Tuesday, February 1, 2011

TERUSKAN SAMAN ITU , SAIFUL BUKHARI !


SEKALUNG TAHNIAH di atas keberanian mengaku kesilapan oleh Pahang Daily. SEKALUNG TAHNIAH Saiful Bukhari Azlan di atas kebenaran yang semakin terserlah. TAHNIAH sekalian pejuang UMNO BN yang sentiasa konsisten bertungkus lumus menegakkan kebenaran khasnya penulis-penulis blog yang tidak pernah putus asa menyokong Saiful Bukhari.

Ternyata selama ini dipentas-pentas politik Pakatan Rakyat yang bergegar-gegar menghina Saiful Bukhari sebagai seorang yang telah dimurkai oleh Allah dengan turunnya bala, ianya adalah Bohong! Fitnah !

Walaupun penulis blog Pahang Daily telah mengaku salah dan silap menyampaikan berita, AloQStaQBlog mengharapkan Saiful Bukhari tidak sesekali menarik balik saman yang dikemukakan kepada penulis blog tersebut, demi kelancaran peruntukan undang-undang terhadap kaki tabur fitnah macam tu. Teruskan saman, untuk mengajar puak-puak Pakatan Rakyat bercakap dengan benar serta ada fakta !

TAHNIAH Saiful Bukhari ... Allah bersama orang yang benar !

TERUSKAN SAMAN ITU WAHAI SAIFUL BUKHARI !


AloQStaQ
01-Februari-2011
3:25 Ptg

6 komen:

Oleh Ajey Suggeh. February 1, 2011 at 3:52 PM  

Tahniah..saya setuju dengan pendapat AloqStaq..teruskan SAMAn...buat pengajaran kepada yang lain, selama ini ramai yg percaya dan betapa hinanya Saiful di mata mereka yang buta. Apa ada pada POHON MAAF.. berbanding maruah yang tercemar selama 2 tahun lamanya..mudahnya mohon maaf umpama Mee Maggi..
Maaf tu mudah, tetapi yang menanggung tetap PARAH...

AloQStaQ February 1, 2011 at 4:02 PM  

TQ Oleh Ajey ...

Kita harapkan rakyat membuka mata dan minda menerima segala kebenaran, sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

joecharlie February 1, 2011 at 4:03 PM  

sorry has no CURE go to the LAW NOT ULAR lidah bercabang k full go go go

mat February 1, 2011 at 5:03 PM  

walaupon dah mintak maaf...tapi berapa ramai yg dah sedar dari fitnah tersebut

Zakir February 1, 2011 at 5:06 PM  

Betapa mudahnya Pahang Daily melafazkan permohonan maaf apabila dengan sengaja menabur fitnah ke atas orang yang tidak bersalah. Pada waktu kita umat Islam perlu berprasangka baik sesama Islam, saya meragui permohonan maaf mereka atas asas keinsafan kesalahan mereka menabur fitnah, sebaliknya kerana terkedu dengan saman 2j dari Saiful dan ketiadaan bukti bahawa sitertuduh berada dalam keadaan berpenyakit teruk sebagaimana didakwa. Dan bila membaca komen2 daripada netters dalam Pahang Daily, saya mentafsir bahawa akhlak sebahagian netter2 tersebut begitu rendah dan mereka buta hati kerana bukan sahaja tidak mengiktiraf kebenaran saiful, sebaliknya mempersendakan lagi saiful ekoran permohonan maaf dari blog pro-pembangkang itu. Hmm...Kepada Saiful, teruskanlah usaha anda membersihkan nama anda itu. Nasihat saya, maafkanlah mereka kerana mereka (setidak2nya) sudah memohon maaf secara terbuka. Memaafkan orang yang memohon maaf adalah akhlak yang sangat tinggi di sisi agama. Namun, fail saman tetap diteruskan sebagai pengajaran supaya budaya fitnah seberono ini tidak diteruskan oleh mereka2 ini di masa2 akan datang.

Sedarlah, permohonan maaf yang diminta, walau sebesar dan seikhlas mana sekalipun tidak akan dapat mengubat luka dalam hati diri orang yang difitnah dek kerana fitnah tersebut. Maka sebelum berkata2 (menulis), kajilah dahulu fakta2 dan kebenaran isu2 itu supaya ia tidak menjadi dosa kering diri sendiri. Apatah lagi andainya ayat2 fitnah tersebut di'link' oleh pelbagai blogger lain samada melalui permohonan ataupun copy and paste sahaja. Bayangkanlah, betapa besarnya dosa yang perlu ditanggung oleh penulis di atas fitnah yang tersebar itu? Masyaallah....moga Allah ampunkan kamu...wallahu'alam.

AloQStaQ February 1, 2011 at 5:11 PM  

Joecharlie, mat & Zakir ...

memang sepatutnya SAIFUL BUKHARI memaafkan sesiapa sahaja yang memohon maaf atas kesilapan itu adalah budi pekerti yang mulia disisi Allah.

TAPI ...
SAMAN TETAP SAMAN.
Untuk kebaikan sejagat.
Demi maruah Saiful & Keluarga.
Kerana Agama, Bangsa & Negara ...

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP