Monday, June 20, 2011

PAS KEDAH AKAN JAHANAM TERUK DENGAN PERLANTIKAN 2011-2013 KALI INI ... UMNO KEDAH Sila Ambil Peluang ni !!

Aku sungguh tertarik dengan pengumuman yang masih panas-panas lagi ni, daripada PAS Kedah yang telah bermesyuarat dan melantik Jawatan-Jawatan Tertinggi & Jawatan-Jawatan Kuasanya untuk sesi 2011 - 2013 pasca Muktamar PAS yang berlangsung minggu sudah.

Nampaknya sudah SAH dan CONFIRMED memang ada wujud kem-kem dalam PAS Kedah kerana garapan yang ditunjukkan dalam senarai di atas adalah 85% terdiri dari orang-orang kepercayaan Tuan Guru Haji Datok Seri Ustaz Azizan Abdul Razak , Menteri Besar Kedah yang sunggggggggggohhhhhhhhh ketegaq dan cengey tu !

Kalau dilihat dari penampilan muka-muka baru yang dilantik itu, memang sah Haji Azizan cuba untok mengukohkan kedudukannya dalam PAS Kedah dan mengelakkan daripada kejadian-kejadian menggemparkan (seperti perebutan kuasa dan sebagainya) seandainya Haji Azizan tiba-tiba jatoh sakit atau apa-apa ...

Cuma, Haji Azizan tidaklah dapat untuk menidakkan satu dua muka lama dari geng sayap kiri (bukan kem Haji Azizan) dalam organisasi PAS Kedah untuk diangkat didalam Jawatankuasa kali ini (supaya TAKLAH NAMPAK terlalu teruk sangat perangai huduh Haji Azizan). Cuma mereka-mereka itu (yang bersayap kiri) hanya diletakkan dijawatan yang bawah-bawah saja ...

Umpama dibiarkan wujud, tetapi kewujudan itu tidak ramai dan kumpulan itu tak boleh melawan kem Haji Azizan ...

Ramai orang bawahan PAS yang mengeluh dengan jentera PAS Kedah yang dilantik kali ini, yang memang kurang menyengat dalam menempuh Pilihanraya Umum ke13 yang hampir tiba ... Ada juga suara-suara yang sudah menyebutnya di dalam blog mereka seperti DepaKata (blog bebudak PAS sendiri ni!)

Begitu jelas, jentera tertinggi PAS kali ini dilihat sebagai JENTERA SYOK SENDIRI tanpa memikirkan kesannya terhadap sentimen serta perasaan akar umbi dan pengikut-pengikut 3 kem (atau 3 puak) di dalam PAS Kedah yang sepatutnya kini perlu disatukan kembali untok menentang UMNO Kedah yang sudah semakin rancak menambat kembali hati rakyat Kedah sekarang ni !

Penyatuan ketiga-tiga kem (3 Taiko) tersebut langsung tidak nampak jelas dalam percaturan organisasi lantikan PAS Kedah kali ini. Ruginya PAS !

Ini amat bagus untuk UMNO Kedah mengambil peluang bagi terus menggempur parti PAS di Kedah.

Peluang ini telah terhidang di hadapan mata ... Kem PAS masih tidak mahu bersatu , sedangkan UMNO Kedah sudah kembali bersatu ... Inilah hadiah paling bermakna untuk UMNO KEDAH MERAMPAS KEMBALI NEGERI DARULAMAN INI DARI PAKATAN RAKYAT ! Semoga Berjaya UMNO Kedah !

Cuba saja kita tengok ni ....
Ketua Penerangan PAS Kedah yang baru = SAMDOL opppss SS SETPOL MB ?!! ... HAHAHA ! Ulammmm daahh !!
Kalau tak silap, dia ni bertanding untuk Pemuda PAS Kedah pun bungkuih ! betoi ka? Ha Ha Ha !!
 


AloQStaQ
Senayan ...
20 JUN 2011
11:22 Pagi

8 komen:

Anonymous June 20, 2011 at 11:33 AM  

Salam.

kenapa admin sebut SS SETPOL MB ? nama beliau bukankah Sanusi Md Nor, bukan ada kaitan dengan shortform "SS" pun? harap diperbetulkan. TQ.


Mohd Ilham

AloQStaQ June 20, 2011 at 11:36 AM  

TQ saudara Mohd Ilham,

SS itu maksudnya SANUSI SETPOL.
harap maklum. TQ.



AloQStaQ

Anonymous June 20, 2011 at 6:15 PM  

Reti ke UMNO Kedah ambik kesempatan?

AnaQarbana June 20, 2011 at 10:22 PM  

Memang benar...UMNO sedang mengambil kesempatan dari perkembangan tersebut...kesempatan di ambil oleh UMNO ialah bergaduh sesama sendiri seperti yang berlaku dalam UMNO Bhg Pdg Serai dan Sungai Petani.....kita tidak pasti...sama ada UMNO ambil kesempatan ataupun PAS ambil kesempatan.......yang jelasnya kapal UMNO Bhg Pdg Serai dah hampir-hampir nak karam....UMNO sebenarnya tidak bijak berpolitik....tidak cekap mengambil kesempatan...hanya blogger bebas pro UMNO sahaja yang bijak mencari isu...mendedah isu dengan harapan untuk membantu UMNO....tetapi UMNO dok bercakaran sesama sendiri...rebut jawatan.....

Kamal Sanusi June 21, 2011 at 9:42 AM  

Nak ambik peluang macam mana kalau pendedahan oleh the only duke in umPORno ada kebenarannya.

Bila peluang ada, penyakit barah dlm parti melayu yg masih menggunakan nama mengikut bahasa penjajah tapi kalut pasal bahasa kebangsaan ini pasti akan semakin parah.

Saja nak bagi tahu, blog bebudak PAS yg bernama depakata tu telah berjaya menyampaikan maklumat mengenai PAS Kedah yg tidak bersatu kerana mereka tahu hanya dgn maklumat sebegini saja pun dah mampu membuatkan umPORNO diserang penyakit barah kronik kerana pasti ahli parti melayu yg lupa nama pun masih menggunakan bahasa penjajah kelam kabut gilakan kuasa, jawatan.

This is the Art of War.....

Anonymous June 21, 2011 at 10:53 AM  

dua team lg tu sapa kepala? nak tau gak hehehe nak tengok pulak team-team dalam pas

Anonymous June 21, 2011 at 10:53 AM  

dua team lg tu sapa kepala? nak tau gak hehehe nak tengok pulak team-team dalam pas

Anonymous June 21, 2011 at 10:54 AM  

Lagi 2 team sapa kepala? Best jugak dengaq crita team-team dalam PAS nih heheh

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP