Wednesday, May 22, 2013

KEPADA ANWAR IBRAHIM : BACA KENYATAAN RASMI MB AKU NIE ELOK² ... Pahamkan Baik² Noooo ! ...

KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN


Jumlah sambutan Himpunan Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut,  yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan  haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada  negeri  Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti  rakyat sekarang ialah  untuk memenuhi  segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang . 

Sehubungan dengan itu saya mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan.  Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi. 

Saya  cabar pakatan untuk  melepaskan  tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya  masih  tidak boleh menerima  keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat dengan memanipulasikan  isu undi popular. Tidak  wajar untuk  mereka memaksa  Kerajaan Barisan Nasional  berundur   sedangkan mereka  sendiri  tidak  mahu berundur  di Negeri-negeri yang dimenangi.

Saya juga menyeru Anwar serta konco-konconya dalam pembangkang agar  segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya  negeri  Kedah yang aman damai.


22 Mei 2013

10 komen:

Anonymous May 23, 2013 at 1:14 AM  

Nuar akan sambung juga demo jalanannya untuk persediaan kes saiful dan lahad datu........

Anonymous May 25, 2013 at 1:23 AM  

Setakat menjadi MB Kedah atas desakan bapanya tiada apa yang nak dibangakan. Sekali Anuar herdik nanti tak cukup kaki nak berlari. Baru setahun jagung dalam politik jangan cuba nak bermain politik dengan Anuar. Kedudukan sendiri pun tak dapat nak uruskan inikan pula nak berperang dengan Anuar. Semua tahu yang MB baru Kedah ini dapat kerusi MB adalah keran tekanan Dr Mahathir pada Najib. Mati DR Mahthir maka matilah politik anaknya sekali.

Anonymous May 27, 2013 at 9:47 AM  

It's amazing designed for me to have a website, which is helpful in support of my experience. thanks admin

Feel free to visit my web blog: Buy Xength X1

Anonymous May 28, 2013 at 11:14 PM  

anon 123...tipikal permikiran dia je yg betul dan maksum..

bagus sgt ke anu war ni .....meroyan tak tentu pasal


dah kalah buat cara kalah..yg terguling dok berangan tak pepasal tu kenapa?

Anonymous June 1, 2013 at 2:44 PM  

Setakat menjadi Ketua pembangkang tapi gagal jadi MB apatah PM, tiada apa yang nak dibangakan. Sekali zahid hamidi herdik nanti tak cukup kaki nak berlari. Baru setahun jagung dalam politik jangan cuba nak bermain politik dengan mentee Tun M. Kedudukan sendiri sebagai ketua pembangkang pun tak dapat nak uruskan inikan pula nak berperang dengan MB yang dipilih rakyat. Semua tahu yang MB baru Kedah ini dapat kerusi MB adalah kerana majoriti rakyat kedah memilih bn. Mati Anwar maka matilah politik anaknya dan PKR dan pakatan rakyat semua sekali.

Kacang Hijau June 2, 2013 at 11:38 AM  

Anom 1:23.

Kenapa kalut sangat. Awat hang salah seorang askar upahan Kacang Merah kah.

Lebih baik setahun jagung daripada 60 tahun padi angin macam Pak Mertua hang si Anwar Putar Alam.

Anonymous June 2, 2013 at 7:01 PM  

anak bapa sama saja...bapa kena sindrom jepun lebih baik...anak kena sindrom barat lebih baik...keluhan rakyat bawahan tak masuk telinga pun...

Anonymous June 4, 2013 at 4:59 PM  

ujian ..

Anonymous June 4, 2013 at 5:03 PM  

Saya sokong benar cabaran supaya Pakatan lepaskan Selangor, Penang dan Kelantan jika tal mahu terima keputusan PRU13.

Tak masuk akal langsung. Cakap nakkkan demokratik tapi cara kita sama dengan Amerika - tak ikut popular vote tapi ikut jumlah kerusi yang di menangi.

Depa Palatan cakap tak serupa bikin. Nayta.

Anonymous June 15, 2013 at 8:33 AM  

Setakat menjadi MB Kedah atas desakan bapanya tiada apa yang nak dibangakan.
- sila bagi bukti dakwaan anda ini Sekali Anuar herdik nanti tak cukup kaki nak berlari.
- so far anuar tak buata apa2 pon..takut ka?
Baru setahun jagung dalam politik jangan cuba nak bermain politik dengan Anuar.
-politik anuar tahap sampah...dah bertahun2 mukhriz dalam politik..kalau anwar hebat politik masakan kedah dapat kat BN?
Kedudukan sendiri pun tak dapat nak uruskan inikan pula nak berperang dengan Anuar.
-buang masa berperang dengan anuar..baik bangunkan kedah
Semua tahu yang MB baru Kedah ini dapat kerusi MB adalah keran tekanan Dr Mahathir pada Najib.
- dia memang layak jadik MB..bukan macam anuar ..jadik MB pon tak penah..camner nak pimpin rakyat..
Mati DR Mahthir maka matilah politik anaknya sekali.
- haah mati anuar mati la politik izzah dengan kak jijah..ko pon elok la mampus sekali

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP