RAKYAT MALAYSIA TIDAK MUDAH LUPA APA YANG NAJIB PERNAH LAKUKAN ...............
Satu masa dulu, sewaktu Datuk Najib jadi Menteri Pertahanan.
Ramai Askar waktu tu seronok menggila sebab selama Datuk Najib menjadi Menteri Pertahanan, beliau amat menjaga secukupnya kebajikan anggota serta ahli keluarga tentera.
Pelbagai insentif dan elaun serta keistimewaan terhadap anggota tentera sungguh menarik sehinggakan rakyat Malaysia pada masa itu menganggap seseorang yang bekerja menjadi tentera akan terjaga kebajikannya serta keluarganya berbanding pekerjaan lain, semata-mata kerana Menteri Pertahanannya adalah Datuk Najib.
ADAKAH ANDA MASIH INGAT FAKTA YANG SAHIH DI ATAS ?
Kali ini pada PRU 13.
Datuk Najib akan mengepalai pasukan BARISAN NASIONAL dan beliau akan menjadi PM sekali lagi jika diberi mandat yang kuat oleh rakyat Malaysia.
Jiwa Datuk Najib masih sama . Sama ada sewaktu menjadi Menteri Pertahanan dahulu mahupun kini beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
Beliau sedaya upaya cuba untuk menyenangkan hidup rakyatnya. Membantu rakyat Malaysia supaya hidup dengan selesa dan berdaya maju. Transformasi Datuk Najib terhadap Malaysia dalam menuju Wawasan 2020 menulusuri idea Tun Dr.Mahathir amatlah jelas dan kini Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju yang amat berdaya saing!
Sudah pasti jika kali ini PRU13, jika mandat yang besar diberikan kepada Datuk Najib, maka InsyaAllah, pastinya rakyat akan lebih selesa dengan pelbagai lagi insentif serta bantuan daripada pihak Kerajaan (yang telah dikaji secara realistik) dan pastinya ia bukanlah janji fantasi semata-mata.
JANGAN SIA-SIAKAN MASA DEPAN MALAYSIA YANG PASTINYA AKAN TERUS GEMILANG DI BAWAH BARISAN NASIONAL PIMPINAN DATUK NAJIB. INSYAALLAH !
UNDILAH BARISAN NASIONAL !
DEMI KELANGSUNGAN MALAYSIA
YANG AMAN SEJAHTERA SERTA
MAJU MENJANA KEBAIKAN KEPADA
RAKYATNYA !
AloQStaQ
RABU
24 APRIL 2013
2:02 Ptg
0 komen:
Post a Comment