INIKAH BAKAL MB KEDAH JIKA PR MENANG ?? ... AMIRUDDIN (PAS ANAK BUKIT) ... Ternyata Hanyalah Seorang EXCO Kedah Yang GAGAL dalam Mengurus Tadbir ...
Dicedok Bulat-Bulat Dari Blog : KedahTimes
Elaun lembaga pengarah anak-anak syarikat yang dulunya tidak pernah dibayar, namun dibawah Dato' Ir Amiruddin, semua Ahli lembaga pengarah adalah berbayar ribuan ringgit bagi satu mesyuarat. Ini yang tidak diberitahu rakyat.

Dibawah seliaan Dato' Ir. Amiruddin jugalah, Projek Lembah herba seluas 5 ekar (yang dibohong sebagai 40 ekar dalam Buku propaganda Kedah Sejahtera) membuat kesilapan paling dungu, dimana projek dilaksana diatas tanah milik pihak lain, seterusnya menyebabkan wang rakyat hangus begitu saja. Soal sebegitu asas pun gagal!
Ir. Amiruddin juga hebat dalam membuat gimik pelaburan. Setiap tahun beliau akan canangkan bahawa 5 hingga 7 pelabur baru akan masuk ke Kulim Hi-Tech, namun yang nyatanya, syarikat syarikat yang beroperasi di Kulim Hi-Tech adalah pelabur-pelabur asal dibawa kerajaan BN dulu. Orang Kulim boleh lihat sendiri kilang-kilang di Kulim Hi-Tech, macamana nak tipu!
Macamana pelabur hendak masuk, isu bekalan dan harga air, yang tidak pernah wujud (diulang, isu bekalan dan harga air TIDAK PERNAH WUJUD semenjak 12 tahun KHTP ditubuhkan di zaman BN) bertukar menjadi isu kritikal dibawah seliaan Dato. Ir Amiruddin. Dengan harga air yang tidak boleh diputuskan sehingga sekarang, janji kerajaan lain, sementara SADA pula menghantar surat pemotongan, kilang-kilang menjadi marah dan mereka mula mumburukkan nama KHTP dikalangan pelabur antarabangsa.
Bukan setakat harga air, bekalan air juga menjadi masalah apabila berlaku putus bekalan, sehingga menyebabkan kilang kerugian RM53 juta. Tindakan saman sedang diuruskan oleh persatuan kilang-kilang terhadap kerajaan negeri.
Walaupun Ir Amiruddin cuba mengalihkan masalah ini kepada Yb Dato' Phalrolrazi dan SPAN, sebenarnya isu air di KHTP tiada kaitan dengan kedua-dua pihak tersebut, kerana ini soal tarif dan bekalan khas KHTP dibawah Exco industri.

Pengurusan ala samseng, herdik sana herdik sini tapi lembut lidah didepan rakyat menyebabkan hubungan diantara KHTP dengan Jabatan kerajaan, KCS dan pihak swasta menjadi buruk, menyebabkan semua pihak tidak lagi berminat berurusan.
Kalau pada 2008, pantang ada peluang, maka kilang-kilang akan dijemput untuk beri pandangan dan meluahkan masalah, kononnya beliau lebih prihatin berbanding pemimpin BN, kini tiada lagi sesi ramah mesra bersama industri. Malah Dato' Amiruddin kini tidak lagi berani bersemuka dengan pekilang di KHTP kerana banyak sembang-sembang manifesto bukan janji beliau semakin memakan diri.
.
.
Rakyat Kedah perlu tahu bahawa, selain berbohong tentang angka-angka didalam buku pembohongan Sejahtera, Dato' Amiruddin bukanlah seorang yang mampu buat kerja.
Dato' ini hebat gimik dan manipulasi angka semata mata.
Pembohongan bahawa jumlah pekerjaan di KHTP ditingkatkan daripada 16,000 kepada 26,000 orang di Kulim Hi-Tech Park terbongkar apabila jumlah sebenar pekerja Industri di KHTP hanyalah sekitar 20,500 orang pada waktu ini.
Malah jika dihitung-panjangkan hasil peluang pekerjaan baru dari pelabur baru yang dibawa oleh Dato' Amiruddin, sekitar 160 pekerjaan setahun, jauh lebih rendah berbanding BN iaitu 1,600 pekerjaan baru setahun.

Dato' Amiruddin bukanlah orang yang jujur sebagaimana dilihat didepan awam. Diakui beliau memang kelihatan hebat, bukan kerana kehebatan bekerja, tetapi kerana kekuatan beliau membohong.
0 komen:
Post a Comment