ULAMA UMNO : HIZBUT TAHRIR Menyeleweng ...
Dalam aku dok membelek2 video di Youtube, aku terjumpa dengan satu video Ulama UMNO (Ustaz Fathul Bari) yang menghuraikan mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir ...
Nampaknya best video ni.
Jadi, jom kita sama-sama tonton dan sama-sama ambik maklum ... Ini adalah berkaitan dengan konsep perjuangan melalui kaedah kekerasan untuk menentang Kerajaan memerintah.
Nampaknya best video ni.
Jadi, jom kita sama-sama tonton dan sama-sama ambik maklum ... Ini adalah berkaitan dengan konsep perjuangan melalui kaedah kekerasan untuk menentang Kerajaan memerintah.
AloQStaQ
Ramadhan ke - 21 Hari
21 Ramadhan 1432H
3:03 Ptg
3 komen:
jom kita lihat usaha yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir dari pelbagai pelusuk dunia untuk mendirikan semula khilafah.
kita akan lihat, siapa yang sebenarnya menyeleweng melakukan kekerasan kepada para pendakwah Islam.
kita akan lihat, siapa yang meninggalkan Al Quran dan Sunnah dalam bab pemerintahan.
sila layari laman web http://www.arrayah.info/
Inilah yang terjadi kepada golongan militan yang mentafsirkan sesuatu mengikut kepentingan diri mereka. Kalau kita lihat kegiatan mengebom di Iraq, Afghanistan dan lain-lain negara Islam, mangsanya adalah orang awam Islam sendiri, bukannya tentera Amerika atau Israel. Apakah ini ajaran Islam? Tidak, ini kerana Islam tidak membenarkan perbuatan keganasan kepada bukan saja orang tidak bersalah, hatta tumbuhan dan haiwan pun tidak dibenarkan dirosakkan dalam peperangan secara salah. Sekiranya di Iraq, Pakistan, Afghanistan, dan juga di negara-negara bukan Islam di mana hospital di bom, bas di bom, rumah ibadat dibom dan bermacam-macam lagi dibom hingga menyebabkan banyak kematian orang ramai, apakah ini suatu yang dibenarkan oleh Islam? Tidak sama sekali kerana Islam mengajar kita menghormati hak orang, malahan sekiranya jiran kita sakit, kita tak boleh bising di rumah kita hingga menganggu jiran di sebelah rumah kita, kalau mengebom bas, rumah ibadat, hospital, pasar, hingga menyebabkan ada yang kehilangan anak, isteri, bapa hingga keluarga itu menjadi menderita, lagilah Islam tidak benarkan kerana itu adalah suatu kezaliman yang sungguh kejam. Kelompok militan yang menggunakan hadis dan ayat Al-Quran sewenang-wenangnya untuk melakukan kekerasan hanya merosakkan nama baik Islam saja, ini adalah suatu perkara yang tidak baik dan ia boleh mengundang dosa kepada pelakunya. Kita perlu sedar kalau kita mengebom suami, ayah, anak atau isteri atau saudara mara orang lain, apakah waris-waris si mati akan bergembira membuat keramaian? Sudah tentu mereka sedih, apakah kita suka waris-waris si mati yang dibom secara ganas ini bersedih? Bagi orang yang normal dan ada agama, sudah tentu tidak suka kesedihan orang lain, lainlah kalau jenis orang tidak normal, jenis jahat, mereka tidak peduli kesedihan orang, inilah yang berlaku kepada golongan militan ini. Sekiranya ahli keluarga pengebom itu berada dalam bas, pasaraya, pasar, hospital, apakah akan dibom juga? Tak tahulah kalau jenis mereng hingga sanggup bom keluarga sendiri. Fikirlah guna akal, jangan guna hawa nafsu, kerana akal menuju iman, tapi hawa nafsu menuju kemungkaran. Sekian, terima kasih.
jenis org lagu ni la bagi busuk nama Islam.. suka putaq belit demi menghalalkan perjuangan..
Post a Comment