'Hapuskan SJK kerana perlembagaan tak iktiraf'
Bekas
hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan
menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja
memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.
“Menurut
Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja.
Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).
“Hapuskan
oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana
adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina,
India, ia memecah-belahkan rakyat,” katanya dalam Seminar Pasca PRU-13
di Kuala Lumpur hari ini.
Golongan yang tidak bersetuju dengan
penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar
tindakan tersebut, katanya.
“Kalau ada yang tak setuju, mereka itu
anti-perpaduan. Adakah salah bagi saya nyatakan sesuatu yang benar?
Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong, bukan sahaja oleh masyarakat
Melayu tetapi seluruh masyarakat Malaysia.
“Kita perlu berjihad
untuk perkasakan orang Melayu. Seandainya ada terdengar suara-suara yang
bantah, maka caranya dapatkan perintah mahkamah bahawa kewujudan SJK
tak sah dan bertentangan dengan perlembagaan,” katanya yang mendapat
tepukan gemuruh hadirin.
Dalam ucapan sebelum itu, bekas
pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahmad
Arshad yang menimbulkan perkata itu berpendapat sekolah aliran tunggal
akan menyatukan sistem persekolahan.
“Satukan sistem persekolahan... buat sekolah satu aliran, sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan. Itu sahaja.
"Sekolah jenis kebangsaan Cina dan India yang ada sekarang ini kita ubah kepada sekolah kerajaan. Tak ada jenis-jenis.
"Kita
harus praktikkan apa yang boleh dipraktikkan,” katanya yang turut
mengambil contoh sistem persekolahan di Indonesia, Thailand dan
Filipina.
Seminar berkenaan diadakan bagi membincangkan kesan
pilihan raya umum 5 Mei, yang menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133
kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum Mac 2008.
Bagaimanapun,
Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya
memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008,
walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan
– kalah teruk dalam pilihan raya kali ini,
Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.
Dari Malaysiakini
2 komen:
itu betul...sudah seminggu saya fikirkan masalah perpaduan kaum ini. Saya berkahwin dengan seorang lelaki cina, saya tanya pendapatnya. Dia kata betul......satu sekolah lagi menggalakkan perpaduan kaum dan kawin campur. Bila kita mengundi, suami pun ikut mengundi pilihan kita. Sebab suami dah tak kisah dengan bangsa melayu lagi. Walaupun anak saya bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina, tapi saya setuju jika sekolah jenis ini ditutup. Buktinya, cikgu anak saya di sekolah cina tidak fasih berbahasa melayu dan sudah tentulah beliau memilih calon dari kaumnya. Satu sekolah akan lebih mengeratkan lagi kaum dan berlakulah kawin campur dan bertambahlah umat islam kat negara ini.
kalau dah tahu macam tu.. kenapa dari dulu tak laksanakan..? kerajaan mana yang memerintah 56 tahun 10 bulan yang x dapat nak buat benda ni..? adakah kerajaan tersebut patut dbubarkan..?
Post a Comment