Tuesday, April 10, 2012

MAAFKAN SAYA ; Wahai Kerajaan BARISAN NASIONAL ...

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0


Bismillahirrahmanirrahim ....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz?

Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ?

Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


Rakyat Puak Pembangkang perlu sebut ni : "MAAFKAN SAYA KERAJAAN BN KERANA BANYAK MEMPROTES SELAMA INI ..."
TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT FACEBOOK
YANG SUDI BERKONGSI ARTIKEL DI ATAS ... - Admin

AloQStaQ
Selasa
10 April 2012
2:30 Ptg

11 komen:

Pakteh April 10, 2012 at 2:58 PM  

Terbaik Bro.....syabas

Anonymous April 10, 2012 at 3:34 PM  

Assalam, saya amat bersetuju dgn artikel yg ditulis diatas..syabas!moga artikel ini dapat dibaca oleh insan2 yang mudah lupa

Anonymous April 10, 2012 at 11:41 PM  

lu gila baiii ! lu tak tau apa lu cakap . abeh tu, sampai bila2 pun kena pertahankan KERAjaan yang zalim la yer? itu maksud ngko? disebabkan ramai rakyat yang buat kesalahan individu, maka kerajaan yang zalim patut diundi ? mampos la BN pru13 nanti. lu memang tak da otak la baiiii ! baik lu padam saja artikel bodoh ni. UMNGOK memang totally NGOK!

Anonymous April 11, 2012 at 6:17 PM  

nik najis ngan anu-war al-juburi cakap...........

Anonymous April 11, 2012 at 6:23 PM  

saya stuju ngan anon kat atas tu...PAS mmg NGOK.

sham April 11, 2012 at 9:42 PM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous April 11, 2012 at 9:55 PM  

Pada 11.41pm....Lu lagi gila....apa yg zalim....Cuba lu list down kezaliman kerajaan...Lu cakap zalim je tapi Lu pun tak tau apa yg zalim...wa pun blh cakap kerajaan pembangkang lagi zalim...kelantan apa jadi...kedahkekl apa jadi(gaduh sama sendiri)...Penang apa jadi(jual tanah masjid)...selangor(hancur lebur)....tak zalim ke tu...pas lagi la zalim... Hassan Ali yg baguih pun Kena pecat krn pkr bongok....ko ahli pkr ke....jahanam2....Lu tu tak zalim ke ngan family Lu....Lu jgn dok sanjung sangat si an war tu.....

Anonymous April 13, 2012 at 11:40 AM  

Entah apa yg zalim, aku pun x tau...kita masih bole solat, puasa, mengamalkan islam, bole mencari rezeki...apa yg zalim??? Even masa aku belajar kat US pun bole mengamalkan islam, mencari rezeki kt sana, kt sana kalu puak fahaman Pas nie ckp sekular la...x de parti isle...buka la skit kepala hotak korang org Pas

Anonymous April 17, 2012 at 1:57 PM  

anon April 13, 2012 11:40 AM,
eh org PAS ada otak ke???

Anonymous April 24, 2012 at 5:36 PM  

atikel nie seolah olah kerajaan mahu lepas tangan atas kesalahan mereka


Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda:

Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, prihatin terhadap suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang kamu pimpin.

*cukup tegas kah Pemimpin, bilamana masih ade lagi org yang meninggal kan solat~ meninggal kan puasa??
*sudah cukupkah didikan agama yang kerajaan salurkan untuk mendidik rakyat supaya dapat rakyat mendidik anak2 mereka dalam menjaga adab2 beragama~ bersama org tua, kaum keluarga dan jiran tertanggas?

Bingai @ Bangang April 24, 2012 at 5:52 PM  

alhamdulillah. benda-benda macam inilah yang aku sering cakap dengan orang lain.

jangan minta rezeki dari Allah SWT kerana setiap yang dijadikan oleh Allah SWT telah disediakan rezekinya. Carilah rahmat dalam rezeki yang kita perolehi. Carilah keberkatan dalam rezeki yang kita dapat dan berikan kepada anak isteri.

Jangan nanti salahkan air banyak klorin sebab kena kanser sedangkan menogok arak hingga lupa diri.

jangan nanti salahkan proton sebab buat kereta tak selamat sedangkan duit beli kereta tu pun datang dari duit judi.

wallahualam...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP