Thursday, April 25, 2013

LAGI² PEMBOHONGAN PAS KEDAH KEPADA RAKYATNYA ... PENGUNDI KEDAH WAJIB TOLAK PAS PRU13 INI !! ...

Kedahtimes memetik nukilan indah kata-kata Ketua Editor Di ruang Di Sebalik Naskah dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera.. Ianya berbunyi begini..

'Terlalu banyak CATATAN KEJAYAAN KERAJAAN NEGERI KEDAH sepanjang lima tahun pentadbiran. Semuanya perlu dirakam dan disebarkan agar seluruh rakyat jelata mengetahuinya.'

'Justeru, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah mengambil inisiatif menyebarkan SELUASNYA MAKLUMAT KEJAYAAN LUARBIASA yang diperolehi dalam tempoh singkat ini. BIAR SEMUA ORANG TAHU BAHAWA, KEDAH HARI INI ADALAH LEBIH BAIK dari hari-hari terdahulu yang dilalui. Itulah antara tujuan, mengapa buku 'SAYANGI KEDAH SEJAHTERA' ini diterbitkan.'
Dua petikan ini pun sudah cukuplah untuk pembaca maklumi tentang kehebatan pentadbiran PAS Kedah selama 5 tahun. Dan di sini Kedahtimes hendak memaklumkan lagi kehebatan yang tersembunyi yang PAS Kedah sengaja tak mahu maklumkan kerana mereka takut riya' dan takbur. Satu pencegahan dari sikap membangga-banggakan diri. Bagus sikap tu.

Sepanjang 5 tahun perintah, antara "kejayaan besar" pentadbiran Kedah terutamanya di KHTP di mana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh mencari pelaburan di luar negara. Mereka terpaksa tinggalkan anak isteri, keluarga dan tugas mencari pelabur-pelabur untuk datang ke Kedah. 

Dan hasilnya ini:

Dalam bilangan pekerja bertambah di KHTP adalah:

160 orang setahun 

160 x 5 tahun bersamaan 800 orang pekerja

WOW! "Hebat" bukan!?...

Sekarang mari kita bandingkan kerjabuat BN yang PAS perlu sumbatkan dalam akal rakyat bahawa BN asyik makan duit rakyat ja.

1600 orang setahun

1600 X 5 bersamaan 8000 orang pekerja..

BN masih tetap akan direndah-rendahkan pencapaian berbanding PAS.

Kalau tak percaya suruhlah Kerajaan PAS beri bukti kejayaan besar mereka ini.

Dan lagi, mari kita lihat kejayaan besar yang turut tidak diwar-warkan atas nama menahan riak'. Manifesto PR 2013 juga telah meraikan kejayaan gemilang pentadbiran PR di Kedah adalah:

1) PENGURUSAN CEKAP
2) SIFAR RASUAH
3) PERBELANJAAN BERHEMAH

Klik saja gambar-gambar di bawah dan marilah kita tanya diri kita kenapa kita nak sia-siakan jasa dan pengorbanan PAS selama ini di Kedah..



p/s: PAS..Parti paling kuat gebang! Bandingkanlah 160 pekerja setahun di KHTP dengan belanja mengadakan lawatan (tentunya mencari pelaburan). Kecuali makan angin.

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2013/04/kenapa-pas-masih-perlu-memerintah-kedah.html#ixzz2RQADshpQ

0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP