Thursday, May 19, 2011

MUKTAMAR PAS 2011 : Akan Ada Calon Bertanding Timbalan Presiden PAS Yang Menangis Guling-Guling nanti !!! ...

Selain berita sensasi yang bertiup kencang di kala ini yang menyatakan bahawa Tok Guru Nik Ajis akan secara rasminya meninggalkan kerusi Menteri Besar Kelantan sejurus selepas tamat persidangan Muktamar PAS tak lama lagi, pagi ini aku dapat satu lagi maklumat meletop bahawa satu kumpulan baru telah wujud dalam parti PAS iaitu KUMPULAN MEMASTIKAN KEMENANGAN MAT SABU !  (KMKMS).

Kumpulan yang akan bergerak untuk memastikan Mat Sabu akan terpilih sebagai Timbalan Presiden bagi menggantikan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (yang tidak lekang di chop sebagai Pengkhianat PAS & Agen UMNO & Barua Kerajaan Perpaduan!)

Tidak pasti sama ada kumpulan ini wujud di atas pengetahuan Mat Sabu sendiri atau secara sukarela (aku tidak dimaklumkan oleh sumber tersebut) ...

Tetapi, aku dimaklumkan bahawa Kumpulan
KMKMS ini sepatutnya tidak perlu wujud pun pada mulanya, jika pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PAS tersebut hanya melibatkan penyandang (Ustaz Nasha) dengan Mat Sabu sahaja.

Akan tetapi, apabila diisytiharkan oleh jawatankuasa pemilihan PAS 2011 bahawa enam (6) orang layak bertanding, termasuk As Syeikh Tuan Ibrahim Tuan Man (
Naib Presiden sekarang & Kepimpinan PAS Trengganu) serta Ustaz Haji Azizan Razak (Pesuruhjaya PAS Kedah) juga turut tersenarai dalam pencalonan merebut jawatan itu, maka sindrom demam kura-kura Abg Mat Sabu semakin kronik dan kini memerlukan talian hayat untuk MENANG !

Jom kita sama-sama berdoa dan bersolat hajat , semoga kejayaan memihak kepada Mat Sabu , agar beliau diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS pada muktamar kali ini .... Kerana mat Sabu memang banyak kelemahan dan merupakan liabiliti PAS dengan terdapat banyaknya isu peribadi serta perangai buruk beliau , pastinya akan menjadi peluru hidup untuk UMNO terus membantai parti yang kononnya Parti Islam ni untuk PRU 13 ...

Selain itu, kalau dikaji diperingkat bawahan (ahli akar umbi), mereka hanya seronok mendengar Mat Sabu berceramah saja ! Untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden, ahli bawahan PAS secara kolektifnya tidak bersetuju kerana bagi mereka Mat Sabu hanyalah sebagai Pelawak PAS semata-mata ! Bukan pemimpin atasan ! ...

Lagipun, para pemerhati politik juga berpendapat bahawa , jikalau Mat Sabu kalah kali ini dipemilihan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS, maka lebih cepat untuk tamatkan riwayat politiknya !

Sudahlah dia tidak laku di mana-mana pun kawasan ... dilelong ke sana ke mari dengan harga yang murah, itupun tak disahut oleh rakyat untuk ditabalkan sebagai wakil rakyat ... kena pula kali ini kalau beliau kalah di peringkat kedua tertinggi (atau ketiga selepas Jawatan Mursyidul Am) dalam hirarki Parti PAS ini , maka jahanamlah masa depan MAT SABU untuk disanjung sebagai wirawan dan lagendawan PAS.

Jadi, jangan berilah peluang kepada Mat Sabu untuk memegang jawatan Timbalan Presiden PAS ! ... Nescaya seluruh Parti PAS juga akan lebih cepat melingkup dikerjakannya !

Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan (pastikan anda telah dihubungi oleh
KMKMS iaitu KUMPULAN MEMASTIKAN KEMENANGAN MAT SABU kerana MUNGKIN akan ada "sesuatu buah tangan" dari mereka untuk anda sebagai tanda berterima kasih mereka jika anda mengaku untuk menyokong MAT SABU !)

BAK KATA FATWA NIK AZIZ SELAMA INI ....

ORE BERI DUIK, KITO AMIK ... BERI BERAS, KITO MASAK ... BERI KAIN, KITO PAKAI ...

TAPI, UNDI .... ???

Metilah Undi TUAN IBRAHIM TUAN MAN ! ... Atau USTAZ AZIZAN ! atau USTAZ NASHA ... Atau ikut suka anda la !!

Asalkan anda SAPU saja apa yang di"sedekah"kan tu !!!! Ha Ha Ha!

Nampaknya, penyakit Virus Politik Kotor PKR dah pun mula menular masuk ke dalam parti Isle cap Bule ni ! .... Jahanam la hangpa semua !!! ........

Maklumat di bawah untuk rujukan anda :

CALON YANG TERSENARAI UNTUK LAYAK BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PAS 2011 ADALAH :
  • Ustaz Nasharudin Mat Isa (penyandang).
  • Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah)
  • Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden sekarang) - Saingan terhebat MAT SABU & USTAZ NASHA
  • Salahuddin Ayub (Naib Presiden sekarang)
  • Datuk Husam Musa (Ahli jawatankuasa PAS Pusat)
  • Mohamad Sabu (Ahli jawatankuasa PAS Pusat) - YANG NI PALING PULUN NAKKAN JAWATAN TU !!!

Biarkan MAT SABU Menangis Berguling-guling macam BABI !!!   hehehe ...

SELAMAT MENGUNDI ! Ha Ha Ha !!!

 
AloQStaQ
19 Mei 2011
12:12 Tgh Hari

3 komen:

matpanah May 19, 2011 at 12:19 PM  

Dia dah lama buat lawak...dah lama gelak...kali ni kita tengok dia keriau (meraung) pulak.

al-mukarrom May 19, 2011 at 2:12 PM  

aku rasa trend mengundi di muktamar kali ni akan lebih cenderung kepada abg mat sabu. dia dilihat lebih berwibawa berbanding yang lain khususnya dalam bab mempertahankan pas.

nampaknya aloqseteqblog tersilap kali ini membuat andaian, aku yakin mat sabu berupaya menang bergaya sebagai timbalan presiden pas sebab perwakilan nakkan suara yang berani dan lantang dalam saf kepimpinan.

bersabarlah umngok banyak2, tak lama lagi anda ke kubur untuk ditalqinkan. mat sabu pasti akan menghentam habis-habisan apabila berada di jawatan No.3 tu!


"al-mukarrom"

Anonymous May 25, 2011 at 8:18 AM  

mat sabu ni kalu tanay 2+2 pun getaq nak jawab.. tapi kali suruh fitnah, mengutuk, org antara terdepan bercakap, dia ni la..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP