Thursday, February 16, 2012

TURUN PADANG DS NAJIB DAH HAMPIR SELESAI ... BAHANG PRU13 SUDAH TERLALU HAMPIR !! ... JOM BONGKAR 'WOW FACTOR' UMNO/BN KEDAH ...


Program turun padang DS Najib dalam negara ini sudah hampir sampai ke penghujung pusingannya ... Tidak mustahil pilihanraya umum ke 13 akan diisytiharkan dalam "beberapa hari / belas hari / puluh hari mendatang" sahaja lagi, pastinya ia sudah terlalu dekat ! ...

Buktinya pada hari ini, DS Najib akan terbang pula ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu untuk bertemu rakyat di sana...


Kedah sudah, Perlis sudah, Penang sudah, Melaka sudah, Johor sudah, lain-lain negeri pun dah sudah dilawati oleh Dato' Sri Najib dan Tan Sri Muhyiddin untuk last lap / pecutan akhir sebelum pengisytiharan tarikh PRU13.

  • Adakah UMNO KEDAH sudah bersedia 100% untuk menghadapi jentera PAS/PKR/DAP Kedah ?

  • Adakah UMNO/BN bersedia merampas kembali negeri Darul Aman ini setelah semusim negeri ini dilumat lunyaikan oleh Pakatan Rakyat ??
Dengan tulus ikhlas AloQStaQBlog memberi markah :: UMNO KEDAH KINI LULUS !! TETAPI TIDAK BEGITU CEMERLANG & TIDAK SELESA.

Kerana apa AloQStaQBlog berpendapat sedemikian ? Kenapa kemenangan UMNO Kedah masih tidak selesa ? ...
Teruskan membaca ulasan di bawah ;

Pada Hari Ini,
KHAMIS 16hb FEBRUARI 2012 bersamaan 23 Rabiul Awwal 1433H,

ALOQSTAQBLOG SECARA RASMINYA ingin Memohon dan Merayu DATO' SRI NAJIB sebagai Presiden UMNO Malaysia , Pengerusi Barisan Nasional Malaysia , Perdana Menteri Malaysia dengan SECARA TERBUKA & RASMI MENYATAKAN kepada sekalian Rakyat KEDAH DARUL AMAN bahawa DATO' MUKHRIZ BIN TUN DR MAHATHIR akan dicalonkan sebagai calon kerusi DUN di Negeri Kedah seterusnya MERUPAKAN THE BEST CANDIDATE UNTUK DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR KEDAH seandainya BN dapat merampas kembali negeri Darul Aman ini.



Tujuan AloQStaQBlog memohon dan merayu perkara ini secara terbuka pada hari ini adalah untuk memberikan isyarat jelas dari kacamata akar umbi negeri Kedah yang kini masih tertunggu-tunggu dan mendambakan calon yang amat sesuai sebagai Menteri Besar seandainya BN dapat mengembalikan negeri ini kepangkuannya ...

Bukanlah niat AloQStaQBlog ini untuk menidakkan jasa dan kredibiliti calon lain sebagai MB Kedah (selain Dato' Mukhriz), tetapi INI ADALAH KEHENDAK MAJORITI RAKYAT KEDAH DI AKAR UMBI , BUKAN SAHAJA KEHENDAK AHLI UMNO AKAR UMBI, MAHUPUN PENYOKONG UMNO TIDAK BERDAFTAR, MALAHAN RAKYAT ATAS PAGAR, TERMASUK JUGA SEGELINTIR PENYOKONG PARTI LAWAN (PAKATAN RAKYAT) YANG KINI SUDAH RAMAI YANG 'FRUST' / KECEWA / TERTEKAN DENGAN TAHAP KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA DI KEDAH & AMNYA PERGOLAKAN PARTI MEREKA DI PERINGKAT PUSAT.

Ramai rakyat bawahan di Kedah yang ALOQSTAQBLOG TEMUI DAN MENDALAMI HATI SERTA KEHENDAK MEREKA,  Mereka menyatakan di waktu-waktu hampir PRU13 (LAST-LAP) sebegini, POTENSI UMNO KEDAH UNTUK MENANG DI KEDAH MASIH LAGI SEKADAR 50-50 SAHAJA : SELAGI DS NAJIB TIDAK SECARA JELAS & SECARA RASMI MENGUMUMKAN BAHAWA UMNO MENCALONKAN DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR SEBAGAI MB KEDAH PASCA PRU13 KELAK!

Percayalah seandainya DS Najib sanggup menyatakan sedemikian, sudah pasti tahap/potensi/harapan untuk BN menang setipis 50-50 tersebut akan berubah meningkat dengan amat mendadak.

AloQStaQBlog amat optimis!

Ini adalah selaras dengan sasaran DS Najib sendiri yang mengatakan bahawa BN hanya akan menurunkan calon-calon yang boleh menang (the best winnable candidate) pada PRU13 ...

Walaupun pada hakikatnya amalan dalam hirarki UMNO selama ini, barangsiapa yang sedang menjadi Ketua Bahagian akan layak dicalonkan untuk bertanding pilihanraya, tetapi amalan itu tidak lagi menjadi ikutan DS Najib pada PRU13.

Untuk PRU13, walaupun anda Ketua Bahagian yang hebat dalam gerak kerja UMNO, tetapi seandainya rakyat akar umbi di Bahagian tersebut (mengambilkira termasuk rakyat atas pagar dan bukan penyokong BN) tidak memandang potensi Ketua Bahagian tersebut dengan satu pandangan "WOW FACTOR", maka adalah tidak layak untuk anda mengharapkan diri anda dicalonkan pada PRU kali ini. PERCAYALAH!

Hanya calon yang dapat diterima oleh sekalian rakyat bawahan dan rakyat merasa selesa serta senang mata memandang, sejuk hati untuk diundi sebagai wakil rakyat mereka sahaja akan dicalonkan oleh DS Najib. Itulah konsep THE BEST WINNABLE CANDIDATE ...

Bertepatan dengan itu, maka AloQStaQBlog sekali lagi memohon dan merayu DS Najib untuk memandang serius perkara ini dan mohon DS Najib secara rasmi / terbuka / jelas untuk mengisytiharkan DATO' MUKHRIZ TUN DR.MAHATHIR akan dilantik sebagai MB Kedah sebagai membalas jasa rakyat Kedah yang memberi UNDI MAJORITI KEPADA BN DI PRU13 NANTI ! ...

JANJI SEBEGINILAH YANG AMAT DINANTI-NANTIKAN SEKALIAN RAKYAT KEDAH - SEBAGAI HADIAH TERHADAP SOKONGAN DAN UNDI MEREKA ... DAN JANJI TERSEBUT AKAN MENJADI "WOW FACTOR" UMNO MENANG SELESA DI KEDAH PADA PRU13 MENDATANG ... INSYAALLAHHHH !


RAYUAN, PERMOHONAN, KENYATAAN RASMI INI ADALAH IKHLAS DARIPADA :

AloQStaQ

KHAMIS
10:10 PAGI
16 FEB 2012
23 RABIUL'AWWAL 1433





18 komen:

Anonymous February 16, 2012 at 10:38 AM  

BENAR!
BETUL!
SOKONG!
MUKHRIZ AS MB OF KEDAH!

GEMBIRA!

Anonymous February 16, 2012 at 10:58 AM  

memang benar mukhriz ada wow factor untuk membantu jentera umno bn kedah menang di pru13 nanti.

tetapi calon2 lain pun tidak kurang hebatnya, macam nawawi, latt shariman, Dr. pun ada , profesional pun ramai lagi sebagai calon umno. dah tentu calon-calon veteran umpama dinasour tidak akan tersenarai sebagai calon MB kedah.

cuma, jangan terlalu fokus mukhriz kerana ramai yang masih mengharapkan dia berada di kerusi parlimen untuk membantu negara dan sebagai pelapis PM Malaysia pada masa mendatang.


pak tuan

Anonymous February 17, 2012 at 2:01 AM  

Ada baik buruk mengumumkan calon MB di peringkat awal. Tidakkah takut jadi lagi Datuk Awang Adek? Bungkus keliling. Apa pun saya yakin DS Najib mempunyai caturan dan kebijaksanaan tersendiri. Semua kerusi penting, Parlimen dan DUN. Cuma satu soalan....yakinkah BN menawan kembali negeri Kedah? Pemimpin sama pemimpin tidak bersatu, kerja pun tidak berapa rajin untuk parti, keikhlasan tiada dan jangan terkejut kalau pendapat saya, di negeri Kedah ini saja ada 36 DUN maka 36 orang bermimpikan untuk menjadi MB Kedah.

Anonymous February 17, 2012 at 7:27 AM  

aku sokong 200 peratus dato mukhriz.dia tokoh muda hebat.

calon LCE nak jadi MB Kedah ke.

elakkan kaki judi,kaki betina.dalam dan luar negara.

kedah perlu tokoh yg bersih dan suci

aku sokong anak Tun M..

kalau selain drp tu BN bungkus lagi.

anak kedah February 17, 2012 at 7:28 AM  

aku sokong mukhriz.

zaman sijil LCE dah tak pakai lagi.

Anonymous February 18, 2012 at 1:08 AM  

Betul ke semua rakyat Kedah suka dekat Mukhriz, jangan2 Bloger AloQStaq ne telah dibeli untok mempromosi Anak Tun bekas Pm tu, Hoi Bloger AlorStag, hang ne Binawe sungguh la, Pirasit kpd Umno Kedah, belum apa2 lagi hang dah buat hal, kalau jumpa ular dgn hang, biar katok hang dulu, ular tinggal, usul hang ne bolih memecah belahkan Umno Kedah, kita patut bersopan, biar PRU13 selesai dahulu, jika BN menang, serahkan perkara calon MB ne pada Najib, hang jangan memandai-mandai, hang pun bukan bolih dipercaya sangat.

Anonymous February 18, 2012 at 4:07 PM  

Aku sokong apa yang admin cakap ni. memang patut pun ds najib umumkan dmm akan dilantik jadi mb supaya semua jentera bn/umno bekerja dengan lebih fokus.

ini tidak, bila rakyat tanya jentera umno : bila kami dah undi bn dan menang nanti-siapa yang akan jadi mb kami ganti haji azizan? .... kalau si'anu-tu' kami tobat tak mau, lebih baik kami undi pas lagi biaq haji azizan terus jadi mb.... tapi kalau mb kedah nanti macam mukhriz ka, kami sanggup la undi bn/umno ! orang macam si 'anu-tu' kami tak mau!

kan senang nak buat keja tu! hidup mukhriz! hidup umno kedah! percayalah ramai rakyat kedah sokong mukhriz. InsyaAllah.


Ahmad Md Hussin

Anonymous February 19, 2012 at 1:42 AM  

SAYA PUNYA PENDAPAT:- YANG PENTING MENANG DULU, TAK PERLU LETAK NAMA SIAPA 'FUTURE' MB. NANTI CALON MB TU TERUK KENA KERAT. LEPAS MENANG, SERAH KEPADA YAB PM.

P/S BOLEH KA BN AMBIK BALIK KEDAH?

masalodeh February 19, 2012 at 8:11 AM  

Setuju....
Tapi merisaukan.....
Masih terdapat saki baki dari spisis suku sakat KJ di semua peringkat UMNO dalam Kedah yang mana hampir setiap cabang-cabang dalam UMNO Bhg sekarang ini di monopoli oleh mereka yang menang semasa pemilihan Bhg yang merupakan askar upahan KJ....
Adalah dibimbangi kelompok ini menguasai cabang-cabang dalam Bhg mungkin mengulangi gerakan yang mereka berjaya laksanakan semasa PRU tahun 2008 lalu....pucuk pimpinan UMNO pusat perlu meneliti perkara ini dengan serius, siapakah mantan MB kedah Det Khalid, Ketua Bhg Merbok, Ketua Bhg Baling yang menang dalam pemilihan Bhg melalui projek KJ.....

Pengundi Pokok Sena February 19, 2012 at 8:16 AM  

kalau mat lebai sudin jadi MB Kedah lagu mana pula.

dia pun geli juga nak jadi MB Kedah.

Anonymous February 19, 2012 at 5:58 PM  

mat lebai sudin pun termasuk dalam 36 calon MB Kedah....
Penin dgn org BN

Anonymous February 19, 2012 at 6:03 PM  

Kepada kepimpinan BN Kedah, cuba-cubalah rujuk kepada pemimpin-pemimpin yang lalu. Teringat jugak pada DS Syed Razak, bagaimana beliau perkuatkan bukan saja bahagian Kuala Kedah malah Negeri. Ilmu dia masih banyak untuk berganding tenaga untuk BN merampas kembali negeri ini. Orang lama jangan dilupa....

Anonymous February 21, 2012 at 9:40 AM  

Yes ...aku setuju 100%......aku dapat rasakan inilah kehendak akar umbi...Buat masa selarang just tumpukan untuk kemenangan UMNO Kedah dulu....lepas tu baru boleh cakap pasal calon....

Medan Tempur Kedah February 21, 2012 at 4:58 PM  

mohon pautkan blog medantempurkedah.blogspot.com di blog tuan.saya sudah berbuat demikian

orangeman February 26, 2012 at 8:16 PM  

MUKHRIS MUDA SANGAT... BULU PON DOK LEMBUT SANGAT LAGI... MB KEDAH KITA KENA BAGI PADA ORANG ORANG YG ADA KUALITY SEPERTI PENYANGAK SIKIT-SIKIT, SAMSENG SIKIT SIKIT, BODOH SIKIT SIKIT BENGONG SIKIT SIKIT DAN MERAK BUIH SIKIT SIKIT MACAM .. CONTOHNYA ALI YAHYA, TAJUK URUS, MAT LEBAI SUDIN, JOHARI BAHARUM DAN BEBERAPA EKOR KETUA BAHAGIAN LAIN.

Anonymous March 6, 2012 at 11:07 PM  

Kita nampak BN berkeyakian penuh untuk rampas Kedah. Jangan jadi macam Kelantan, BN cukup semangat dan optimis tapi Gelombang Merah jadi Gelombang T##K

Anonymous March 27, 2012 at 7:51 AM  

Berilah kuasa kepada YAB DSN untuk sebagai Jeneral. Beliau menjadi PM pada masa BN di hujung tanduk. Beliau telah berusaha untuk mendapat hati rakyat. Beliau turun padang kerap jika dibandingkan PM-PM yang lalu. Mantan PM boleh membantu tapi jangan 'control' YAB DSN. Ingatlah...BN bukan hak keturunan. Mantan-mantan MB di Kedah yang masih ada seperti TSOA dan DSSR wajar memberi nasihat dan sokongan. Janganlah membanding zaman pemerintahan di masa lampau. Biar YAB DSN menentukan calon-calon yang difikirkan sesuai. Kedah sekarang bukan macam Kedah dahulu. Pengundi sekarang pun bukan pengundi dahulu.

Anonymous April 19, 2012 at 6:13 AM  

org lama pun kalau dok rasa dia hebat pun susah jugak...org lama pun ada yg pikiar dia saja bole bawa menang kat parti, sudah-sudah lah, kena akur rezeki kita sampai kat situ, lagi pun dah kaya dah,mau apa lagi, jgn ingat kita besar

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP