Thursday, August 4, 2011

PAS KEDAH SUNGGUH HEBAT !! RUGI SAPA YANG BUKAN WARGA KEDAH ... DONIA DAPAT, AKHIRAT DAPAT !







KENYATAAN MEDIA YB DATO’ MUKHRIZ TUN DR.MAHATHIR TIMBALAN PENGERUSI
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH DARUL AMAN

1 OGOS 2011


Negara Kebajikan Pas - Rumah Urut Bercambah di Kedah

Tahniah dan syabas di atas pengakuan Exco Kerajaan Kedah PAS yang mengakui bahawa pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut memang bercambah di Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah.

Tahniah juga kepada slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera. Mungkin di atas berkat ke dua-dua slogan ini telah melahirkan lebih banyak pusat hiburan dan rumah urut semenjak tiga tahun yang lalu. Apa pun, pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di sekitar Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah ketika ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan yang melaungkan slogan suci seperti ini.

Persoalannya, kenapa pentadbiran PAS hanya mengakui wujudnya pusat-pusat hiburan yang disyaki menawarkan khidmat tidak bermoral, setelah ianya didedahkan kepada pengetahuan umum? Apakah PAS akan mendiamkan saja isu ini dari pengetahuan rakyat Kedah yang majoritinya Melayu-Islam, jika tiada pihak yang mendedahkannya?

Walaupun wakil Kerajaan PAS memberi alasan pusat hiburan ini tidak berlesen, ianya tidak sekali-kali melepaskan mereka dari tanggungjawab bagi membanteras kegiatan kotor ini. Kenapa tindakan tidak diambil terhadap pusat-pusat hiburan yang tidak berlesen? Ke mana hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah pentadbir PAS hingga sesiapa juga bebas untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?

Persoalan yang lebih menimbulkan kemusykilan kita ialah, apakah faktor yang menyumbang di sebalik kegagalan pemimpin PAS membendung pertumbuhan pusat-pusat hiburan ini, sehingga mereka dilihat seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk mengekang gejala ini dari berleluasa?

Lebih menarik lagi ialah, apabila rakyat melihat bagaimana gelagat tokoh PAS Kedah tarik brek kecemasan dan "go-stan" keputusan awal mereka yang tidak membenarkan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, setelah menerima tekanan DAP yang turut disokong oleh PKR. Pernahkah para pemimpin atasan PAS merujuk kepada ahli akar umbinya dalam perkara ini? Saya tidak percaya penyokong PAS yang alim akan menerima penjelasan dan justifikasi pemimpin atasan mereka dalam isu ini.

Adakah kebenaran "flip-flop" ini dikhususkan hanya untuk pelanggan bukan Islam?  Melihat kepada percambahan ketara pusat hiburan yang paling dibenci oleh PAS sewaktu partinya memperjuangkan hukum Islam, ia seolah-olah menggambarkan penduduk bukan Islam telah bertambah berkali ganda sejak Kedah ditadbir di bawah PAS, walaupun ini sebenarnya tidak berlaku.

Adakah pakatan "Three Stooges" DAP-PKR-PAS berpendirian begini kerana mereka memikirkan bahawa budaya melanggan rumah-rumah urut, beli arak, berjudi dan lain-lain kerja tidak bermoral ini memang menjadi budaya penganut bukan Islam? Dan, adakah kegiatan ini dianggap suatu hak keistimewaan yang tidak boleh ditarik balik?

Mungkin juga pemimpin PAS Kedah beranggapan tindakannya menarik balik keputusan menutup pusat hiburan pada bulan Ramadhan ini dianggap konsisten dengan konsep Negara Kebajikan mengikut definisi mereka. Walhal konsep negara berkebajikan ala BN selama ini telah memberi fokus kepada usaha membaiki atau membina rumah baru untuk rakyat miskin, meringankan kos sara hidup nelayan, memberi elaun bulanan kepada penjaga OKU atau pesakit terlantar, membina dan membaikpulih masjid dan surau, membantu mangsa banjir dengan memindahkan mereka ke pusat pindahan dan memastikan keperluan mereka cukup, dan banyak lagi. Itupun belum diambilkira, antara lain subsidi berjumlah berbilion ringgit yang telah diberikan untuk faedah rakyat sejak berpuluh tahun lamanya.

Pemimpin PAS tidak sedar konsep negara berkebajikan yang dijanjikannya sudah lebih 50 tahun ketinggalan dibelakang BN. Apabila semua keperluan dan kebajikan untuk faedah rakyat sudah berjaya diangkat dan dimartabat oleh BN, PAS baru terkial-kial mahu mengorak langkah. PAS baru tersedar dari lamunan perjuangan Islam retoriknya dan mengakui realiti bahawa berkhidmat dan melakukan kebajikan secara konsisten dalam memastikan kehidupan rakyat terbela adalah perkara paling pokok dan pra-syarat untuk rakyat menerima perjuangan sesebuah parti. BN telah melakukannya dengan berkesan tanpa perlu pun menjenamakan perjuangan sucinya dengan retorik Negara Kebajikan!

Tindakan flip flop PAS membatalkan keputusan asal ini pada hakikatnya telah mewujudkan persepsi umum, seolah-olah rakyat bukan Islam memang cenderung melakukan aktiviti tidak bermoral.

Saya tertarik dengan aduan yang telah dibuat oleh Profesor Dr Clara Chee. Wakil pertubuhan bukan kerajaan wanita ini bimbang dan telah membuat aduan mengenai kehadiran rumah-rumah urut yang disyaki menawarkan khidmat seks yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar negeri Selangor. Aduan beliau ini jelas membuktikan apa yang kami di BN perakui bahawa masyarakat bukan Islam juga sebenarnya menolak keras kegiatan tidak bermoral ini. Mereka juga tidak rela melihat pusat-pusat hiburan ini turut dilanggani oleh suami-suami atau anak-anak mereka, termasuk pelajar-pelajar IPT dan remaja belasan tahun.

Berdasarkan aduan ini, jelas kepada kita bahawa, rakyat dari pelbagai agama menolak alasan kerajaan negeri PAS, yang memberi jaminan bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam.

Pendirian mereka itu sebenarnya telah menghina kebijaksanaan (insulting the intelligence) rakyat. Kita juga ingin bertanya kepada pemimpin PAS yang telah acap kali tunduk dengan kemahuan DAP,  bagaimana mereka mahu memastikan pusat-pusat hiburan itu tidak turut dilanggani oleh umat Islam, termasuk di bulan puasa al-Mubarak?

Rakyat Kedah juga mahu bertanya kepada pemimpin PAS, apakah kerajaan PAS hari ini sebenarnya takutkan tekanan DAP atau lebih takut dengan ugutan pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP? Atau apakah pemimpin PAS lebih bimbang dengan risiko kehilangan sokongan undi masyarakat cina sehingga terpaksa mengkompromi hukum Allah SWT dengan menutup sebelah mata terhadap segala kegiatan tidak bermoral yang sememangnya ditolak oleh semua agama ini?

Apapun, pengakuan berani ini memang kita dialu-alukan. Tahniah kerana hasil transformasi negeri berkebajikan di Kedah (Selangor dan Pulau Pinang), kini telah menyaksikan peningkatan pusat-pusat hiburan dan rumah urut. Ibarat kata pepatah, "lain yang ditanam, lain pula yang tumbuh". Mungkin PAS juga prihatin dalam menjaga kebajikan mereka-mereka yang dahagakan aktiviti tidak bermoral ini.

Mampukah pemimpin PAS memberi alasan atau jawaban dalam perbicaraan di akhirat kelak dengan menggunapakai alasan dan jawaban yang diberi sebagai halwa telinga semasa di dunia ini?

Wallahualam.

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
TIMBALAN PENGERUSI
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Dipetik daripada BLOG KedahTimes. Terima Kaseh KedahTimes.
Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/08/dmm-media-statement.html#ixzz1U14qsJ38



Catatan AloQStaQ:
Begitu hebatnya Kedah Darul Aman ... Hiburan donia tumbuh bercambah, Tiket Masuk Sorga PAS pun dapat mudah2 aje (itupun kalau hangpa sokong PAS ler !) ...Ha Ha Ha ! Rugi la sesapa yang tak jadi Rakyat Kedah ! ...



AloQStaQ
KHAMIS
8:51 Pagi
4 Ramadhan 1432H

4 komen:

Anonymous August 4, 2011 at 9:14 AM  

Bro macam mana nak jadi rakyat kedah... seronoknyerr boleh buat maksiaaat tanpa halangan... he..he

AloQStaQ August 4, 2011 at 10:08 AM  

Haha Anon 9:14!

Aku tak pasti la samada boleh mohon jadi warganegeri Kedah melalui Haji Azizan ke tak? ... huhu ...

Tapi, kalau teringin jugak nak masuk Sorga PAS, kenalah isi borang PAS dan pergi berjihad di Bershit 3.0 nanti ... pasti Sorga PAS!

Anonymous August 4, 2011 at 10:54 AM  

Tapi dikampung-kampung, Ostard-ostard pas dok mengajar kata sapa tak sokong hukum Allah boleh jatuh murtad lagi. Depa ni bukan setakat mengasingkan dunia dan akhirat. Malah dunia pun diasingkan kepada bahagian-bahagian. Bahagian cina: PAS adalah paerti terbuka, hiburan adlah hak rakyat. Bahagian Melayu Taksub: Hukum Allah sempurna, hudud wajib buat. Kerajaan pusat halang hudud.

Tokpauh

Anonymous August 4, 2011 at 11:42 AM  

astagfirullah..

sudah2 la kita buka cerita xberapa nk dpt pahala ni..bulan posa nih.nti ampa pnt2 ja posa.ha ha ha

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP