Wednesday, February 15, 2012

MENGHINA RASULULLAH ?? ... Adakah Isu USTAZ ZAHAZAN Sama Dengan Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ? ... KEPADA SESIAPA YANG PAKAR BIDANG AQIDAH :TOLONG JELASKAN !!...

Dalam FB sejak beberapa bulan lepas sampai sekarang aku tengok macam-macam orang dok komen mengenai ISU MURTAD khasnya terhadap Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara si gila tu (anda semua tahu cerita pasal makcik Sitt ni,kan?) ... dan amat mengejutkan aku sejak seminggu dua lepas apabila ada pula yang mengatakan Ustaz Zahazan juga telah turut terpesong Aqidahnya kerana menyebut dalam kuliahnya : Bonda Rasulullah adalah kafir dan meninggal dunia di dalam keadaan kafir.

Aku cuba selidik Youtube yang membuktikan kenyataan/kuliah Ustaz Zahazan tersebut, ternyata kenyataan sedemikian memang wujud pada video di bawah sebermula pada minit 5:30 saat (Sila Klik & Dengar).


Aku utarakan tajuk posting ini hari ini BUKAN untuk menambah kekusutan yang ada, tetapi kerana aku lihat mutakhir ini sambutan rakyat Melayu Islam terhadap roadshow SELAMATKAN AQIDAH oleh Pergerakan NGO yang dikenali sebagai JATI di bawah Datuk Dr.Hassan Ali nampaknya mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan. Syukur dan Amat-Amat Bersyukur !

Di dalam kita semua merasa amat bersyukur kerana sudah ada satu gelombang besar rakyat untuk bersama-sama membetulkan Aqidah masing-masing, isu Ustaz Zahazan ini nampaknya menjadi perbualan ramai juga. Sementelahan pula Ustaz Zahazan ini juga adalah antara Ustaz yang ramai pengikut FBnya! Kita tak mahu rakyat confius (keliru)...

Anda semua nilaikan sendiri , carilah jawapannya dan aku tidak tahu nak komen lebih2 pasal kenyataan/kuliah Ustaz Zahazan dalam video tersebut, AKU AMAT-AMAT MENGHARAPKAN SESIAPA YANG CERDIK PANDAI DALAM BIDANG AQIDAH DAPAT MENJELASKAN PERKARA INI (KENYATAAN USTAZ ZAHAZAN) DENGAN LEBIH JELAS SUPAYA RAKYAT MARHAEN TIDAK TERSALAH DAN TERSASAR AQIDAH MEREKA ...

Errr, gambar perempuan kat bawah ni katanya Makcik Sitt tu, kah? Tolong jelaskan (bagi sesapa yang mengetahui mengenai pembongkaran identiti Makcik Sitt tu) ... Aku pun copy paste gambaq ni dari Blog Saudara fitrihadi.com ini sahaja (SILA KLIK) , betul atau tidak perempuan ni adalah Makcik Sitt tu ???


Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas.

NOTA ++ : URL Youtube Untuk Anda Tonton Sendiri Laman Video Ustaz Zahazan berkenaan perkara di atas : KLIK SINI UNTUK KE YOUTUBE :

Wallohu'aklam ...

KEPADA SESIAPA YANG ARIF DALAM BAB AQIDAH NI,
TOLONG JELASKAN ... TERIMA KASIH !!



AloQStaQ
15 Februari 2012
3:30 Ptg
RABU

19 komen:

Anonymous February 15, 2012 at 5:08 PM  

Rasanya Apa uZtaz tu cakap betul. Kenapa nak keliru? Bukan Bonda nya sahaja tak silap saya Ayahandanya juga. Begitu juga bapa saudara Rasulullah yang disayanginya ABu Talib.

Saya tak nampak kekeliruan mengenai Bonda Rasulullah s.a.w melainkan kalau seseorang itu sampai tahap pemalas tegar untuk membaca sedikit sebanyak berkenaan sirah Rasulullah.

Anonymous February 15, 2012 at 5:45 PM  

menurut JAIS, pandangan ini adalah salah. sila lawati www.jais.gov.my/rnd/2010/jun/PandanganStatusIbuBapaNabi.pdf

Anonymous February 15, 2012 at 6:03 PM  

http://www.pdfdownload.org/pdf2html/view_online.php?url=http%3A%2F%2Fwww.jais.gov.my%2Frnd%2F2010%2Fjun%2FPandanganStatusIbuBapaNabi.pdf

Anonymous February 15, 2012 at 6:05 PM  

http://ustaz-rasyiq.blogspot.com/2010/05/ibu-bapa-nabi-muhammad-masuk.html

Anonymous February 15, 2012 at 6:06 PM  

http://kebunketereh.com/?p=4104

Anonymous February 15, 2012 at 6:07 PM  

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Anonymous February 15, 2012 at 6:44 PM  

Saya TIDAK ARIF dalam isu ini tapi ingin berkongsi apa yang telah Ustaz saya ajarkan pada kami:

Ada 3 jenis kesalahan yang jika seseorang itu bertaubat pun masih mesti kena hukuman yang sewajarnya oleh pihak berwajib di kawasan itu.

1. Menghina Allah swt.
2. Menghina Rasulullah s.a.w
3. Menghina Kitab suci Al-Qur'an.

Islam adalah agama yang timbul selepas Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi Rasul utusan Allah yang terakhir. Insan istimewa pilihan Illahi yang kita semua tahu Ibunya Aminah telah wafat sewaktu baginda berusia sekitar 9 tahun ketika dalam perjalanan pulang menziarahi pusara Ayahanda baginda.

Pada waktu itu rata rata penduduk Arab di Makkah berAgama dengan Agama Nabi Ibrahim - Millah Ibrahim dan ada pun sesetengah mereka yang lain menyembah patung patung keliling Kaabah.

Pada pendapat saya, elok kita berbaik sangka Ibu baginda Rasulullah s.a.w. menganut Agama Fitrah, Milatul Ibrahim sebab tidak pula diceritakan perbuatannya menyebah berhala di Kaabah.

Kita tidak layak menggelar seorang wanita Istimewa yang telah terpilih mengandungkan dan melahirkan Nabi besar kita sebagai 'Kaffir' bila Islam sendiri belum wujud waktu itu. Apakah perlu diketengahkan isu ini.

Ustaz Ustaz zaman sekarang kadang kadang tersasul dek kerana besar pengaruh dan ramai murid murid muda dan tua yang terlalu percaya pada pengaruh ustaz ustaz moden ni.

Anonymous February 15, 2012 at 11:01 PM  

Yang pasti ustaz tersebut mungkin tersilap dan terlalu bergantung dengan hadith tersebut....rujuklah kepada Al-Qur’an, pada Surat Albaqarah (2:62) ..seharusnya dijadikan peganngan dalam isu ini...kisah sahabat SALMAN al Farisi bertanyakan perihal isu yang agak sama arahnya.

Semoga membuka minda kita..wallahuwa'lam

el halim February 16, 2012 at 1:17 AM  

Salam tuan..
melalui semakan saya di dalam buku Biografi : Muhammad bin Abdullah, Perjalan Hidup Seorang Nabi yang ditulis oleh Prof.Dr Zulkifli Haji Mohd. Yusoff dan Dr Noor Naemah Abdul Rahman terbitan PTS Islamika edisi 2010 telah menyatakan di dalam mukasurat 239, pada ketika Baginda Rasullullah SAW dalam perjalan pulang dari peperangan Keturunan Lahyan dan baginda singgah di sebuah kubur lama dan menangis..sehingga Umar bertanya kenapa Baginda menangis demikian, lalu Rasullullah SAW menyatakan bahawa kubur tersebut adalah kubur ibunya..Rasullullah SAW berkata : ini kubur ibuku dan Allah mengizikanku untuk menziarahinya, Aku meminta izin daripada Allah memohon keampunan bagi ibunya, namun Allah tidak mengizikan hal tersebut. Wallahu'alam

yat February 16, 2012 at 4:58 AM  

nabi ibrhim sendiri bapanya adalh kafir dan baginda sendiri gagl untuk berdakwah kepadanya....

Anonymous February 16, 2012 at 9:48 AM  

salam,apa yg saya ketahui.bonda RASULLULLAH tidak pernah meyembah berhala.

Anonymous June 30, 2012 at 12:33 PM  

slm... kalau x taw apa2 pasal bab agama ni.. jgn lah kita suka2 menuduh orang... dengar dari a-z...jangan dengar yang tengah2 jek!!!!ustaz pun manusia biasa ,,, ada kalanya tersilap... hanta kerana sikit.. dan kerana dia ustaz kita da hentam dia...ingatla setiap kata2 kira Allah dengar.. MALAIKAT MENCATITNYA WALAU SEBESAR KUMAN...DAN AKN DATANG AKHIR ZAMAN..ULAMAK DI FITNAH.....YANG SALAH DI BENARKAN DAN DI JADIKAN PEMIMPIN...WAALLUALM..SAMA2 LAH INSAF..

Anonymous December 5, 2012 at 8:34 AM  

Ustaz Zahazan adalah pendakwah terbaik........

Shaiful Nazri December 22, 2012 at 9:50 PM  

Selagi sesuatu kaum itu tidak didatangi rasul tidak pernah mendengar apa itu Islam..maka diselamatkan mereka dari api neraka..ayahanda nabi ibrahim as suda terang2 diberi keterangan tentang Allah yang satu tetapi masih enggan menerimanya..bonda dan ayahanda nabi muhammad saw langsung blum pernah mendengar agama Islam...berbeza antara orang yang tahu dan orang yang tidak tahu..sesungguhnya Allah itu Maha Adil..hentikan lah mengatakan bonda atau ayhanda nabi itu kafir..

Anonymous February 3, 2013 at 10:34 PM  

Maaf sy xpandai dlm hal ini....pd hemat sy ustaz zahazan ni bagus....tidak kh yg baik itu asal nya dri sumber yg baik juga...allah memilih yg terbaik utk mendatangkn yg baik...mana mungkin pilihan allah itu tersilap.jadi sudah tentu bonda nabi itu yg terbaik sbb allah telah memilih beliau utk melahirkn junjungan kita.jadi pd pendapat sy ustaz zahazan betul cuma mungkin dri sudut penyampaian nya itu kureng cikit....biasa lh manusia mana yg xbuat silap.jdi jgn lh terlalu ghairah sbb sifat ghairah itu akn mempengaruhi keadaan sebenar.

Anonymous March 23, 2013 at 8:29 PM  

Jgnla kita terus melulu menuduh seseorang 2 dgn kslhan yg tnpa sedar mrka sndri..sy phm mksud sdra untuk mmperbtulkan isu ini.. tp jgn la tuduh sbgini.. tanya la dhulu kepada yg arif..

Anonymous February 24, 2014 at 1:44 AM  

Ibu dan Ayah RasuLULLAH SallaALLAHU alaihi wa sallam, pada pendapat jumhur ulamak dahulu dan sekarang adalah tidak dihukum kafir kerana mereka meninggal sebelum dtg nya islam..

ALLAH berfirman yang bermaksud " dan bukanlah KAMI menghukum mereka itu sehinggalah KAMI datang utusan KAMI".

Bermakna mereka yang mati sebelum Wahyu turun kepada RasuluLLAH adalah tidak dikiran kafir..

Dan ibu bapa RasuluLLAH dimuliakan dan terselamat dari azab ALLAH..

waALLAHu waRasuluHU a'lan

Unknown March 28, 2014 at 9:52 AM  

Allah akan melaknak siapa sj yg menyakiti Rasulullah. .dgn mengatakan kafir kpd ibunda Rasulullah klu lah Rasulullah dengar ibunya kita kata kafir tidak kah menggores hati dan perasaan beliau. ..klu kita cintakan Rasulullah kita x akn tergamak mengatakan kafir terhadao ibunda Rasulullah saw...

Anonymous August 7, 2014 at 12:09 AM  

Ungkapan "kafir" adalah fahaman dan tafsiran beliau, sedang tidak ada sebarang kenyataan sedemikian dr Allah swt dlm Al Quran atau Hadis Hadis Nabi saw yg mengungkapkan sedemikian.
Yg jadi pegangan kita ASWJ, kedua ibubapa Nabi saw adalah ahli fitrah yg terpulang kpd Allah swt urusannya.
Dan adab kita terhdp Nabi saw junjungan kita, sbgmn yg ditunjukkan Allah swt dlm Al Quran, ungkapan terhdp anak Nabi Nuh a.s. yg jelas menolak dakwah ayahnya, tidak pun disebut kafir, tp disebut sbg "ghaira soleh" iaitu tidak soleh. WaAllahu'alam.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP