TITAH AGONG MENGENAI BERSIH SUDAH DIKELUARKAN .... DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !
Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai
03/07/2011 8:40pm
KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
— Bernama
DAULAT TUANKU ! ... DAULAT TUANKU ! ...
DAULAT TUANKU !

Sembah Rafak Patik Yang Hina,
AloQStaQ
AHAD
9:55 MLM
03 JULAI 2011
7 komen:
dah banyak pendedahan dan kenyataan kebenaran ada depan mata.
tapi macam besa lah. nama pun pembangkang.
kita tunggu tengok apa nak jadi 9julai nanti.
apa pun aku harap tak kan ada tragedi berlaku lah. jika ada pun semoga ia membawa pengajaran dan kebaikan kepada rakyat malaysia.
DAULAT TUANKU !
DAULAT TUANKU !
DAULAT TUANKU !
Wahhh aloq setaq! hang advance nooo! belum blog lain siarkan , hang lebih awal siarkan titah Agong! tahniah bro.
Daulat Tuanku.
Kami amat berterima kasih di atas titah Tuanku demi kebaikan negara kita.
Daulat Tuanku.
TERIMA KASIH TUANKU MIZAN AGONGKU YANG PALING KU SAYANGI.
DEPA DOK TUDUH TUANKU MACAM-MACAM, PRO-HADI AWANG LA, PRO-PAS LA, TAK PRO-KERAJAAN DATO NAJIB LA, TERBUKTI ITU SEMUA FITNAH!
TERIMA KASIH DI ATAS TITAH TUANKU.
HAMBA MOHON MAAF SEANDAINYA KATA-KATA HAMBA INI KURANG PROTOKOL.
APAPUN. DAULAT TUANKU.
JIKA MEREKA (PUAK BERSIH) LANGGAR LAGI TITAH TUANKU, ALANGKAH BAIKNYA JIKA MEREKA SEMUA DIBUANG DARI NEGARA YANG PERMAI INI.
TERIMA KASIH TUANKU!
umno penakut umno penakut umno penakut umno penakut umno penakut.. bn kecut bn kecut bn kecut
Anonymous said...
umno penakut umno penakut umno penakut umno penakut umno penakut.. bn kecut bn kecut bn kecut
hang pon pengecut jugak!! nama pon tada taruk.. no telor punya org.. hahaha
@shintoi
betoi betoi tuuuu,itu anom tunjuk satu jari sama orang,tapi lagi ampat jari tunjuk sama dia balik,lahabau punya olang...
-Cina Islam
Post a Comment