Thursday, May 19, 2011

HADI AWANG Yakin PAS Terus Pertahankan Kedah ... (Tanpa DAP ke???) ...

Membaca utusan Online petang ni, aku rasa terpanggil untuk menulis sedikit pasal benda ni ... Abdul Hadi yakin Pas terus dapat pertahan Kedah ... Hmmm , mungkin ada kebenarannya dan mungkin juga tidak.

Mungkin Hadi Awang tak tahu betapa rakyat Kedah dah cemuih dengan pentadbiran PAS walaupun belum habis satu penggal ... tak da apa-apa perubahan langsung demi kesejahteraan rakyat Kedah ... tak dirasai pun beza dan nikmat pemerintahan PAS berbanding BN dahulu ...
|
Jadi kemungkinan untuk PAS Kedah pertahankan negeri Kedah untuk PRU-13 bagi aku cuma 50-50 ... Sentimen rakyat Kedah nampaknya kembali sedar betapa ruginya satu musim pilihanraya mereka hanya kerana tersalah pilih pada Mac 2008 lalu ...

Kali ini tidak lagi ... InsyaAllah!

Tapi, yang pasti, UMNO dan BN Kedah kenalah kuat mempertahankan sentimen kebencian rakyat Kedah terhadap PAS ni ... Semua peringkat UMNO/BN Kedah jangan leka , teruskan usaha untuk kembali menambat hati rakyat serta tambat hati pengundi baru/pengundi muda ! INI YANG PALING UTAMA ! Pedulikan apa jua kata Hadi Awang mahupun Anwar Pandi Kutty atau siapa sahaja !



Aku menulis artikel ni sebab aku tadi dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang sedang melalui jalan Changlun ke Bukit Kayu Hitam ... Sahabat aku tergelak melihatkan begitu meriahnya bendera PAS dan PKR dipasang dan digantung sepanjang jalan dan simpang di kawasan Changlun (mungkin area Pekan Changlun dan Jalan ke UUM tu kot!?) ...

Tapi yang menariknya , tak kelihatan satu pun BENDERA DAP digantung untuk menyambut kedatangan Hadi Awang ke kawasan tu, sedangkan kawasan Pekan Changlun tu memang ramai Cina DAP ....

Lupakah mereka bahawa DAP juga adalah sekutu sekatil dengan PAS dan PKR dalam PAKATAN RAKYAT ???? .... Atau depa malu nak mengaku DAP itu rakan seperjuangan ??? ... Mungkin depa anggap, kalau naik bendera DAP untuk menyambut kedatangan Hadi Awang (presiden parti Islam PAS) maka maruah Islam akan tercalar ? ... Atau depa takut terhiris hati penyokong parti Islam PAS (majoriti Melayu) yang dahulunya memusuhi DAP !? ...

Aku pun rasa begitu hairan .... Tiada BENDERA DAP menyambut HADI AWANG di Pekan Changlun ! Yang ada hanyalah BENDERA PAS & PKR SAHAJA .... LawaKKKKK !! ...


AloQStaQ
19 Mei 2011
3:55 Ptg

13 komen:

Anonymous May 19, 2011 at 7:51 PM  

Di Trengganu dulu dia lebih yakin lagi.

Anonymous May 20, 2011 at 11:00 AM  

payah nak habaq orang yg terlebih yakin ni..saya sendiri pernah mengundi pas pada pilihanraya yg lepas..parlimen pokok sena (mahfuz) dun derga..lepaih ni depa akan tengok la bagaimana penangan orang duk cakap besaq ni..

-orang kampung chepoh, jalan datuk kumbar-

Anonymous May 21, 2011 at 2:33 PM  

yop.. betul2 aku org changloon, ak pn naik heran pasal apa dia org pasang bendera.Aku dh muak dah ngan sikap kerajaan pas kedah.Buat sakit mata aku aje tgok bndra di org

AnaQarbana May 22, 2011 at 6:50 AM  

Sebagai seorang warga kedah...tinggal di kedah...mengundi di kedah..
saya bersetuju dengan kenyatan Presiden PAS itu....walaupun pemerintahan PAS kedah lebih teruk dari BN...tapi...
[1] PAS masih mempunyai pengundi setia dari kalangan ahli/penyokong PAS sendiri....Melayu atas pagar dan pengundi UMNO yang kecewa terhadap UMNO serta sokongan segelintar pengundi bukan Melayu..
[2] UMNO bercakaran sesama sendiri...masalah dalam terus melanda UMNO...UMNO tidak beri tumpuan kepada pilihanraya...sebaliknya UMNO hanya memfokuskan kepada pilihanraya parti yang lebih menguntungkan...
[3] Rakyat/pengundi mula selesa dengan pemerintahan PAS walaupun pembangunan agak lembab...
[4] Tak banyak beza antara BN dengan UMNO memerintah...
Hanya saranan saya....PAS perlu lebih banyak mendekati pengundi dan berusaha menyelesaikan masalah akar umbi dan kurangkan ceramah yang terlalu banyak pembohongan...fitnah...yang merapu...ingat ...PAS adalah Kerajaan bukannya pembangkang...

Maya AS May 22, 2011 at 7:14 AM  

aku rasa kalau UMNO Kedah dok goyang kaki macam la ni dan masih dok bertokak sesama sendiri alamat macam sedekah pada PAS lah.Dalam bahagian UMNO sendiri pun teruk.Ketua bahagian tak ada qualiti seperti:

1.Sungai Petani
2.Kuala Kedah.
3.Padang Serai.
4.Baling.
5.Jelun
6>Merbok

UMNO Kedah mandom dan lena.Terutama Pemuda,wanita PU3.Apa yg depa buat,

Mr Paya Besar May 24, 2011 at 8:27 AM  

Isu Ketua UMNO Padang Serai tak selesai.Adakah isu di dijuburi pungkok dia oleh mamat Labu Besar dia kata isu peribadi.Sepatutnya dia nafi atau ngaku semasa menggulung ucapan pennagguhan mesyuarat perwakilan umno padang serai.Pemimpin tak bermoral ini undur sahaja cara terhormat.Tak ada maruah.UMNO rosak.Sebab tu Hadi Awang kata PAS boleh perintah lagi Kedah.Dalam UMNO pun banyak isu kotor dan busuk macam UMNO Padang Serai.Seluruh pemimpin dan AJK tak ada maruah.PAS bukan kuat cuma UMNO banyak masaalah.

Anonymous May 24, 2011 at 8:29 AM  

Isu Ketua UMNO Padang Serai Gi Jubuir pun tak selesai.Tak akan UMNO nak biar mamat tu bangga dengan isu ini.

Mr Paya Besar May 24, 2011 at 8:31 AM  

Isu dijubori Ketua Bahagian Padang Serai pun kian panas.Sebab itu Pak Hadi Awnag amat gembira.

Anonymous May 25, 2011 at 8:26 AM  

insyaAllah, kt kg aku, yg atas pagar, dah banyak berubah.. Parlimen dah tentu menang kat Mukhriz.. tapi DUN pun rasanya dah boleh menag balik kat calon BN.. cume perlu letak calon yang mesra rakyat ja.. kalu letak calon dulu, othman arifin tu, kompom kalah. aku pun tak mau undi dia..

Anonymous May 26, 2011 at 12:01 AM  

Korang tak tahu sebenarnya apa yang berlaku di Kedah dan Perlis ketika ini....sebab tu lah Mahyudin Yassin turun padang ke Kedah dan Perlis....maklumat terkini undi olok-olok di Kedah dan Perlis....keputusan tidak memihak kepada BN..60% pada pembangkang dan 40% pada BN sebab itulah dia kata PRU ke 13 bakal sengit...Penang,Perak,Selangor dan Wilayah BN tak dapat balik...Johor pembangkang tambah kerusi begitu juga pada Negeri Sembilan....Parlimen tetap pada BN tetapi DUN pembangkang tambah kerusi....disebabkan inilah PM tak mahu lagi adakan pilihanraya buat masa terdekat...

Anonymous May 30, 2011 at 6:40 PM  

jgnber mimpi la fuckatan..

Anonymous May 31, 2011 at 1:48 PM  

BN UMNO nak menang blk Kedah senang ja, bg kain batik, pelikat, gula, tepong,susu. Lps tu habag lagi 5 taun kami bg pulak. Hidup BN.

anamas June 2, 2011 at 9:15 AM  

Biasa lah. Ahli politik depa kata yakin tapi dalam hati sapa tau kan..Dulu BN kalah sebab rakyat dengan MB Kedah yang sombong sangat.Dia tak sebulu dgn Tun Mahathir...Aku sangat MB Kedah tu kalah. Padan muka dia.

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP