kritis serta kreatif bak Ayahandanya. Ikhlas, jujur, amanah dan AloQStaQBlog amat pasti beliau seorang yang bersih daripada sikap yang dibenci oleh sekalian ahli UMNO iaitu RASUAH !

Calon yang dimaksudkan AloQStaQBlog adalah - Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Tan Sri Sanusi.
Mohon sokongan anda semua kepada Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA.
Dan Mohon sokongan anda wahai Pemuda UMNO Malaysia kepada Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Tan Sri Sanusi sebagai KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA.
BERANI BERUBAH!
AloQStaQ
01:21 Ptg
Hari Jemaat
Perkarangan Masjid Zahir Aloq Setaq
2 komen:
Insya Allah ... Org pilihan admin akan menang
SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. mana-mana pencalonan pejuang Islam/Melayu yg. BERANI dan TULEN, seperti zaman KEMERDEKAAN dulu!
Asal BUKAN satu lagi Melayu/Islam LIBERAL, yg. dah cukup MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu dari puak Satanisme Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR! Patutnya setiap pemimipin UMNO MUDA dihantar bercuti di kpg-kpg., terutamanya golongan elit, termasuk di rumah panjang, sekurangnya seminggu, dan hidup betul-betul cara kpg (bukan dilayan spt. Tuan) - baru mereka bakal paham kesempitan hidup umat Islam/Melayu dan bumiputera lain yg. miskin, dan turun balik ke bumi, dari percutian elit di hotel lima bintang atau London/Paris dsbnya. Saya pernah melawat kpg-kpg, termasuk rumah panjang, air dari telaga bercacing pun, terpaksa mereka guna!
Golongan Melayu/Islam LIBERAL, yg. pikiaq mereka tu 'intelektual' (pala-hotak mereka - kalau makan SAMBAL BELACAN orang Melayu kampung, pasti TUMBANG 'intelektual' PENIPU mereka!) dah cukup MEROSAKKAN perjuangan amat BERANI Islam/Melayu, terutamanya lawan MUSUH-MUSUH Islam/Melayu dari puak Satanisme Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR!
Skrg. makin galak si PENGKHIANAT Islam/Melayu LIBERAL dlm. UMNO, nak menguasai UMNO! Golongan LIBERAL Islam/Melayu memang PENJAHANAM agama, bangsa dan negara. Kerana mereka sudah TAKSUB dgn "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si Barat-Zionis! Kononnya falsafah dan undang-undang Barat-Zionis yang 'terbaik' (pala hotak si KAPIR SATANIS Barat-Zionis PENIPU ini!), di mana wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah (termasuk kanak-kanak)/pengguguran anak (abortion), dadah, alkohol dan perjudian – yg. akan terus MENJAHANAMKan akhlak dan akidah umat Islam/Melayu! Bakal kita jadi Bumiputera Islam MEREMPAT Palestin/Singapura!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
Post a Comment