Thursday, April 4, 2013

Peringatan Untuk Semua ::: AWAS !!! "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" MUNGKIN AKAN BERGERAK DI PRU13 ... SEBARKAN !!!


PERHATIAN !
MOHON PERHATIAN !
BERI PERHATIAN !


15 PERINGATAN KEPADA PENGUNDI:
KEJAHATAN "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT"


PRU13 dikatakan PRU yang paling getir, paling tegang dan paling penting sama ada bagi pihak BN mahupun pihak PR dan termasuklah calon Bebas yang akan bertanding.

Ada kemungkinan pihak MUSUH (antara parti/calon bertanding) akan menggunakan kaedah yang amat JAHAT , JIJIK serta KOTOR seperti di bawah ini :

MOHON DISEBARKAN KEPADA UMUM !!!

1- Seorang atau dua orang berpakaian biasa (kita sebutkan sebagai "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT") tanpa pengenalan diri dan tanpa memakai apa-apa lambang parti berjalan masuk ke kampung dan kawasan kediaman seolah-olah untuk mencongak pengundi dari rumah ke rumah (sasaran khususnya kepada rumah yang didiami Warga Emas atau Surirumah sepenuh masa).

2- Bersama mereka akan dibawa buku daftar alamat pengundi serta BOTOL DAKWAT KEKAL !!!

3- Mereka akan memberi salam kepada tuan rumah. Bertanya khabar dan berbual-bual biasa dahulu.

4- Seterusnya, mereka akan cuba mendapatkan maklumat kecenderungan pengundi di rumah tersebut, sama ada PRO-PARTI MEREKA mahupun ANTI-PARTI MEREKA.

5- Jika pengundi yang ditanya tersebut menjawab dengan santai dan penuh yakin bahawa beliau akan mengundi parti X mahupun parti Y, maka "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" akan menandakan di dalam buku daftar pengundi yang mereka bawa sebagai P (Putih), K (Kelabu) , H (Hitam) terhadap parti mereka.

6- Seandainya jawapan/kecenderungan pengundi tersebut adalah PUTIH, maka "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" tersebut akan beredar dari rumah tersebut dengan segera sambil mengingatkan supaya pengundi itu kekalkan keputusan tersebut sehingga hari pengundian. Kata-kata "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" tersebut memberi maksud bahawa  = PENGUNDI INI ORANG KITA (PUTIH) !!


7- TETAPI AWAS !!! JIKA jawapan/kecenderungan pengundi tersebut tidak memihak kepada parti "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" itu, (sama ada jawapan pengundi adalah K (Kelabu) atau H (Hitam), maka AJEN tersebut akan membuat satu PERBUATAN TERKUTUK & JIJIK iaitu mereka 'bermurah hati' dan memujuk pengundi (khasnya Warga Emas) untuk "DIAJAR" serta "DITUNJUK CARA-CARA" MENCALIT DAKWAT KEKAL DI JARI : KONONNYA SEMPENA PRU13 YANG AKAN MENJELANG TIBA.

8- Pengundi yang TERPEDAYA & TERMAKAN DENGAN PUJUKAN, akan menyerahkan jari mereka kepada "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" tersebut untuk (kononnya) diajar cara-cara jari dicalit (dan kononnya) inilah pilihanraya Malaysia kali pertama yang menggunakan kaedah Dakwat Kekal lalu pengundi perlulah "berlatih untuk dicalit DAKWAT KEKAL" !!!

9- Perlu diingatkan bahawa DAKWAT KEKAL tersebut TIDAK AKAN HILANG WARNANYA SEHINGGA 3 ATAU 4 Hari !!! Buatlah macamana sekalipun, cucilah dengan apa sahaja bahan pun, DAKWAT KEKAL akan Kekal ditempat ianya dicalit sehingga tempoh yang lama.

10- Perlu diingatkan juga bahawa DAKWAT KEKAL yang sudah berada dijari akan menyebabkan PENGUNDI TERSEBUT SUDAH TIDAK LAYAK LAGI MENGUNDI dalam PRU13 !!!

11- "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" ini akan beroperasi dalam tempoh 2-3 Hari SEBELUM dan SEHINGGA HARI PEMBUANGAN UNDI!! AWASSSS !!! ... Ini akan mungkin berlaku dan ianya tidak mustahil akan berlaku !!!

12- Kepada Anak-Anak dan Cucu-Cucu yang masih mempunyai ibu bapa serta datuk nenek yang sudah tua dan mudah terpedaya dengan "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" ini, SILA PASTIKAN BAHAWA IBU AYAH SERTA DATUK NENEK & SESIAPA JUA DISEKELILING ANDA agar TIDAK DIPERDAYA OLEH "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" YANG AMAT JIJIK INI !! 

13- INGATLAH bahawa jari hanya layak dicalit DAKWAT KEKAL sewaktu DI DALAM BILIK MENGUNDI ! Jika berlaku di luar bilik mengundi, sama ada di dalam kereta pengangkut pengundi ATAU di pintu pagar kawasan mengundi ATAU sewaktu sedang beratur mengunggu giliran mengundi, CALITAN DAKWAT KEKAL PADA JARI AKAN MENYEBABKAN PENGUNDI HILANG KELAYAKAN MENGUNDI !!!

14- BUATLAH LAPORAN POLIS SEANDAINYA ANDA MENJUMPAI "AJEN JAHAT PENCALIT DAKWAT" INI ! ... JAGA KAD PENGENALAN ANDA ! JANGAN SERAHKAN JARI-JARI ANDA KEPADA SESIAPA SAJA YANG TIDAK BERKENAAN ... BERSAMA KITA BANTERAS PENIPUAN PILIHANRAYA KE-13 ! INI ADALAH PERINGATAN IKHLAS ALOQSTAQBLOG (AloQStaQBlog.blogspot.com) KHUSUS KEPADA SELURUH PENGUNDI PRU13 DI MALAYSIA.

15- SILA SEBAR-SEBARKAN dan ULANG CETAK PERINGATAN INI KEPADA SELURUH PENGUNDI ! JANGAN ANDA TERPEDAYA ! JANGAN KELUARGA ANDA TERPEDAYA ! SELAMAT MENGUNDI & PILIHLAH KERAJAAN YANG ADIL dan SAKSAMA !!

INGAT ! CALIT DAKWAT KEKAL HANYA DALAM BILIK MENGUNDI SAHAJA !



Daripada;

AloQStaQ
[Website] http://AloQStaQBlog.blogspot.com
[Email]     aloqstaq@gmail.com
KHAMIS
04-04-2013
10:20 MLM

2 komen:

Anonymous April 4, 2013 at 11:28 PM  

GOOD ARTICLE BROTHER!
TQ SO MUCH!

Anonymous April 4, 2013 at 11:46 PM  

Bodoh punya blog. ini perkara thyul yang paling lawak aku dengar, biasalah umngok, suka perkara2 tahyul &khurafat mcm ni,,,,

tak ada keja dan tak ada masa PR nak pergi ke rumah-rumah nak kenakan orang macam tu. dari buat benda ni, baik kami PR kasi ceramah, ada la faedahnya.

keja menipu ni umngok bee end aje yang suka buat ni. rutin hidup si macai ni.

IC sabah pun korang boleh keluarkan berjuta keping! inikan pula dakwat kekal - memang sah-sah ini perancangan rapi puak rosmahnajib untuk kekalkan putrajaya dengan cara jahat!

siol!

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP