Wednesday, June 19, 2013

WAHAI EXCO² KEDAH ! .... BERINGATLAH ! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN RAKYAT KEDAH 24/7 ! ... Buat Gheja Tu ; Takut Pada Allah , OK !?

Dah lama aku tak menulis....

Sampai dekat² nak lupa dah password nak masuk admin blog ni ... huhuhu ...

AloQStaQ tak menulis lama ni bukan sebab apa, bukan sebab dah kojol atau dah mampus, atau keciwa ataupun jauh hati mahupun merajuk (jauh sekali !) , tetapi AloQStaQ lama tak menulis di sini hanya kerana nak memerhatikan kerja buat Exco-Exco Kedah yang telah dipertanggungjawabkan oleh YAB MB Kedah untuk membantu beliau mengembalikan kegemilangan Negeri Kedah demi kebaikan sekalian rakyatnya.

Para Exco yang dilantik diingatkan jangan ambil mudah jawatan yang telah diberikan. Kedah sepatutnya 'dibersihkan' segera dari segala kekotoran dan kelemahan pentadbiran PAS selama 5 tahun lalu.

Janganlah anda para Exco Kedah yang diberi kepercayaan oleh YAB Mukhriz mempersia-siakan kepercayaan tersebut sehinggakan mencalarkan kepimpinan yang diharap-harapkan oleh sekalian rakyat Kedah setelah 5 tahun rakyat merana di bawah tampuk kepimpinan lemah PAS dan Pakatan Rakyat.

Jangan ulangi sikap Exco PAS yang tidak membuat sebarang pembaharuan kepada pembangunan Negeri Kedah dan asyik menggunakan jawatan tersebut untuk menelan segala kemudahan dan keistimewaan sebagai Exco Kedah semata-mata ... Jawatan itu bukanlah untuk bermegah-megah. Tanggungjawabnya amatlah berat untuk dipikul. Demi nama baik UMNO/BN di mata rakyat Kedah untuk menghadapi PRU14 lima tahun (tak lama lagi!).

INI ADALAH INGATAN MESRA DARI ALOQSTAQBLOG :

PARA EXCO YANG MEMBUAT KERJA DENGAN BAIK DAN SEMPURNA UNTUK RAKYAT, PASTI AKAN DISAYANGI OLEH SEKALIAN RAKYAT KEDAH TERMASUKLAH PARA BLOGGER (Khasnya yang tidak berbayar !) ...

TETAPI AWAS !

PARA EXCO YANG MEMBUAT KERJA BURUK DAN HANCUR DI MATA & HATI RAKYAT, AKAN DIBENCI OLEH SEKALIANNYA TERMASUKLAH PARA BLOGGER (Khasnya bloggers yang tidak berbayar!) ... EXCO ITU NAMANYA MENEMPAH NAHAS !! Mencari penyakit ...

BAHAWA KAMI SESUNGGUHNYA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEBENAR KEPADA PM, TPM, MB KEDAH , RAKYAT MALAYSIA AMNYA & RAKYAT KEDAH KHASNYA MENGENAI SIKAP BURUK DAN KELEMAHAN KERJA BUAT ANDA PARA EXCO SEKALIAN ... INGAT ! 24/7 ANDA DIPERHATIKAN OLEH KAMI & SELURUH RAKYAT KEDAH.

Takut Pada Allah , OK !?


Kepada rakyat Kedah yang berhasrat untuk menegur, memuji, memberi maklumat salah laku Exco beserta bukti sahih, salah laku Wakil Rakyat (tak kira BN / PAS / PKR / DAP di Kedah), mahupun untuk memberi apa sahaja maklumat penting mengenai Kerajaan BN Kedah, sila berbuat demikian dengan menghantar Email kepada AloQStaQBlog di alamat email : AloQStaQ@gmail.com

Segala maklumat anda akan dirahsiakan.

Sekian, terima kasih dan InsyaAllah kita akan sama-sama memacu Negeri Kedah menjadi negeri yang Aman Makmur dan berteknologi tinggi selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia menuju Wawasan 2020 ! InsyaAllah ...

Sekian, wassalam!


AloQStaQ
11:22 PM
RABU
19 JUN 2013

3 komen:

kpbc June 20, 2013 at 12:38 AM  

Terbaek bro

Melayu Kedah. June 20, 2013 at 5:12 PM  

Nak tumpang tegur sikit lagi.
Amboi ada EXCO talipon pun tak jawab.
Hantar SMS pun tak jawab.
Bukan apa nak habak masaalah pengundi.

Aduh leteh kalau macam ini.
Setakat hari ini dari MB,EXCO sampai YB semua masih lagi slow.

MB pun katanya banyak KL saja.
Lebih baik jadi Timbalan Menteri drp MB.

Tunai dan laksanakanlah Slogan BN Menang Kedah Senang.

Takut PRU 14 tak sempat nak kampoi.

Bukan masa MB,EXCO dan YB nak bulan madu .

Social Media Volunteer (SMV) September 4, 2013 at 11:45 AM  

Salam Saudara Blogger yg hebat,

Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

Marilah kita bersama sama berjuang untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan.

Bantu mereka yang ditindas dan cuba membawa masalah rakyat untuk kita selesaikan bersama.

Salam perkenalan
http://smvonline.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SocialMediaVolunteers

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP