Monday, April 22, 2013

MELAYU, CINA , INDIA di Kedah ... Semuanya Bergantung Pada Ekonomi Yang Baik ... AKUJANJI BN KEDAH YANG MESRA EKONOMI !

Diperincikan beberapa transformasi Ekonomi Kedah dengan senarai projek utamanya, Kedah bakal memacu ekonominya ketahap yang amat membanggakan dengan peluang pekerjaan baru kepada generasi muda Kedah.

Projek Bandaraya Getah yang pastinya bakal menjadikan Daerah Padang Terap satu kawasan bandar baharu akan memberi satu keuntungan segera dan jangka masa panjang kepada penduduk sekitar. Malah, projek besar ini bakal menggerakkan juga Durian Burung yang sudah siap dengan laluan ke Thailand. Kawasan untuk projek ini telah dikenalpasti dan hanya bakal dilaksanakan bila BN memerintah Kedah. Penggerak utama adalah kerajaan pusat dan Tradewinds milik Syed Albukhari.
Kota Perdana yang sudah ada asasnya bakal diperkembangkan lagi. Ini bakal memberi sokongan kepada industri logistik dan pelancongan di Durian Burung serta kawasan laluan ekspress Durian Burung ke Baling. Ini tidak terkecuali Empangan Pedu dan Muda.

ZIPPY atau SULIHH bakal dihidupkan semula yang dijangkakan akan merubah hidup penduduk YAN dan sekitarnya. Industri simpanan petrolium bakal memberi peluang pekerjaan dan pembinaan pusat komersial lebih hebat lagi. Ini tidak terkecuali dengan kawasan Kuala Jerlun yang bakal menjadi pusat petrolium samada mentah dan prosess.

Kulim Hitech Park yang sudah terkenal diseluruh dunia dengan pelaburan berbilion ringgit menjadi suram apabila PAS ambilalih neheri Kedah. Malah tiada pelaburuan baru yang signifikan yang datang ke KHTP. Dengan adanya koordinasi antara MIDA dan Kerajaan Negeri disamping pengalaman Datuk Mukhriz sewaktu menjadi Timbalan Menteri MITI, KHTP InsyaAllah akan bersinar kembali. Pelaburan baru dan peluan pekerjaan bakal dijana.

Seterunya pelbagai program atau perancangan ekonomi samada mikro atau makro dirancang di semua peringkat dalam membentuk satu komuniti Kedah yang berpendapatan tinggi. Pertanian intensif bernilai tinggi, SMI/SME, penjaja kecil dan lain-lain diambil kira.


Sumber : KEDAHTIMES


0 komen:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP